{"id":1164,"date":"2020-09-05T13:59:06","date_gmt":"2020-09-05T13:59:06","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=1164"},"modified":"2020-09-05T13:59:08","modified_gmt":"2020-09-05T13:59:08","slug":"khairuddin-nasihat-guan-eng-fokus-kes-jenayah-rasuah-dihadapinya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/05\/khairuddin-nasihat-guan-eng-fokus-kes-jenayah-rasuah-dihadapinya\/","title":{"rendered":"Khairuddin Nasihat Guan Eng Fokus Kes Jenayah Rasuah Dihadapinya"},"content":{"rendered":"\n<p>Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menasihatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar menumpukan kepada usaha membersihkan nama beliau yang terpalit dengan dakwaan jenayah rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata beliau, kebelakangan ini bekas Menteri Kewangan itu menunjukkan minat yang begitu mendalam terhadapnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNampaknya Guan Eng sangat berminat mengulas tentang saya. Saya rasa beliau perlu fokus membersihkan nama beliau yang terpalit dengan dakwaan jenayah rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cItu kesalahan jenayah yang sangat besar. Itu maksiat besar. Tidak bermoral.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLayakkah beliau bercakap tentang moral di saat kes rasuah banglo beliau digugurkan oleh bekas Peguam Negara dengan cara yang dipertikaikan oleh rakyat?,\u201d soalnya menerusi hantaran Facebooknya petang ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin DAP dan Pakatan Harapan (PH) tidak henti-henti \u2018menyerang\u2019 Ahli Parlimen Kuala Nerus itu yang melanggar proses kuarantin selepas pulang dari Turki bulan lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, Mohd Khairuddin telah dikenakan denda dan dipanggil polis Bukit Aman untuk siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu, Guan Eng juga masih berhadapan dengan kes rasuah terowong bernilai RM6.3 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeliau tanpa malu dan tidak bermoral menipu di Dewan Rakyat mengenai isu kononnya wang GST dirompak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTerkini kes rundingan terus bernilai RM6 bilion semasa menjadi Menteri Kewangan. Beliau didakwa memberi kelulusan tanpa pengetahuan menteri berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeliau memang ada moral ke? Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu,\u201d katanya dengan sindiran.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pemimpin kanan DAP itu dilihat cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada berbicara mengenai kes rasuah yang masih dipalitkan kepadanya dengan memperbesarkan isu beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeliau akan berhadapan dengan dua lagi kes jenayah di mahkamah, untuk menenangkan dirinya beliau sedang berzikir perihal orang lain,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menasihatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1165,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-1164","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1164","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1164"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1164\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1166,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1164\/revisions\/1166"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1165"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1164"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1164"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1164"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}