{"id":1204,"date":"2020-09-06T06:54:04","date_gmt":"2020-09-06T06:54:04","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=1204"},"modified":"2020-09-06T06:56:21","modified_gmt":"2020-09-06T06:56:21","slug":"indahnya-pas-bila-berkawan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/06\/indahnya-pas-bila-berkawan\/","title":{"rendered":"Indahnya PAS Bila Berkawan"},"content":{"rendered":"\n<p>Di Terengganu, Muafakat Nasional (MN) terus diperkukuhkan walaupun ada sedikit kocakan oleh Ketua Perhubungan UMNO, Datuk Seri Ahmad Said (DSAS).<\/p>\n\n\n\n<p>Sama ada beliau masih relevan untuk mengetuai UMNO Terengganu dalam persediaan menghadapi PRU15, itu urusan UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi PAS, tangan-tangan yang saling berjabat dalam Perhimpunan Ummah di PWTC perlu digenggam erat. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah kocakan yang dicetuskan oleh DSAS telah melunturkan semangat setiakawan sahabat-sahabatnya dari PAS?<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah MB Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Terengganu membalas balik usikan DSAS dengan mendedahkan segala kegagalan UMNO Terengganu sebagai memulangkan paku buah keras? <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak. Beliau menerima baik ucapan DSAS sebagai \u2018check and balance\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang tak patut keluar daripada mulut DSAS yang merupakan mantan MB itu ialah perkataan \u2018bodo\u2019 sehingga ajak berperang.<\/p>\n\n\n\n<p>Fakta yang tidak tepat asalkan bukan berniat untuk fitnah, PAS boleh terima.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin boleh perbetulkan fakta.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang rakyat nampak pongohnya ialah perkataan \u2018bodo\u2019 itu dengan lagak bukan selayaknya bergelar Yang Berhormat. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam keadaan seperti itu, ADUN-ADUN PAS \u2018cool\u2019 sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Cuma YB Ustaz Alias Razak yang nampak naik angin sikit kerana batang tubuhnya dicabar.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa YB-YB PAS ramai berdiam diri sahaja dalam dewan apabila ada provokasi sedemikian?<\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut YB Ustaz Wan Shukairi, MB Dr Ahmad Samsuri telah mengarahkan YB-YB PAS jangan membalas provokasi DSAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Beri peluang DSAS lepas hawa.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sesi penggulungan, jawablah dengan fakta dalam aliran nada yang bersahaja demi perpaduan ummah.<\/p>\n\n\n\n<p>Alhamdulillah, akhirnya episod itu berlalu dan tidak berpanjangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah buktinya PAS ikhlas mahu menyatukan ummah?<\/p>\n\n\n\n<p>Banyak contohnya untuk disenaraikan satu persatu.<\/p>\n\n\n\n<p>Antaranya, sejak PAS mengambil alih kerajaan Terengganu, pemimpin PAS tidak pernah mengungkit apalagi memburuk-burukkan UMNO dengan kegagalan projek-projeknya semasa menjadi kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS bukan seperti PH yang apabila dapat kuasa, yang ini salah BN, yang itu salah Najib.<\/p>\n\n\n\n<p>Hal salah kerajaan BN dan Najib sahaja jadi wiridnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Hinggalah PH tersungkur terlentang.<\/p>\n\n\n\n<p>Baru dia nampak indahnya bulan dan cantiknya bintang. <\/p>\n\n\n\n<p>Sokongan parti tidak pernah menjadi kriteria dalam agihan dan skim bantuan oleh kerajaan PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika berkhidmat di Pejabat ADUN, kami tidak pernah menjadikan sokongan politik sebagai kriteria dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Betul-betul tiada niat untuk berlaku tidak adil apatah lagi berdendam dalam kepala kami.<\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi nak siasat pendirian politiknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami pilih sahaja atas dasar kelayakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami ziarah siapa sahaja yang sakit, miskin dan yang perlu dibantu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami turun padang ke setiap lokasi musibah dan kematian. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, dalam jawatankuasa masjid kita beri ruang dilakukan pemilihan AJK-AJK-nya yang dikehendaki oleh masyarakat setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan itu, jawatan kuasa masjid di Terengganu kini terdiri daripada pelbagai latar belakang sokongan parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah ada Pengerusi dan Setiausahanya sebenarnya terdiri daripada orang-orang UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan kita semua bekerjasama demi keharmonian masyarakat. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang menarik ialah pada tahun 2021 nanti, MPKK di Terengganu akan terdiri daripada orang-orang PAS, UMNO dan BERSATU.<\/p>\n\n\n\n<p>Itulah usaha PAS Terengganu melalui kerajaannya yang diterajui oleh Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri dalam merealisasikan kesepakatan MN dengan berteraskan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).<\/p>\n\n\n\n<p>Kalaulah PAS tidak ikhlas seperti yang dikatakan oleh DSAS, PAS tidak beramal dengan politik sematang begitu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi rakyat Terengganu khususnya, Melayu\/Islam keseluruhannya hendaklah berpegang kepada penyatuan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau ada yang tiris, kita pakat tampung.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau ada yang longgar, kita pakat perkemaskan.<\/p>\n\n\n\n<p>Adatlah ada sikit-sikit ketidakserasian.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan lidah lagi tergigit.<\/p>\n\n\n\n<p>Duduklah atas titik persamaan, jarakkan perbezaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sudah 6 dekad kita berbalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah nak ditambah sedekad lagi?<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah perbalahan ini hendak kita wariskan kepada anak cucu kita?<\/p>\n\n\n\n<p>Cukuplah sekali DAP\/PH mengganyang agama dan bangsa kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, bagaimanakah mood PRU nanti apabila UMNO, PAS dan BERSATU telah bersatu?<\/p>\n\n\n\n<p>Lawan kita PAN\/PKR\/PH.<\/p>\n\n\n\n<p>Atau PEJUWANG masuk bertanding.<\/p>\n\n\n\n<p>Parti Syed Saddiq pun mencuba nasib?<\/p>\n\n\n\n<p>Lantaklah mereka dengan cerdik tak boleh diikut, bodo tak boleh diajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita sama kita pakat berjamu pisang goreng dengan kerpok lekor sajalah di markas-markas Muafakat Nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>Malam-malam main bendera dengan anak bini.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas menang, PAS, UMNO, BERSATU, kali ini kita jamu nasi beriani.<\/p>\n\n\n\n<p>BayangDiAir<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Di Terengganu, Muafakat Nasional (MN) terus diperkukuhkan walaupun ada sedikit kocakan oleh Ketua Perhubungan UMNO, Datuk Seri Ahmad<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1205,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-1204","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1204","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1204"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1204\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1207,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1204\/revisions\/1207"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1205"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1204"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1204"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1204"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}