{"id":11972,"date":"2022-06-15T06:47:53","date_gmt":"2022-06-15T06:47:53","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11972"},"modified":"2022-06-15T06:47:55","modified_gmt":"2022-06-15T06:47:55","slug":"inilah-cara-pas-berjuang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/06\/15\/inilah-cara-pas-berjuang\/","title":{"rendered":"Inilah Cara PAS Berjuang"},"content":{"rendered":"\n<p>Pertama kali Rasulullah saw membawa ajaran Islam, masyarakat tidak memahami apa sebenarnya yang ingin dicapai oleh Baginda. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menyangka Rasulullah menyebarkan Islam untuk mendapatkan pengaruh dan kedudukan dalam masyarakat, lalu mereka menawarkan jawatan raja kepada Baginda. <\/p>\n\n\n\n<p>Baginda menolaknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka turut menyangka Baginda menyebarkan Islam untuk mendapat habuan dunia, lalu mereka menawarkan kepada Baginda timbunan harta sehingga Baginda boleh menjadi orang yang paling kaya di Mekah. <\/p>\n\n\n\n<p>Baginda menolaknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menyangka Baginda menyebarkan Islam untuk mendapatkan wanita yang cantik, menarik lalu mereka menawarkan wanita yang cantik kepada Baginda. <\/p>\n\n\n\n<p>Baginda menolaknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada orang silap menganggap perjuangan PAS ialah perjuangan mendapatkan kekuasaan semata-mata seperti mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu mereka menuduh harta benda dan habuan dunia telah menjadikan pandangan PAS &#8216;buta&#8217;, sehingga tidak lagi nampak apa yang mereka nampak.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, mereka akan merasa hairan bilamana PAS dilihat &#8216;menolak&#8217; peluang kemenangan di hadapan mata. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka bingung PAS tidak berkelakuan seperti mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak faham mengapa PAS sanggup bersedia berisiko kalah demi mempertahankan dasar parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak boleh terima cara PAS yang terus menentang sebarang bentuk mungkar dalam apa jua bentuk, dan sedia mendokong kebaikan dan taqwa dalam apa jua keadaan tanpa mengira siapa. <\/p>\n\n\n\n<p>Hakikatnya, PAS adalah parti yang paling awal menentang kebatilan, kezaliman dan salah urus tadbir negara.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS menyertai pilihanraya sejak pertama kali diadakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Perjuangan PAS bukan membuta tuli terhadap realiti masyarakat majmuk di Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS sedia bekerjasama dengan mempertahankan prinsip dan dasar Islam yang menjadi denyut nadi perjuangan kami. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS sentiasa mencari jalan terbaik untuk kemenangan Islam bagi membolehkan Islam terlaksana dalam urus tadbir. <\/p>\n\n\n\n<p>Asalkan Islam sampai ke destinasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Lantaran itu, PAS sentiasa bersedia membuka pintu kerjasama dengan pelbagai parti yang menerima dasar Islam yang dibawa. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS sudah serik bersama parti hanya rasa penting untuk bersama bila perlu, dan menyerang PAS selepas itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah prinsip PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS akan terus kekal dengan dasar dan prinsip ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun beberapa kali PAS dibuli apabila menyambut salam kerjasama, PAS tidak pernah kesal dengan keputusan yang telah diambil kerana semua keputusan parti dibuat melalui perbincangan, muktamar dan panduan Majlis Syura. <\/p>\n\n\n\n<p>Di sepanjang perjuangan ini, PAS kehilangan rakan seperjuangan, rakan politik, markas, PASTI dan pelbagai harta yang diwaqafkan oleh ahli dan penyokongnya. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS sedih dengan apa yang berlaku, kerana PAS sedar ianya datang dari duit simpanan ahlinya yang miskin, penoreh getah, nelayan dan golongan susah. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun untuk PAS korbankan prinsip perjuangannya, tidak mungkin. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS akan terus berkembang, menghijau dan mengeluarkan bunga dan buah. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS akan terus mendidik masyarakat memahami politik Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia suatu sistem politik yang jauh bezanya dengan pelbagai aliran politik yang diimport dari barat, yang tidak berpaksi kepada aqidah. <\/p>\n\n\n\n<p>Politik Islam berteraskan perubahan dengan menghapuskan syirik kepada tauhid, mungkar kepada taat, maksiat kepada soleh, perubahan masyarakat bagi membina negara sejahtera dan harmoni, menikmati nilai persamaan dan menghormati nilai perbezaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Itulah perjuangan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Ahli-ahli PAS akan terus memastikan pimpinan dan bahtera ini terus belayar mengikut arah ini sehingga hari kemenangan Islam dicapai.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejahtera Bersama Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Tuan Ibrahim Tuan Man<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pertama kali Rasulullah saw membawa ajaran Islam, masyarakat tidak memahami apa sebenarnya yang ingin dicapai oleh Baginda. Mereka<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11973,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[53],"tags":[79],"class_list":["post-11972","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pas","tag-pas"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11972","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11972"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11972\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11974,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11972\/revisions\/11974"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11973"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11972"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11972"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11972"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}