{"id":12095,"date":"2022-06-23T23:56:43","date_gmt":"2022-06-23T23:56:43","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12095"},"modified":"2022-06-23T23:56:45","modified_gmt":"2022-06-23T23:56:45","slug":"ustaz-fadzil-noor-dan-pas-kedah-siri-3","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/06\/23\/ustaz-fadzil-noor-dan-pas-kedah-siri-3\/","title":{"rendered":"Ustaz Fadzil Noor dan PAS Kedah \u2013 Siri 3"},"content":{"rendered":"\n<p>Menolak cadangan untuk bertanding di Kelantan sebaliknya kekal di Kedah, bukanlah bermaksud tidak menghargai cadangan serta tawaran yang diberi. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan cadangan yang dikemukakan itu sesuai dan tidak ganjil memandangkan Almarhum adalah Presiden PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Di mana sahaja kerusi yang berpotensi menang boleh ditandinginya. <\/p>\n\n\n\n<p>Suara Presiden parti perlu bergema di dalam Parlimen.<br><br>Namun, Almarhum mempunyai pertimbangan yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Di samping Presiden parti di peringkat nasional, dia juga adalah Ketua PAS di Kedah. <\/p>\n\n\n\n<p>Almarhum amat sedar, orang PAS di Kedah berazam untuk melihat Kerajaan PAS Kedah selepas PRU 1995 itu dipimpin oleh Ustaz Fadzil. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun harapan itu belum tentu tercapai seperti tahun-tahun sebelumnya, tetapi azam, semangat dan harapan penyokong parti begitu tinggi untuk menang dan mengharapkan Almarhum akan memimpin mereka bagi mencapai kemenangan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Almarhum juga tahu, semangat orang PAS di Kedah bersama dengannya, andai berpindah ke Kelantan, samalah seperti membawa semangat itu pergi bersama. <\/p>\n\n\n\n<p>Boleh sahaja jika Parlimen bertanding di Kelantan, DUN kekal di Kedah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi Almarhum bimbang moral orang PAS Kedah menurun, lebih parah PAS sudah dikira kalah di Kedah sejak hari penamaan calon lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah barang pasti, lawan politik akan mainkan isu Ustaz Fadzil sudah tinggalkan negeri kerana tiada harapan menang di Kedah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kata Almarhum \u2018PAS Kedah tak terjawab tuduhan Umno nanti\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan PRU 1995 masih tidak memihak kepada PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun Almarhum berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Raya, namun usaha untuk menawan kerusi Pendang bagi membolehkan Ustaz Fadhil ke Parlimen masih gagal. <\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi untuk menguasai negeri serta menjadi pentadbirnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi beliau tidak pernah patah semangat dan tidak mengenal erti kecewa. <\/p>\n\n\n\n<p>Almarhum terus membina Kawasan Pendang dari masa ke semasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak Cawangan baru ditubuhkan terutama di DUN Bukit Raya. <\/p>\n\n\n\n<p>Bilangan Cawangan PAS lebih banyak dari Cawangan Umno, cuma satu DUN lagi dalam Parlimen Pendang cawangan Umno mengatasi Cawangan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerja keras mesti terus dilipatgandakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Demikian juga di peringkat negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Almarhum telah membuat kerja dan persiapan untuk mencapai kemenangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tahun 1995 juga, Ustaz Azizan dipanggil balik ke Kedah dan bertanding di DUN Sungai Limau. <\/p>\n\n\n\n<p>Hasilnya, PAS menang di kerusi tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Selepas PRU 1995, Sungai Limau menjadi satu lagi DUN teras dan tumang kepada kekuatan PAS Kedah. <\/p>\n\n\n\n<p>Lima penggal berturut-turut Ustaz Azizan mempertahankan Sungai Limau. <\/p>\n\n\n\n<p>Tahun yang sama, Ustaz Azizan diberi peranan sebagai Setiausaha Badan Perhubungan oleh Ustaz Fadzil.<\/p>\n\n\n\n<p>Hasil kesungguhan kedua-dua tokoh tersebut membina PAS Kedah, dukungan ahli serta disokong pula oleh keadaan politik semasa, PAS Kedah menang besar pada PRU 1999 iaitu dengan menguasai 12 DUN dan 8 Parlimen termasuk Pendang. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam usia 62 tahun, Ustaz Fadzil dapat juga ke Parlimen dan terus menjadi ketua pembangkang di Parlimen. <\/p>\n\n\n\n<p>Kata Pak Subki\u00a0<em>\u2018Dari Kedah beliau datang, dari Kedah juga beliau ke Parlimen\u2019<\/em>.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan PRU 1999 amat baik, PAS mempertahankan Kelantan serta kembali menguasai Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka, sudah sampai masa Ustaz Fadzil memberi perhatian yang lebih di peringkat Pusat dan Parlimen. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, pada tahun 2000 Almarhum menyerahkan tugas mengetuai PAS Kedah kepada Ustaz Azizan. <\/p>\n\n\n\n<p>Di peringkat Pusat diberi perhatian, di peringkat negeri tidak diabaikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ustaz Azizan adalah galang ganti Ustaz Fadzil di Kedah.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Kemenangan besar PAS pada PRU 1999 menyebabkan tekad PAS Kedah untuk menang dan mentadbir Kerajaan bertambah kuat. <\/p>\n\n\n\n<p>Di mana-mana bercakap mengenai kemenangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun Allah Maha Berkuasa, 23 Jun 2002 Almarhum Ustaz Fadzil dipanggil pulang ke sisiNya ketika semangat ahli berada di puncak. <\/p>\n\n\n\n<p>Allah Maha Mengetahui hikmah di sebalik setiap ketentuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketentuan Ilahi diterima dengan redha. <\/p>\n\n\n\n<p>Kematian Almarhum adalah kematian yang menghidupkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Semangat perjuangan ahli tidak mati dengan kematian Almarhum, bahkan bertambah kukuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan tema\u00a0<em>\u2018Tahun Tawan Kedah\u2019<\/em>\u00a0PAS Kedah melangkah masuk ke PRU 2004. <\/p>\n\n\n\n<p>Semangat untuk menang berkobar-kobar sehingga hal tersebut membimbangkan Ustaz Azizan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kebimbangan itu dinyatakan oleh Ustaz Azizan di beberapa pertemuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Antaranya disebut\u00a0<em>\u2018Hempa dok kira menang, nak memerintah, yang saya dok bimbang kot apa yang kita ada ni hilang\u2019<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebimbangan Ustaz Azizan berasas. <\/p>\n\n\n\n<p>Persempadanan kawasan pilihan raya yang baru dan pendekatan politik Pak Lah memberi impak besar kepada keputusan PRU 2004. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari 12 kerusi DUN yang dimenangi PAS Kedah pada PRU 1999 hanya tinggal 5 kerusi selepas PRU 2004. <\/p>\n\n\n\n<p>Semangat ahli yang memuncak patah di tengah jalan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ahli PAS Kedah di semua peringkat terkejut dan trauma. <\/p>\n\n\n\n<p>Selepas itu, kehadiran ahli dalam program parti menjadi hambar. <\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan PRU 2004 benar-benar membawa pergi semangat ahli.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebimbangan mula timbul, apakah penyakit trauma ini akan berterusan. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya masih ingat, Dr Hamdan Mohd Khalib memberi amaran, jika trauma dilayan dan berterusan lebih dari 4 bulan, ia boleh membawa kepada penyakit gila.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS Kedah mesti bangkit. <\/p>\n\n\n\n<p>Ustaz Azizan menggerakkan kembali semangat ahli di semua peringkat. <\/p>\n\n\n\n<p>Dewan-dewan Negeri serta pimpinan Kawasan mendukung pelan yang diatur. <\/p>\n\n\n\n<p>Program tarbiyah disemarak. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Lajnah Tarbiyah di setiap peringkat mesti dari Jawatankuasa Harian. <\/p>\n\n\n\n<p>Setiap program bercakap mengenai tarbiyah, jihad serta pengorbanan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dewan Pemuda Negeri menganjurkan seminar jihad di SRIDU Telok Bagan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemuncak seminar, setiap peserta menulis nama di kertas dan memasukkannya ke dalam kotak sebagai gimik pendaftaran mujahid yang akan berjuang hingga bertemu syahid.<\/p>\n\n\n\n<p>Usaha mengukuh organisasi dan jentera juga dilakukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Penambahan ahli, mengaktifkan Cawangan serta menggerakkan daftar pemilih dilipatganda. <\/p>\n\n\n\n<p>Setiap kali mesyuarat Badan Perhubungan, pemantauan kepada penambahan daftar pemilih baru menjadi agenda penting dan utama. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemuncak usaha, Allah takdirkan PRU 2008 PAS Kedah bersama rakan\u00a0<em>tahaluf<\/em>\u00a0menang dan PAS mengetuai pentadbiran kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejarah dilakar, Ustaz Azizan dipilih sebagai Menteri Besar pertama PAS Kedah. <\/p>\n\n\n\n<p>Benar-benar galang ganti Ustaz Fadzil.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS Kedah mengambil masa 57 tahun untuk menjadi kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ustaz Fadzil tidak sempat menyaksikan detik PAS menang sebagai pentadbir Kerajaan Negeri Kedah. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi, semua sedar kemenangan tersebut adalah hasil janaan dan buah tangan Almarhum Ustaz Fadzil. <\/p>\n\n\n\n<p>Al-Fatihah khusus kepada Almarhum.<\/p>\n\n\n\n<p>YB SENATOR USTAZ AHMAD YAHAYA<br>Pesuruhjaya PAS KEDAH<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menolak cadangan untuk bertanding di Kelantan sebaliknya kekal di Kedah, bukanlah bermaksud tidak menghargai cadangan serta tawaran yang<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12093,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[37],"class_list":["post-12095","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sejarah","tag-sejarah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12095","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12095"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12095\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12096,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12095\/revisions\/12096"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12093"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12095"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12095"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12095"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}