{"id":11787,"date":"2022-06-04T19:09:48","date_gmt":"2022-06-04T19:09:48","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11787"},"modified":"2022-06-04T19:09:50","modified_gmt":"2022-06-04T19:09:50","slug":"tular-lepas-tu-salah-nak-buat-apa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/06\/04\/tular-lepas-tu-salah-nak-buat-apa\/","title":{"rendered":"Tular, Lepas Tu Salah, Nak Buat Apa?"},"content":{"rendered":"\n<p>Menularkan sesuatu perkara sebenarnya menjadi tabiat kebanyakan orang. <\/p>\n\n\n\n<p>Maksud tular di sini ialah menghebahkan sesuatu berita kepada orang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangankan hal yang bukan rahsia, malah hal rahsia juga dibocorkan orang atas maksud yang penular itu sendiri tahu. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka benarlah kata orang, dua perkara yang sangat susah untuk manusia simpan. <\/p>\n\n\n\n<p>Duit dan rahsia.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara yang baik seperti pernikahan, adalah bagus untuk ditularkan, bahkan digalakkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi mungkin tidak bagus bagi pengantin jika ia adalah pernikahan kedua, ketiga atau keempat yang tidak diketahui oleh isteri (-isterinya) yang diyakini akan dimarahi oleh mereka atau bakal terjadi penderaan terhadap si suami itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sistem penularan ini wujud semenjak zaman dahulu lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tak percaya? <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak, manakan kita dapat cerita-cerita rakyat berkenaan Pak Pandir, Ali Baba dan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p>Juga cerita-cerita yang menjadi tiang kepada agama iaitu hadis Rasulullah saw. <\/p>\n\n\n\n<p>Cuma caranya mungkin berbeza. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau kaum ibu pula, sistem penularannya masih kelihatan sama, iaitu berkumpul.<\/p>\n\n\n\n<p>Pernah terjadi pada hari penamaan calon PRU12 di hadapan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Satu berita diterima, semua kerusi di Marang telah dimenangi oleh PAS 5-0 kerana kesilapan BN. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh kerana Marang ditandingi oleh Presiden, maka yang mendapat berita itu merasa amat gembira.<\/p>\n\n\n\n<p>Lalu salah seorang yang memegang speaker mengumumkan &#8220;kemenangan&#8221; itu di hdapan ribuan penyokong PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya dia sudah dinasihatkan agar tidak mengumumkan berita itu, tunggu dahulu pengumuman rasmi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi mungkin kerana terlalu gembira, beliau tetap melakukannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi kemudian, keseluruhan kerusi di Marang tetap dipertandingkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka diamlah si pengumum itu. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Ppetok&#8217; muka kata orang Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Aku pernah menerima berita tentang JKKK Umno di sebuah kampung, menolak untuk menerima mayat orang PAS dari dikebumikan di dalam salah satu tanah perkuburan di situ. <\/p>\n\n\n\n<p>Isunya menjadi tular, Umno tidak benarkan mayat orang PAS ditanam. <\/p>\n\n\n\n<p>Aku segera bertemu dengan anak si mati untuk mendapatkan maklumat terperinci. <\/p>\n\n\n\n<p>Maklumlah, kezaliman Umno begini, tidak dapat diterima.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila bertemu dan bertanyakan semua perkara, nyata JKKK Umno itu benar kerana tanah kubur itu hanya untuk wakaf orang kariah di situ sahaja, sedangkan ibunya bukan kariah di situ. <\/p>\n\n\n\n<p>Anaknya juga maklum dengan peraturan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka aku meletakkan jari jemari aku daripada menularkan berita ini, kerana tiada isu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak kurang juga orang yang mendakwa menyokong PAS yang mengamuk kerana perniagaan mereka disaman, rupanya tidak mengikut undang-undang. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian mereka meminta supaya pimpinan PAS membantu atau mengeluarkan mereka dari kesalahan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak dilayan, akan tular pula yang mereka penyokong PAS, tetapi pimpinan tidak membantu. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah.<\/p>\n\n\n\n<p>Menularkan sesuatu perkara amat mudah, apalagi jika berkaitan dengan pihak yang kita benci. <\/p>\n\n\n\n<p>Benci mungkin kerana musuh lama, dendam atau tiba-tiba kita jadi benci kawan kita sebab ada orang menghasut kita untuk membenci. <\/p>\n\n\n\n<p>Lantas kita terus menjadi benci, tanpa sebarang penyiasatan, hanya kerana orang menabur cerita kebencian. <\/p>\n\n\n\n<p>Benci sungguh dan kita pula yang lebih bencinya daripada orang yang bercerita itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Banyak isu yang tular, akhirnya hambar kerana separuh masak atau benar. <\/p>\n\n\n\n<p>Manusia yang menularkan itu, jika berniat serong, akan pasti menambah perisanya kerana mahukan dia disokong. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada udang di sebalik mi. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada sesuatu yang dia inginkan, maka dia tularkan kerana hajatnya belum kesampaian. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga yang jenis tamak, sudah dapat, tapi mahu lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Nafsu yang tiada penghujung.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka bila tular sesuatu isu, biasanya, ia sekadar mahu memalukan satu pihak. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian setelah ditunjukkan segala bukti, tidak tahu pula mereka untuk memperbetulkannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dosa hanya jika berlaku salah laku oleh pihak yang dia benci. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala dosa fitnah, dilupus kira oleh malaikat kalau dia yang tularkan pembohongan.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara khususnya aku mahu memberitahu, jika ada menerima berita berkenaan kejahatan Kerajaan PAS, maka mohon disiasat, disiasat dan disiasat sedalam-dalamnya kerana sudah banyak bukti berlaku penipuan dalam info atau salah faham dalam maklumat. <\/p>\n\n\n\n<p>Aku tidak katakan yang Kerajaan PAS ini tidak ada kesalahan, tetapi sengaja melakukan penganiayaan terhadap rakyat adalah satu hal yang sangat-sangat tidak boleh diterima.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana PAS berhasrat untuk memerintah Malaysia dengan menjalankan sistem menurut acuan Islam, tetapi tiba-tiba memberi contoh buruk dan jahat, lojik ke? <\/p>\n\n\n\n<p>Langsung tidak masuk akal, kecuali cerita itu direka orang bagi menjatuhkan PAS itu sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menularkan sesuatu perkara sebenarnya menjadi tabiat kebanyakan orang. Maksud tular di sini ialah menghebahkan sesuatu berita kepada orang<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11788,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-11787","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11787","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11787"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11787\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11789,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11787\/revisions\/11789"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11788"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11787"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11787"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11787"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}