{"id":1188,"date":"2020-09-05T20:16:55","date_gmt":"2020-09-05T20:16:55","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=1188"},"modified":"2020-09-05T20:16:58","modified_gmt":"2020-09-05T20:16:58","slug":"kuasai-media-sosial-depani-cabaran-politik-baharu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/05\/kuasai-media-sosial-depani-cabaran-politik-baharu\/","title":{"rendered":"Kuasai Media Sosial, Depani Cabaran Politik Baharu"},"content":{"rendered":"\n<p>Ahli PAS terutamanya golongan muda perlu mendominasi media sosial bagi memenangi hati rakyat dengan fakta dan kebenaran dalam mendepani persaingan era baharu politik yang terbuka dan mencabar.<\/p>\n\n\n\n<p>Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Dato&#8217; Husain Awang berkata, ledakan teknologi maklumat menuntut Mujahid Siber bergerak seiring perkembangan semasa agar dapat menangani perbuatan musuh yang melakukan propaganda dan fitnah secara tersusun.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Zaman dulu memang kita bergerak memberi penerangan melalui ceramah berkelompok, mega dan sebagainya, namun hari ini medan itu sudah tidak diminati kebanyakkan orang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Suasana sudah berubah, ceramah kurang diminati kerana orang ramai boleh ikuti isu melalui media-media, kecuali orang-orang tertentu yang minat ceramah,&#8221; ujarnya semasa melancarkan Jentera Siber PAS Terengganu di Kompleks Tarbiyyah Darul At Taqwa di sini hari inI, Sabtu 5 September.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya lagi, penguasaan media sosial oleh Pakatan Harapan telah menyebabkan Barisan Nasional tumbang dan PAS tidak mencapai sasaran di negeri-negeri pantai barat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita akan berhadapan dengan pilihan raya umum nanti, trend penggunaan media untuk menarik undi akan berterusan, Mujahid Siber berperanan membina kekuatan di peringkat PAS bagi mempengaruhi pemikiran anak muda.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini ruang dan peluang yang paling terbuka untuk kita menyampaikan mesej kita dalam pemikiran rakyat, sama ada kita mampu mengubah atau tidak itu bergantung kepada kita,&#8221; tegasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata Husain lagi, peranan Mujahid Siber sangat besar dan luas di pelbagai peringkat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Peranan ini tidak boleh dimainkan oleh golongan veteran kerana tiada kepakaran seperti orang muda.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jadi, orang muda mesti sedia, berperanan di media, bangkit menjadi &#8216;frontliners&#8217; media PAS menjelang pilihan raya umum akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jangan ikut rentak musuh, kita mengajak orang untuk ke jalan yang diredhai dengan cara menerang dalam menyerang, bukan menyeramg membuta tuli,&#8221; tambah beliau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli PAS terutamanya golongan muda perlu mendominasi media sosial bagi memenangi hati rakyat dengan fakta dan kebenaran dalam<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1189,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[14],"tags":[47],"class_list":["post-1188","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-teknologi","tag-teknologi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1188","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1188"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1188\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1190,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1188\/revisions\/1190"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1189"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1188"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1188"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1188"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}