{"id":121,"date":"2020-06-26T11:33:19","date_gmt":"2020-06-26T11:33:19","guid":{"rendered":"https:\/\/preview.amplethemes.com\/ample-magazine\/?p=187"},"modified":"2020-08-24T13:56:47","modified_gmt":"2020-08-24T13:56:47","slug":"segelintir-pemimpin-umno-terengganu-tidak-faham-muafakat-nasional","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/06\/26\/segelintir-pemimpin-umno-terengganu-tidak-faham-muafakat-nasional\/","title":{"rendered":"Segelintir Pemimpin Umno Terengganu Tidak Faham Muafakat Nasional"},"content":{"rendered":"\n<p> <\/p>\n\n\n\n<p>Muafakat Nasional diwujudkan untuk menyatukan ummah bagi menjatuhkan kerajaan PH dan dominasi DAP di peringkat persekutuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak pernah lagi MN berpakat mahu membahagikan kerusi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan Terengganu dibina atas pengorbanan PAS keseorangan dalam PRU14. <\/p>\n\n\n\n<p>BN dan PH menyising lengan untuk menghalang PAS dari berkuasa di Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan Terengganu menang dengan milik mutlak PAS, dan bukannya selepas MN mahupun Perikatan Nasional. <\/p>\n\n\n\n<p>BN dan PH tidak diterima rakyat di Terengganu waktu itu. Ini adalah kenyataan. <\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, Kerajaan PAS Terengganu tetap menghormati MN berperingkat-peringkat, kendatipun diserang oleh segelintir pemimpin Umno Terengganu dan tidak diberi kerjasama oleh beberapa kerat pentaksub, pengikut tegar Umno. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehinggakan sebelum rasminya muafakat, sudah ada ahli PAS yang turun membantu Umno dalam hak kemasyarakatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan PN yang dipimpin oleh Umno di Johor dan Melaka tidak melayan PAS sebagai rakan kongsi kuasa yang adil dan penghayatan samada sebagai komponen PN atau MN yang sewajarnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan PAS dipinggirkan daripada posisi dalam Kerajaan Johor dan Melaka. <\/p>\n\n\n\n<p>Agak aneh, Speaker Dun Johor, Suhaizan Kayat dari PH pula dikekalkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun kita faham PAS tiada wakil dalam Dun Melaka, tetapi jika diikuti desakan Umno Terengganu, maka Umno Melaka juga mesti memberikan ruang kepada PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi PAS Melaka tetap tenang. <\/p>\n\n\n\n<p>Umno Terengganu jelas buta melihat nilai MN di negeri lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Kadangkala dalam mendesak, ada yang membangkitkan perihal apa yang terlaksana di Perak, bagaimana PAS diajak bersama dalam kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang mereka lupa ialah, Perak diketuai oleh Faizal Azumu dari Bersatu, bukan Umno. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak juga menyebut di Perlis, walaupun Umno dan BN berkuasa majoriti, dua wakil PAS juga tiada tempat. <\/p>\n\n\n\n<p>Di Pahang juga sama, setakat yang kita maklum, juga tiada wakil PAS yang dijadikan anggota kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi samada PJ Perlis, YB Cikgu Shukri Ramli mahupun PJ Pahang YB Ustaz Rosli Jabar, tiada melalak, meminta belas kasihan diberikan jawatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tugas mereka membantu kerajaan, bukan menjadi pengacau kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang Umno Terengganu tahu ialah mengamuk apabila permohonan tanah mereka tidak diluluskan sedangkan tanah dipohon sebelum MN wujud dan tanah yang mereka ada sudah berlambak-lambak. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah ditempelak pula Kerajaan Terengganu, beginikah cara muafakat, bertempik dua wakil mereka di Dun. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak reti mereka untuk bersyukur pula dengan bantuan bagi setiap Dun yang diberikan kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang terkhilaf dilaung-laungkan, yang betul tidak berterima kasih. <\/p>\n\n\n\n<p>Bajet 2019 ketika tiada lagi MN, Kerajaan Terengganu memperuntukan kira-kira RM1 juta bagi program perpaduan nasional termasuk kepada Dun pembangkang. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang peliknya, ketika sebelum MN wujud, agak bertertib pula Umno Terengganu dalam Dun. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara sifat orang munafik adalah apabila berkelahi, mereka melampaui batas. <\/p>\n\n\n\n<p>Sikap sebegini, sikap terkeji. <\/p>\n\n\n\n<p>Seolah-olah berniat rakus mahu menguasai negeri dengan menekan penguasa yang ada. <\/p>\n\n\n\n<p>Jikalau kita bertindak, lalu segera mereka mengatakan, inilah sikap PAS dalam bermuafakat, memakan rakan sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Amatlah bahaya dengan perangai yang tidak pernah puas dan bersyukur begini. <\/p>\n\n\n\n<p>Semoga ia mendatangkan keinsafan, atau mungkin boleh difikirkan untuk ditukar pimpinan Umno Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Umno Terengganu juga gagal menuruti sikap Umno Kelantan yang begitu sabar dan tidak memaksa Kerajaan Kelantan dalam hal sebegini. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun tiada jawatan dalam negeri, mereka bersikap seperti PAS, tiada mahu membuat kecoh. <\/p>\n\n\n\n<p>Sikap inilah yang akan membantu Kerajaan Negeri lebih maju. <\/p>\n\n\n\n<p>Membantu dalam skop yang mereka ada, bukan mencari balah dengan mengorek-ngorek kesilapan yang lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Muafakat Nasional diwujudkan untuk menyatukan ummah bagi menjatuhkan kerajaan PH dan dominasi DAP di peringkat persekutuan. Tidak pernah<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":248,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"gallery","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[],"class_list":["post-121","post","type-post","status-publish","format-gallery","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","post_format-post-format-gallery"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/121","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=121"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/121\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":249,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/121\/revisions\/249"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/248"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=121"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=121"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=121"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}