{"id":11998,"date":"2022-06-16T04:58:01","date_gmt":"2022-06-16T04:58:01","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=11998"},"modified":"2022-06-16T04:58:02","modified_gmt":"2022-06-16T04:58:02","slug":"surat-terbuka-kepada-sahabat-sahabatku-ahli-umno-yang-dikasihi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/06\/16\/surat-terbuka-kepada-sahabat-sahabatku-ahli-umno-yang-dikasihi\/","title":{"rendered":"Surat Terbuka Kepada Sahabat-Sahabatku Ahli Umno Yang Dikasihi"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Demikian tajuk tulisan kali ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penulis amat percaya bahawa di dalam UMNO masih ramai pemimpin dan ahli yang berfikiran waras serta berkemampuan menilai baik dan buruk sesuatu perkara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalian mampu membezakan antara manfaat dan musibah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalian masih mampu membezakan antara dosa dan pahala. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan kalian mampu melihat dengan mata hati mana yang benar dan mana yang salah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kepada kalianlah tulisan ini ditujukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penulis tidak berniat untuk menyelongkar rumah tangga UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Surat terbuka ini hanya bermotif untuk berkongsi pandangan dan pesan-berpesan seperti yang dianjurkan dalam surah al-Asr. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita semua tidak lupa akan firman Allah dalam surah Ali \u2018Imran yang mengingatkan kita agar berpegang kukuh pada tali Allah; jangan kita bercerai-berai. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada suatu ketika selepas lebih 60 tahun, kita mampu menghirup udara segar persahabatan dan kemesraan rumpun bangsa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malangnya, atmosferanya berubah atas faktor geopolitik semasa yang kita semua sedia maklumi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Islam yang kita anuti menyeru kita agar bersatu terutama dalam urusan politik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tertegaknya negara Islam Madinah apabila Aus dan Khazraj bersatu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di negara kita, hanya dengan bersatunya bangsa Melayu beragama Islam ini dapat menguatkan agama dan bangsa itu sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini hakikat yang tidak patut diremehkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tujuan berpolitik yang diajar oleh Islam adalah demi melahirkan negara, kepimpinan dan rakyat yang bersatu hati, harmoni dan beriman dalam menegakkan Islam dan sistem bernegara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mana mungkin Islam menjadi kuat dan berdaulat sekiranya kita sentiasa bercakaran dan bersimpangan arah tujuan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang untungnya ialah DAP yang solid dengan undi para kafirun.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Islam memandu kita dalam mengangkat kepimpinan yang beriman dan bertaqwa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pilihlah pemimpin yang menjaga solat 5 waktu, jujur, bersih dan baik akhlaknya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari kalangan merekalah wujud manusia yang takut kepada Allah, takut menyeleweng harta rakyat dan negara serta takut dipertanggungjawabkan di Padang Mahsyar nanti. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jangan sesekali kita terbalik kuang dengan mempertahankan dan mengangkat pemimpin yang terpalit dengan rasuah dan kleptokrasi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apalagi sekiranya pemimpin itu memperlihatkan kemewahan luar biasa dan diadili di mahkamah dengan puluhan pautan dosa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apakah para pemimpin begini harus diikuti dan diberi kepercayaan sedangkan masih ramai dalam kalangan pemimpin UMNO yang bersih, jujur dan mementingkan perpaduan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kenapa mereka yang seperti ini tidak dijulang ke atas?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Marilah kita amalkan ajaran al-Quran yang menggariskan sifat orang beriman. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Orang beriman saling berkasih sayang dan lemah lembut sesama muslim manakala dengan golongan kafir mereka bersikap keras dan berwaspada. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kenapakah dengan sedikit pandangan yang berbeza sesama muslim, kita mudah bertelingkah dan mencari alasan untuk berpecah-belah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sedangkan dengan golongan kafir seperti MCA dan MIC kita boleh pula mengalah dan bertoleransi demi sokongan undi yang tidak seberapa setelah terbukti 90% daripada mereka kejap bersama DAP. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukankah sikap ini amat menyimpang daripada panduan kitab suci kita?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Marilah kita gerakkan semula kesatuan ummah, kemesraan dan perpaduan dari peringkat kampung dan akar umbi ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jangan biarkan seorang dua pemimpin di atas sana yang bermasalah lantaran kerakusan diri sendiri mengheret ummah ke arah perpecahan undi yang merugikan agama dan bangsa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemenangan 2\/3 kerusi Parlimen terbentang luas kepada gabungan parti-parti yang didominasi oleh parti teras Melayu, UMNO, PAS dan BERSATU. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemenangan 2\/3 di Parlimen ini membuka ruang untuk pertambahan kerusi-kerusi Parlimen dan DUN di kawasan majoriti Melayu pada masa akan datang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">RUU355 dan segala elemen Islam yang termaktub di dalam perlembagaan Negara dapat dilaksanakan dengan mudah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Konklusinya, apabila UMNO, PAS dan BERSATU bercerai-berai, DAP-lah yang mendapat untung besarnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan kita tiada perbezaan dari pelbagai sudut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun kenapa kita tidak memanfaatkan persamaan yang banyak dalam kalangan bangsa seagama dan serumpun ini? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rugilah agama dan bangsa kita sekiranya kita melalui PRU15 dalam keadaan berpecah-belah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tongkang pecah, yu yang kenyang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bijak sungguh datuk nenek kita berpesan dalam manis bahasa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sayangnya, kita tidak mahu berfikir sebaliknya bersemberono dalam berhujah dan membuat penilaian. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Madu di depan kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi cawan yang berisi racun pula kita capai dan diteguk isinya. Kenapa?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">BayangDiAir,<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Demikian tajuk tulisan kali ini. Penulis amat percaya bahawa di dalam UMNO masih ramai pemimpin dan ahli yang<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11999,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-11998","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11998","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11998"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11998\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12000,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11998\/revisions\/12000"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11999"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11998"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11998"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11998"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}