{"id":11689,"date":"2022-05-18T13:25:55","date_gmt":"2022-05-18T13:25:55","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11689"},"modified":"2022-05-18T13:25:57","modified_gmt":"2022-05-18T13:25:57","slug":"bubar-pas-genius-atau-moron","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/05\/18\/bubar-pas-genius-atau-moron\/","title":{"rendered":"Bubar PAS: Genius Atau Moron?"},"content":{"rendered":"\n<p>Ahmad Maslan kadang-kadang amat melucukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Lelucon terbaru beliau ialah cadangan agar PAS dibubarkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah lelucon itu terbit daripada kotak fikir yang genius atau moron, rakyat boleh menilai daripada justifikasi dan ideanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalaulah atas alasan UMNO sudah mengubah dasarnya dengan meletakkan Islam di hadapan dalam perlembagaannya, hujah itu tidak cukup kuat. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejak perlembagaan UMNO diubah pada PAU 2019 hingga kini belum berlaku secara jelas \u2018walk the talk\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS yang mentadbir negeri Kedah pada 2020 sudah mampu menutup premis judi. <\/p>\n\n\n\n<p>Perlembagaan UMNO meletakkan Islam di depan lebih awal dari itu iaitu pada 2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun sehingga kini bukan sahaja negeri-negeri yang ditadbirnya belum menutup premis judi, malah untuk bercakap tentang pengharaman judi pun masih tidak terbuka mulut.<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah cadangan Ahmad Maslan itu selari dengan harapan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO masakini? <\/p>\n\n\n\n<p>Atau adakah hanya dengan sekadar mendandani perlembagaan dengan Islam, sudah memadai bagi UMNO membuktikan bahawa perjuangan Islam hanya perlu digalas oleh UMNO lantas PAS tidak perlu wujud lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak pantas bagi PAS untuk melayani lelucon Ahmad Maslan walaupun sekadar untuk dijadikan bahan hibur di waktu senggang.<\/p>\n\n\n\n<p>Bersediakah UMNO mengharamkan judi dan menutup pusat judi di Genting? <\/p>\n\n\n\n<p>PAS telah melakukan dengan sedikit kuasa yang ada di Kelantan, Terengganu dan Kedah dengan cara tidak memperbaharui lesen premis perjudian. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO ada kuasa yang besar daripada PAS dengan kemenangan 2\/3 di Johor sebagai contohnya. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO tak perlu bertangguh dan terlalu dayus dengan gertakan MCA atau DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Sifat dayus tidak wajar ada dalam mana-mana organisasi yang mendakwa berjuang untuk Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Sanggupkah UMNO menutup kilang-kilang arak dan mengehadkan penjualannya? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah UMNO ada tendensi untuk menghentikan operasi pengeluaran minuman terlarang yang jelas secara saintifiknya boleh merosakkan minda dan memudaratkan masyarakat? <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah sekali lagi UMNO dayus tunduk pada asakan MCA dan konsensus BN-nya? <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau begini sikap UMNO, layakkah UMNO mendakwa Islam adalah tunjang perjuangannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Islam yang ada dalam perlembagaan UMNO tidak manis dijadikan solekan yang mengelirukan jutaan ahlinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau benar UMNO mahu PAS dibubarkan, bersediakah UMNO untuk terus melaksanakan agenda besar RUU355. <\/p>\n\n\n\n<p>Agenda yang sekian lama tertangguh ini amat penting dalam memperkukuh sistem kehakiman dan perundangan syariah. <\/p>\n\n\n\n<p>Amat malang di sebuah negara Islam, sistem kehakiman dan perundangannya berada satu aras di bawah sistem warisan penjajah. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah pemimpin-pemimpin UMNO yang turut dibarisi oleh ilmuan Islam tidak menyedari hakikat yang hina ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah \u2018kitab konsensus BN\u2019 lebih tinggi darjatnya berbanding dengan kitab al-Quran yang orang-orang UMNO sendiri mengakui bahawa Al-Quran wahyu Allah yang menjadi petunjuk sepanjang zaman?<\/p>\n\n\n\n<p>Penulis yakin sekiranya UMNO boleh melakukan sekurang-kurangnya tiga perkara tersebut, PAS bersedia membubarkan partinya seperti yang pernah disuarakan sejak lama dahulu oleh Almarhum TG Fadhil Noor, Almarhum TG Nik Abd Aziz dan TG Haji Abdul Hadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sekadar itu, ahli-ahli PAS sendiri akan berbondong-bondong menyertai UMNO dengan hasrat menguatkan lagi perjuangan UMNO yang membawa agenda suci Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu, bekas ahli-ahli PAS bersedia menjadi galang-ganti yang tegak berbaris di bahagian hadapan sekiranya ada musuh-musuh yang cuba mengusik UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Cadangan Ahmad Maslan sebenarnya bukan lelucon kalau sarat dengan niat yang ikhlas mahu menyatukan umat dalam satu gerakan politik Melayu\/Islam yang tunggal. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada sebab kenapa cadangan ini tidak boleh dibincangkan secara serius antara dua parti teras Melayu\/Islam yang terbesar ini?<\/p>\n\n\n\n<p>BayangDiAir<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahmad Maslan kadang-kadang amat melucukan. Lelucon terbaru beliau ialah cadangan agar PAS dibubarkan. Apakah lelucon itu terbit daripada<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11690,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-11689","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11689","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11689"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11689\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11691,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11689\/revisions\/11691"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11690"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11689"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11689"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11689"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}