{"id":11810,"date":"2022-06-06T07:25:18","date_gmt":"2022-06-06T07:25:18","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11810"},"modified":"2022-06-06T07:32:44","modified_gmt":"2022-06-06T07:32:44","slug":"bagaimana-seorang-pengemis-mengangkat-darjat-badiuzzaman-said-nursi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/06\/06\/bagaimana-seorang-pengemis-mengangkat-darjat-badiuzzaman-said-nursi\/","title":{"rendered":"Bagaimana Seorang Pengemis Mengangkat Darjat Badiuzzaman Said Nursi"},"content":{"rendered":"\n<p>Rasulullah SAW bersabda: <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sesungguhnya Allah akan berfirman pada hari kiamat: <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Wahai anak Adam, Aku sakit namun engkau tidak menziarahi-Ku.&#8217; <\/p>\n\n\n\n<p>Manusia berkata: &#8216;Wahai Tuhan, bagaimana aku menziarahi-Mu padahal Engkau adalah tuhan semesta alam?&#8217; <\/p>\n\n\n\n<p>Allah berfirman: <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Tidakkah engkau mengetahui bahawa seorang hamba-Ku si polan sakit namun engkau tidak menziarahinya? Tidakkah engkau ketahui bahawa sekiranya engkau menziarahinya,nescaya engkau akan mendapati-Ku di sisinya?&#8217; <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Wahai anak Adam, Aku meminta makan daripadamu namun engkau tidak memberi-Ku makan.&#8217;<\/p>\n\n\n\n<p>Manusia berkata:<\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Bagaimana aku memberi-Mu makanan padahal Engkau adalah tuhan semesta alam?&#8217;<\/p>\n\n\n\n<p>Allah berfirman: <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Tidakkah engkau mengetahui bahawa seorang hamba-Ku si polan meminta makanan kepadamu namun engkau tidak memberinya makan?&#8217;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Tidakkah engkau ketahui bahawa sekiranya engkau memberinya makanan, nescaya engkau akan mendapati balasannya di sisi-Ku?&#8217;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Wahai anak Adam, Aku meminta minum kepadamu namun engkau tidak memberi-Ku minum.&#8217; <\/p>\n\n\n\n<p>Manusia berkata:<\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Bagaimana aku memberi-Mu minum padahal Engkau adalah tuhan semesta alam?&#8217;<\/p>\n\n\n\n<p>Allah berfirman: <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Tidakkah engkau mengetahui bahawa seorang hamba-Ku si polan meminta minum kepadamu namun engkau tidak memberinya?&#8217; <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Tidakkah engkau ketahui bahawa sekiranya engkau memberinya minum, nescaya engkau akan mendapat balasannya di sisi-Ku?'&#8221; <\/p>\n\n\n\n<p><strong>(Hadis Riwayat Muslim)<\/strong>\u00b9<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika mensyarahkan hadis Qudsi ini\u00b2, Dr Umar Muhammad Noor Hafizahullah berkongsi satu kisah yang diceritakan oleh Syeikh Ramadhan Al-Buti mengenai seorang tokoh iaitu Badiuzzaman Said Al-Nursi Rahimahullah Ta&#8217;ala.<\/p>\n\n\n\n<p>Diawalnya Badiuzzaman bukanlah orang yang cerdik pandai, hanya pelajar biasa-biasa sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun segalanya berubah setelah satu peristiwa. <\/p>\n\n\n\n<p>Suatu hari di madrasah tempat beliau belajar, datang seorang lelaki yang lagaknya seorang pengemis. <\/p>\n\n\n\n<p>Berpakaian lusuh dan berbau busuk. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengemis tersebut datang untuk meminta makanan bagi mengisi perutnya yang kelaparan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengemis tersebut meminta pada pelajar-pelajar yang dijumpainya, semuanya menjauh kerana berasa jijik dan geli dengan penampilan pengemis tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila Badiuzzaman Said Nursi melihat pengemis tersebut, beliau lantas mengambil bekal makanan yang disiapkan oleh ibunya dan turun serta berikan makanan kepada pengemis tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau makan bersama, melayani dan bersembang mesra dengan pengemis tersebut sepertimana orang biasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada sekelumit pandangan jijik ataupun hina dizahirkan pada pengemis tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah peristiwa itu, Allah mengangkat darjat beliau sehingga menjadi Ulama&#8217; dan reformis dunia Islam di Turki. <\/p>\n\n\n\n<p>Terkenal dengan karyanya Risalah Al-Nur yang menjadi pencerahan buat ummat yang dilanda dengan keserabutan sekularisme yang dipelopori oleh Mustafa Kamal Atarturk pada ketika itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah Dr Umar, &#8220;Agama kita bukan sekadar solat tetapi juga sejauh mana kepekaan kita terhadap kesusahan orang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kepekaan dan kepedulian terhadap orang lain adalah sebahagian daripada agama. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bila lihat orang lain susah tetapi kita buat tak peduli maksudnya belum tinggi darjat kita disisi Allah Ta&#8217;ala. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bila tengok kesusahan orang lain, lihatlah ianya sebagai peluang Allah untuk tinggi dan angkat darjat kita sebagaimana Allah mengangkat darjat Syeikh Badiuzzaman Said Al-Nursi.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Buatlah kebaikan sebanyaknya dan pada sesiapa pun. <\/p>\n\n\n\n<p>Ikhlaskanlah hatimu dalam setiap kebaikan yang dibuat walau sekecil apa pun ia. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadilah seperti air hujan yang tidak peduli pada siapa ia jatuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Bersegeralah dalam kebaikan kerana kita tidak tahu bilakah nyawa ini akan terpadam.<\/p>\n\n\n\n<p>Moga berkat berbuat baik Allah memudahkan segala urusan kita baik dunia mahupun akhirat. <\/p>\n\n\n\n<p>Wallahua&#8217;lam.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8212;&#8212;-<\/p>\n\n\n\n<p>\u00b9 Sahih. Muslim dalam Kitab al-Bir wa al-Silah<\/p>\n\n\n\n<p>\u00b2 Dr Umar mensyarahkan hadis ini di dalam Daurah 40 Hadis Qudsi karangan Syeikh Mulla &#8216;Ali al-Qari iaitu al-Ahadith al-Qudsiyyah al-Arba&#8217;iniyyah.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh: Mohamad Afiq Faiz<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rasulullah SAW bersabda: &#8220;Sesungguhnya Allah akan berfirman pada hari kiamat: &#8216;Wahai anak Adam, Aku sakit namun engkau tidak<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11811,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[37],"class_list":["post-11810","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sejarah","tag-sejarah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11810","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11810"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11810\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11812,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11810\/revisions\/11812"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11811"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11810"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11810"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11810"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}