{"id":1170,"date":"2020-09-05T17:37:05","date_gmt":"2020-09-05T17:37:05","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=1170"},"modified":"2020-09-05T17:37:07","modified_gmt":"2020-09-05T17:37:07","slug":"tfc-ii-gagal-benam-jdt-ii","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/05\/tfc-ii-gagal-benam-jdt-ii\/","title":{"rendered":"TFC II Gagal Benam JDT II"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Misi Terengganu FC II (TFC II) untuk mengutip tiga mata di laman sendiri tidak kesampaian apabila tumpas 2-3 kepada Johor Darul Ta&#8217;zim II (JDT II) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, sebentar tadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Skuad kendalian Roshadi Wahab yang hanya menurunkan tiga tonggak import bagaimanapun tidak menunggu lama apabila memperoleh jaringan pertama ketika permainan berusia 43 saat menerusi pemain sayap, Muhammad Zuasyraf Zulkiefle.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jaringan itu berpunca daripada hantaran penyerang, Jordan Mintah dari sebelah kanan pintu gol pelawat yang singgah di kaki Zuasyraf sebelum pemain itu menyepak masuk menewaskan penjaga gol, Muhammad Haziq Nadzli.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pelawat yang membariskan pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi selain bekas penyerang Kedah musim lalu, Fernando Rodriguez berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan cantik Francisco Insa Bohigues atau Kiko Insa pada minit ke-12 yang berpunca daripada sepakan sudut kapten, Nicolas Fernandez.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selepas jaringan itu, pelawat yang dibimbing Rafael Gil Sanchez dilihat lebih banyak mendominasi permainan dengan dua percubaan tepat menerusi Rodriguez, namun dihampakan penjaga gol, Mohd Suhaimi Husin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Usaha berterusan pelawat akhirnya membuahkan hasil apabila mendahului tuan rumah sekali lagi menerusi Kiko Insa pada minit ke-27 selepas mendapat umpanan menarik Fernandez hasil sepakan sudut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sedar skuadnya kerap ditekan pelawat, pemain skuad The Turtles menukar strategi dengan melakukan percubaan dari luar kotak penalti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Percaturan itu menjadi apabila Engku Muhammad Nur Syakir Engku Yacob yang tidak dikawal melakukan rembatan dari jarak 25 meter pada minit ke-54 sekali gus menerjah gawang ketika penjaga gol pelawat tampak tidak bersedia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Skuad JDT II tidak mahu mengalah apabila sekali lagi di depan menerusi tandukan Rodriguez pada minit ke-65 hasil situasi &#8216;set piece&#8217; yang diambil Fernandez untuk mendahului 3-2 sekali gus mengutip tiga mata berharga selepas merakam kemenangan di laman lawan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Harian Metro<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Misi Terengganu FC II (TFC II) untuk mengutip tiga mata di laman sendiri tidak kesampaian apabila tumpas 2-3<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1171,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"footnotes":""},"categories":[13],"tags":[45],"class_list":["post-1170","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan","tag-sukan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1170","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1170"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1170\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1172,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1170\/revisions\/1172"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1171"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1170"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1170"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1170"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}