{"id":11901,"date":"2022-06-13T06:31:55","date_gmt":"2022-06-13T06:31:55","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11901"},"modified":"2022-06-13T06:31:57","modified_gmt":"2022-06-13T06:31:57","slug":"liqa-fikri-pas-pusat-mempertaut-ukhuwwah-abnaul-harakah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/06\/13\/liqa-fikri-pas-pusat-mempertaut-ukhuwwah-abnaul-harakah\/","title":{"rendered":"Liqa Fikri PAS Pusat: Mempertaut Ukhuwwah Abnaul Harakah"},"content":{"rendered":"\n<p>Persekitaran KUiZM Taman Melewar yang dahulunya Markaz Tarbiah PAS Pusat berselubung euforia mahabbah dan ceria pada pagi 12 Jun 2022. <\/p>\n\n\n\n<p>Pimpinan PAS disemua peringkat memenuhi Dewan Fadhil Noor KUiZM untuk mencicip pesan- pesan berharga daripada murabbi jamaah. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS telah melepasi umurnya tujuh dekad berjuang dan mendobrak kebatilan ditanah leluhur ini, tak mudah mengumpulkan kekuatan untuk bertahan dalam tempoh yang panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>Kekuatan PAS bukan sekadar dengan sejuta ahlinya yang mempunyai iltizam yang tinggi namun disana adanya akar pengikat yang kuat iaitu ukhuwahfillah. <\/p>\n\n\n\n<p>Ukhuwwah merupakan pra-syarat kemenangan harakah Islam sebagaimana yang diungkapkan oleh Maulana Maududi, pendiri Jamiat Islami yang juga pemikir Islam tersohor. <\/p>\n\n\n\n<p>Ustaz Dato Idris Ahmad, Pengerusi Lujnah Tarbiah PAS Pusat telah menggariskan beberapa panduan untuk mengikat batu bata ukhuwwah sesama anggota jamaah Islam ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Tips paling asas dan terbaik ialah berbaik sangka dengan semua ahli PAS, jauhi prejudis terutama diera tamkin. <\/p>\n\n\n\n<p>Bisikan-bisikan liar pasti merosakkan ukhuwwah semahal tempayan emas.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yang tidak ikhlas akan terkeluar atau dikeluarkan oleh ahli, kerana PAS ialah jama&#8217;ah yang terdiri dari kalangan orang yang soleh, menyintai kebenaran dan perjuangan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika ada mana-mana pihak yang mempunyai agenda yang tersendiri tidak akan berjaya. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu berbaik sangka dengan sahabat adalah perlu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jauhkan prasangka buruk sesama anggota dan membina perpuakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sifat meraikan semua ahli yang berbagai latar belakang status kedudukan dan tahap akademik adalah perlu. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ahli-ahli PAS latar belakang sosio ekonomi pelbagai, darpada PhD sehinggalah yang tak gosok gigi&#8221; kata Ustaz Idris bercanda. <\/p>\n\n\n\n<p>Janganlah kita mudah mengeluarkan perkataan bodoh jika ahli yang diarah melaksanakan kerja tersilap menerima arahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Anggaplah tahap pemikiran mereka tidak sama dengan kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika kita dengan mudah mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati sahabat bagaimana ikatan ukhuwah hendak ditautkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Lahirkan sifat kasih sayang sesama anggota. <\/p>\n\n\n\n<p>Biarlah menampakkan kita kasih kepada amilin bawahan terutamanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Lemparkan senyuman dan manis muka dan ringan mulut untuk berbicara dan bertanya khabar teman-teman kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Ahli PAS sejujurnya sayang kepada perjuangan ini, bukan wang yang diminta, tetapi ialah kemesraan dan layanan yang mereka dambakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka lebih berbangga jika pimpinan mereka cakna, &#8220;membumi&#8221; serta merakyat, mengambil berat terhadap mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Berilah keutamaan kepada ahli PAS ketika memberikan bantuan, jangan tak peduli dan mengkesampingkan kebajikan ahli-ahli yang ditimpa kesusahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Lihatlah ahli dan amilin yang memang susah dan layak menerima bantuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Memang kebiasaan ahli PAS tidak meminta walaupun mereka ini orang susah, tetapi kita sebagai pimpinan perlu mengambil berat terhadap keperluan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Ustaz Idris, &#8220;apabila semua amilin memikirkan untuk mengalahkan musuh, maka jama&#8217;ah akan kuat. <\/p>\n\n\n\n<p>Selalunya orang yang tidak berkerja atau sedikit kerjanya untuk parti memang terlalu nampak kesalahan sahabat sedangkan beliau hanya asyik mengkritik tanpa apa-apa sumbangan kepada parti. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Orang seperti ini amat merbahaya kepada parti. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Orang seperti ini amat merbahaya kepada parti dan tidak mendatangkan apa-apa faedah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kelompongan dalam saff jama&#8217;ah akan memberi tempat kepada syaitan untuk menyusup masuk ke dalam saff parti. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Parti akan kukuh seperti acuan keluli di mana syaitan dan musuh parti tidak dapat mencari lubangpun untuk mencelah masuk dan melakukan kerosakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun syaitan datang dengan bala tentera yang banyak untuk menyerang&#8221; tambah Menteri Agama (JPM) yang juga Naib Presiden PAS itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pembentangan kedua oleh Presiden PAS memasakukuhkan lagi kefahaman tentang memaknai ukhuwwah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang memperingatkan khalayak peserta tentang Islah al hukumah dengan realiti fan cabaran mendatang. <\/p>\n\n\n\n<p>Era tamkin masakini memerlukan keupayaan mengurustadbir, kompetensi serta meletakkan nuansa perjuangan Islam pada semua peluang dan ruang yang terbentang. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS berperanan menyatukan semua kelompok Islam di negara, meminimakan jurang antara kumpulan, elakkan pertembungan agar kuasa yang ada tidak terlepas ketangan mereka yang memusuhi Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh: Dr Ustaz Riduan Mohd Nor<\/p>\n\n\n\n<p>(Penulis ialah AJK PAS Pusat,Pengerusi LESTARI)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Persekitaran KUiZM Taman Melewar yang dahulunya Markaz Tarbiah PAS Pusat berselubung euforia mahabbah dan ceria pada pagi 12<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11902,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[53],"tags":[79],"class_list":["post-11901","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pas","tag-pas"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11901","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11901"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11901\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11903,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11901\/revisions\/11903"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11902"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11901"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11901"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11901"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}