{"id":11781,"date":"2022-06-04T18:46:00","date_gmt":"2022-06-04T18:46:00","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11781"},"modified":"2022-06-04T18:46:02","modified_gmt":"2022-06-04T18:46:02","slug":"yang-gila-siapa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/06\/04\/yang-gila-siapa\/","title":{"rendered":"Yang Gila Siapa?"},"content":{"rendered":"\n<p>Mudah melontarkan kata &#8220;gila&#8221; kepada orang yang hendak mengangkat bahasa negara ke mercu maruahnya yang hak. <\/p>\n\n\n\n<p>Soalnya siapa yang gila? <\/p>\n\n\n\n<p>Gilakah Perdana Menteri kerana hendak memperkukuh kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa negara seperti ketetapan Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan undang-undang lain? <\/p>\n\n\n\n<p>Gilakah beliau kerana menetapkan bahasa Melayu untuk urusan kerajaan di luar negara? <\/p>\n\n\n\n<p>Jika demikian, banyak pemimpin dunia yang gila kerana menggunakan bahasa kebangsaan mereka di forum antarabangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Jaminan Ketua Setiausaha Negara untuk memastikan bahasa Melayu dilaksanakan dalam pentadbiran negara pun adakah tindakan gila? <\/p>\n\n\n\n<p>Jika begitu, gilalah penggubal Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pentadbiran kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa awam, seperti dalam Perkara 152(6). <\/p>\n\n\n\n<p>Menurut lunas Islam, apabila orang yang didakwa itu tidak seperti yang didakwa, maka dakwaan itu berbalik kepada pihak yang mendakwa. <\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri pasti tidak gila kerana tindakan beliau memenuhi ungkapan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putera, iaitu &#8220;bahasa kebangsaan ibarat roh pada jasad&#8221;. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang yang berusaha mengisi dasar negara, termasuk dasar bahasa kebangsaan pasti bukan orang gila. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang banyak wujud ialah orang yang tergila-gilakan kebudayaan Barat, termasuk bahasanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Soalnya orang di dunia Barat sendiri tidak tergila-gilakan bahasa Inggeris. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang Jerman, orang Perancis, orang Belanda, orang Finland, orang Sepanyol dan bangsa Barat yang lain tetap siuman meraikan bahasa mereka dalam mengejar kemajuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang di Asia Timur, iaitu orang China, orang Korea dan orang Jepun pun begitu. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang Rusia, orang Turki, orang Iran pun demikian.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak pula semua mereka itu dikatakan gila. <\/p>\n\n\n\n<p>Kegilaan memuja bahasa asing yang dianggap satu-satunya bahasa dunia itulah sikap gila. <\/p>\n\n\n\n<p>Pejuang bahasa tidak pernah gila kerana perjuangan itu tidak pernah menjadikan mereka memusuhi mana-mana bahasa lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Setiap bahasa ada faedahnya tetapi mengutamakan bahasa negara menjadi kewajaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka berhentilah daripada mendakwa orang yang memperjuangkan bahasa negara gila kerana khuatir pendakwa itulah yang sebenarnya &#8220;gila bahasa dan budaya asing&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>Prof. Dr. Awang Sariyan<\/p>\n\n\n\n<p>Dewan Bahasa<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mudah melontarkan kata &#8220;gila&#8221; kepada orang yang hendak mengangkat bahasa negara ke mercu maruahnya yang hak. Soalnya siapa<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11782,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-11781","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11781","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11781"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11781\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11783,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11781\/revisions\/11783"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11782"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11781"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11781"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11781"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}