{"id":11978,"date":"2022-06-15T12:53:40","date_gmt":"2022-06-15T12:53:40","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11978"},"modified":"2022-06-15T12:53:42","modified_gmt":"2022-06-15T12:53:42","slug":"siapa-yang-nasihat-ahli-parlimen-pkr-persoal-agong-undang-najib-ke-istana","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/06\/15\/siapa-yang-nasihat-ahli-parlimen-pkr-persoal-agong-undang-najib-ke-istana\/","title":{"rendered":"\u2018Siapa Yang Nasihat?\u2019, Ahli Parlimen PKR Persoal Agong Undang Najib Ke Istana"},"content":{"rendered":"\n<p>Seorang ahli Parlimen PKR hari ini mengalu-alukan kenyataan Yang di-Pertuan Agong di UiTM baru-baru ini yang memberi amaran mengenai \u201cbarah\u201d rasuah, namun mengatakan pendirian istana itu dilihat tidak selari dengan tindakannya mengundang bekas perdana menteri Najib Razak yang disabitkan kesalahan rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata beliau tidak mahu menyalahkan Agong berhubung undangan tersebut, mengatakan pegawai istana yang bertanggungjawab menasihatkan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah gagal menjalankan tugas mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYang di-Pertuan Agong dibekalkan oleh kerajaan dan negara dengan pelbagai penasihat dan pembantu istana. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pegawai-pegawai istana tersebut yang membawa gelaran hebat-hebat seperti Datuk Bijaya Diraja, Datuk Bentara Diraja dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYang di-Pertuan Agong juga mempunyai akses kepada Peguam Negara yang bertindak sebagai peguam kepada Kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tidak ada sesiapakah yang berani tampil ke depan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya jangan menjemput bekas perdana menteri Najib Razak (seorang pesalah rasuah) ke Istana Negara?\u201d kata Hassan dalam sebuah hantaran Facebook.<\/p>\n\n\n\n<p>Najib yang merupakan ahli Parlimen Pekan disabitkan kesalahan di Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 bagi tujuh pertuduhan berkait penyelewengan RM42 juta dana SRC International.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda sebanyak RM210 juta.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan turut mengekalkan sabitannya dan beliau kini dalam proses merayu di Mahkamah Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Najib menerima undangan Aidilfitri di Istana Abdul Aziz di Kuantan, Pahang pada 4 Mei lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelumnya, beliau turut diundang bagi majlis berbuka puasa bersama Agong, ahli Kabinet dan diplomat asing di Istana Negara pada 18 April.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Hassan, satu kesilapan dilakukan pihak istana apabila Najib turut diundang di mana beliau menyertai Agong menikmati santapan diraja.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pelajar UiTM yang mendengar ucapan Agong mengenai bahaya rasuah akan teringat peristiwa di mana Najib menghantar gambarnya di media sosial menunjukkannya turut diundang ke istana.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menambah hubungan rapat antara Najib dan Agong tidak menjadi isu kerana ia adalah hubungan peribadi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka sama-sama dari Pahang. Tetapi itu soal hubungan peribadi. Tidak boleh dicampur-aduk dengan urusan rasmi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNajib Razak bekas perdana menteri dan ahli politik yang senior sepatutnya sedar dan mengambil inisiatif menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya tidak menjemput beliau ke Istana Negara bersandarkan latar belakang bahawa beliau telah didapati bersalah oleh mahkamah.\u201d<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang ahli Parlimen PKR hari ini mengalu-alukan kenyataan Yang di-Pertuan Agong di UiTM baru-baru ini yang memberi amaran<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11979,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-11978","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11978","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11978"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11978\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11980,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11978\/revisions\/11980"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11979"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11978"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11978"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11978"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}