{"id":11919,"date":"2022-06-14T04:38:22","date_gmt":"2022-06-14T04:38:22","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11919"},"modified":"2022-06-14T04:38:24","modified_gmt":"2022-06-14T04:38:24","slug":"apakah-zahid-hamidi-berpeluang-jadi-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/06\/14\/apakah-zahid-hamidi-berpeluang-jadi-pm\/","title":{"rendered":"Apakah Zahid Hamidi Berpeluang Jadi PM?"},"content":{"rendered":"\n<p>Apakah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi masih berniat untuk menjadi perdana menteri? Tidak diketahui.<\/p>\n\n\n\n<p>Umum mengetahui Umno sudah mengumumkan bahawa calon perdana menteri mereka ialah Ismail Sabri Yaakob dan bukannya Zahid. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun semua pihak tahu betapa ceteknya janji politik ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika Umno mampu membentuk kerajaan dengan sendiri memenangi lebih daripada 112 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), apakah janji itu akan dikota jika presiden dan timbalan presiden parti Melayu itu juga layak dilantik menjadi perdana menteri?<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana pula kalau Umno terpaksa membentuk kerajaan dengan parti-parti yang lain, apakah parti-parti lain setuju untuk mengekalkan Ismail sebagai perdana menteri?<\/p>\n\n\n\n<p>Dua soalan yang memenatkan otak ini kita biarkan sahaja ia difikir oleh Umno dan Ismail sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Tulisan kali ini sekadar untuk menganalisis secara objektif soalan cepu emas ini, apakah peluang Zahid untuk menjadi perdana menteri selepas PRU15?<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu jika Umno dan Barisan Nasional (BN) memenangi mana-mana PRU, dan presiden Umno turut memenangi kerusi Parlimen, secara automatiknya beliau akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Jarang dan janggal jika yang mengangkat sumpah ialah orang lain seperti timbalan presiden mahupun naib presiden Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia hanya mungkin terjadi jika presiden sendiri tewas pada PRU.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia juga mungkin terjadi kerana Yang di-Pertuan Agong tidak perkenan presiden Umno untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia juga mungkin terjadi kerana presiden Umno sendiri menolak jawatan itu sendiri dan bertegas mengotakan ketetapan parti untuk melantik orang lain sebagai perdana menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Malaysia, seseorang belum bersalah selagi belum dibuktikan bersalah di mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>Meskipun Zahid sedang menghadapi tuduhan rasuah, tapi beliau masih seorang yang belum bersalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin persepsi politik terhadapnya tercalar, namun realitinya beliau sama taraf dengan ahli-ahli politik baik yang bebas daripada sebarang sabitan kesalahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah kes mahkamah Zahid boleh menjadi penghalang kepada peluangnya menjadi perdana menteri?<\/p>\n\n\n\n<p>Melihat fenomena \u201cbossku\u201d yang berlaku pada Najib Razak, nampaknya kes mahkamah terhadap sesiapa di Malaysia bukan penghalang kepada rakyat Malaysia untuk menerima Zahid.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, peluang Zahid untuk menjadi perdana menteri ada dan peluangnya agak cerah tapi mencabar.<\/p>\n\n\n\n<p>Jarak antara Zahid dan jawatan perdana menteri cumalah janji politik Umno untuk mengekalkan Ismail untuk jawatan itu sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun apakah janji ini masih relevan ketika itu?<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah ada kaitan antara tindakan Zahid mendesak PRU diawalkan dengan peluangnya untuk menjadi perdana menteri? Tidak pasti.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi jangan lupa, politik Malaysia ini memang serba boleh.<\/p>\n\n\n\n<p>Timmy Say<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Apakah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi masih berniat untuk menjadi perdana menteri? Tidak diketahui. Umum mengetahui Umno sudah<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11920,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-11919","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11919","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11919"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11919\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11921,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11919\/revisions\/11921"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11920"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11919"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11919"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11919"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}