{"id":11648,"date":"2022-05-10T17:26:13","date_gmt":"2022-05-10T17:26:13","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11648"},"modified":"2022-05-10T17:26:15","modified_gmt":"2022-05-10T17:26:15","slug":"umno-perlu-buktikan-menawarkan-dan-merawat-luka-pas-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/05\/10\/umno-perlu-buktikan-menawarkan-dan-merawat-luka-pas-2\/","title":{"rendered":"UMNO Perlu Buktikan, Menawarkan Dan Merawat Luka PAS"},"content":{"rendered":"\n<p>Antara masalah terbesar penyatuan Melayu Muslim adalah UMNO dan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO kena akur, puluhan tahun mereka menyiksa PAS terutama di Terengganu dan Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak hak negeri dipinggirkan dek kerana perbezaan politik yang berlaku. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan orang\/parti lain, UMNO\/BN boleh sahaja berlembut. <\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu, apabila terlepas Sabah, tak ada masalah apa. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga Pulau Pinang, sehingga kini amat kurang tekanan yang dikenakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi dengan PAS, terlampau berkira. <\/p>\n\n\n\n<p>Terlepas pada orang lain boleh, asal bukan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang UMNO tidak lakukan terhadap PAS di Terengganu dan Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari royalti sampailah jalan raya dan lebuhraya. <\/p>\n\n\n\n<p>Hingga kini, kedudukan jalan raya dan lebuh raya kedua negeri masih berada pada tahap amat menyedihkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiba-tiba lebuh raya terhenti di Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya baharu sahaja balik dari Gua Musang, menelusuri jalan Kenyir. <\/p>\n\n\n\n<p>Usah buat-buat lupa. <\/p>\n\n\n\n<p>Luka di tangan nampak berdarah, dalam hati terpendam lama. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini belum kira lagi dalam konteks individu, keluarga dan wakil rakyat PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Kepada mereka yang menyokong PAS, ada sahaja yang tidak kena. <\/p>\n\n\n\n<p>Penjawat awam kena pindah, mohon kerja kena kerat awal-awal, anak tak dapat biasiswa-zakat, tak naik pangkat, tak dapat tetap bila dah kerja dan banyak lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan buat-buat lupa. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika bermusuhan, berapa banyak peruntukan wakil rakyat PAS kena kerat. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan setahun dua, tetapi memakan puluhan tahun. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat menderita. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan demi kalahkan PAS, UMNO sanggup ubah sempadan menangkan BN. <\/p>\n\n\n\n<p>Negeri macam Terengganu hanya dapat 8 parlimen. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya, senjata makan diri MCA, DAP yang dapat manfaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Tulisan ini bukan bermaksud, nak ungkit apa yang berlaku, tetapi UMNO perlu sedar, kegersangan hati PAS bukan tanpa asas. <\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi jika dilihat dalam konteks Pantai Timur. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO kenalah bayar balik harga puluhan tahun menderita itu dengan memberikan sedikit rasa keyakinan pada PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, UMNO perlu lakukan muhasabah segera, jangan terlalu angkuh dan sombong, melalui kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan tanpa menoleh, mengimbau sejarah hitam yang ditinggalkan kepada PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini, jika mahu berkuasa, UMNO tidak boleh lari daripada menjunjung ketuanan Melayu, kerjasama BN perlu dilihat pada lapisan yang kedua. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketuanan Bumiputera perlu diberikan perhatian serius. <\/p>\n\n\n\n<p>Integrasi Bumiputera first, integrasi Melayu Cina India itu adalah lapisan kedua.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, UMNO perlu lebih berani membuktikan mereka lebih mesra PAS dari PPBM. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO jangan cuba berlagak nak tekan PAS macam dulu-dulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai contoh ugut nak bersama cikgu aka keadilan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ingat, PAS itu hasil tarbiyah UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila UMNO terutama sebelum zaman Pak Lah, berlagak bangga dengan nasionalis sekular siap ternak anti hadis, PAS teguh menolak sekular. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila UMNO zaman dulu-dulu tak mesra Sekolah Agama Rakyat (SAR), PAS membela sekadar yang termampu, maka lahirlah alternatif macam PASTI.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru tekanan demi ugutan yang berkesinambungan, menjadikan PAS sebuah parti yang kalis tekanan dan ugutan. <\/p>\n\n\n\n<p>Alah bisa tegal biasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Setakat ugut nak bersama Cikgu Keadilan apalah sangat. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS senyum jer sambil garu hidung. <\/p>\n\n\n\n<p>Apatah PPBM yang dulu-dulunya adalah UMNO, dan sebahagian pemimpinnya inilah masih dalam UMNO, yang jadi juara menghentam dan menfitnah PAS sehingga PAS beri respon yang agak agresif. <\/p>\n\n\n\n<p>Memali di mana Memali.<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO kena pandai memujuk PAS, jangan di Terengganu penuh provokasi mencabar, di negeri lain buat-buat baik. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO sebagai abang besar kena fikir dalam konteks bernegara, jangan ingat konteks bernegeri macam UMNO Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya PAS menang negeri, UMNO bergadai negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam bab ini UMNO kena belajar dari PPBM. <\/p>\n\n\n\n<p>Kena pandai bagi UMPAN, bagi jawatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ingat PAS tak alah dengan ugutan, PAS kalah dengan jawatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ugutan dah kalih dah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tak jadi apa dah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi jangan salah faham jawatan sebagi umpan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jawatan dan tolak ansur kepada PAS perlu dilihat dalam konteks menghiburkan dan menampung balik apa yang berlaku. <\/p>\n\n\n\n<p>Luka lama perlu dibalut. <\/p>\n\n\n\n<p>Macam si suami bila bersalah, dia pujuk isteri dengan gelang emas. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila isteri terima bukan bermaksud isteri mata emasan, tetapi semacam bukti bahawa suami sudah insaf dan mahu merawat semalam nan luka. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan dahlah luka, tiba-tiba datang orang luar tawarkan tempayan emas. <\/p>\n\n\n\n<p>Isteri tertawan bukan kerana emas tapi kerana melihat kepada kesanggupan memujuk dan merawat.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS hakikatnya bukan buruk hati sangat pada UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO sedari PAS ada kelemahan, UMNO tidak kurang juga. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, kedua-duanya sayangkan agama dan bangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila UMNO terciduk, PAS datang menghulur tangan, kerana agama dan bangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>MCA ada ker, ugut adalah? <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga dengan PN, pada mulanya pun demi negara dan bangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi bila dah berkawan dengan siapa-siapa, PAS akan mempertahankan kawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dulu dengan DAP, dengan PKR, kini dengan PPBM. <\/p>\n\n\n\n<p>Untung tau berkawan dengan PAS, PAS tak kalah kepada lawan, tapi kepada kawan.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Nak makan PAS ni jangan lawan, tapi berkawan macam DAP dan PPBM. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi bagusnya UMNO setakat ini, PAS berkawan tidaklah sampai jadi parasit untuk rosakkan kawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bab tak cuba kuasai kawan ini UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Bab ini UMNO kena bagi lima bintang. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang lain, sendiri mau ingat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam PRN Johor, UMNO jangan terlalu yakin sangat. <\/p>\n\n\n\n<p>Buang sifat angkuh dan sombong jika ada. <\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan dahulu dan sekarang berbeza. <\/p>\n\n\n\n<p>Undi 18 bertambah begitu drastik. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika satu pun kerusi tidak diberikan kepada PAS (daripada empat seperti disebut), saya cadangkan PAS bertanding sahaja di kawasan majoriti Melayu, yang UMNO letakkan MCA\/MIC. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya yakin PAS akan peluang besar di situ. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, jika pun benar UMNO beri empat kerusi, PAS juga bertanding di kawasan MCA\/MIC majoriti Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan saya menolak ada parti seperti MCA\/MIC\/Gerakan, tetapi kekuatan mereka harus diuji dahulu di kawasan bukan Melayu, bukan kawasan majoriti. <\/p>\n\n\n\n<p>Paling menyedihkan bila menang di kawasan Melayu, menjadi gunting dalam lipatan, tidak bersyukur&#8230;.<\/p>\n\n\n\n<p>Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Antara masalah terbesar penyatuan Melayu Muslim adalah UMNO dan PAS. UMNO kena akur, puluhan tahun mereka menyiksa PAS<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11649,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-11648","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11648","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11648"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11648\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11650,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11648\/revisions\/11650"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11649"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11648"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11648"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11648"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}