{"id":12142,"date":"2022-06-27T13:21:32","date_gmt":"2022-06-27T13:21:32","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12142"},"modified":"2022-06-27T13:21:34","modified_gmt":"2022-06-27T13:21:34","slug":"sejarah-mat-kilau-berguru-dengan-tokku-paloh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/06\/27\/sejarah-mat-kilau-berguru-dengan-tokku-paloh\/","title":{"rendered":"Sejarah Mat Kilau Berguru Dengan Tokku Paloh"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Latar Belakang Tokku Paloh<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Nama penuh beliau ialah Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad al-Aidrus. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau lebih dikenali sebagai Tok Ku Paloh. <\/p>\n\n\n\n<p>Gelaran lain beliau ialah Engku Sayyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau lahir pada tahun 1233 Hijrah bersamaan dengan 1817 Masihi dan meninggal dunia pada bulan Zulhijjah 1335 Hijrah bersamaan dengan September 1917 Masihi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ayahanda beliau ialah Sayyid Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin al-Aidrus atau dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar di Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus yang dikenali sebagai Engku Sayyid Seri Perdana, Sayyid Ahmad al-Aidrus yang dikenali sebagai Tok Ku Tuan Ngah Seberang Baruh dan Sayyid Mustafa al-Aidrus yang dikenali sebagai Tok Ku Tuan Dalam, Tuan Embung Abu Bakar yang dikenali sebagai Tuan Embung Solok atau Tok Ku Tuan Kecik dan Tuan Nik (Senik). <\/p>\n\n\n\n<p>Tok Ku Paloh ialah seorang ulama dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.<\/p>\n\n\n\n<p>Tok Ku Paloh dikurniakan umur yang panjang. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika meninggal dunia, beliau berusia sekitar 102 tahun menurut perhitungan tahun Hijrah atau 100 tahun menurut tahun Masihi.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Keturunan Rasulullah SAW<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Tokku Paloh adalah generasi ke-32 daripada Rasulullah SAW dan beliau datang dari kabilah Al-Aidrus. <\/p>\n\n\n\n<p>Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein r.a. anak Sayidatina Fatimah Az-Zahrah r.ha. binti Rasulullah SAW.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kegiatan Anti-Penjajah<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Tok Ku Paloh ialah ulama yang tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada riwayat mengatakan Haji AbdurRahman Limbong dan Tok Janggut yang terlibat mengetuai kegiatan anti-penjajah juga adalah murid Tok Ku Paloh.<\/p>\n\n\n\n<p>Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar. <\/p>\n\n\n\n<p>Katanya: &#8220;Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. <\/p>\n\n\n\n<p>Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad. <\/p>\n\n\n\n<p>Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Mat Kilau Menguji Kepandaian Silat Tok Ku Paloh<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Seperti apa yang dimaklumkan kepada Aki oleh salah seorang anak murid Tok Ku Paloh yang masih hidup sehingga tahun awal 90-an (Pok Leh) semasa beliau bertandang ke rumah Aki. <\/p>\n\n\n\n<p>Pahlawan Mat Kilau yang pernah berlindung di rumah Tok Ku Paloh pernah bermuzakarah perihal keagamaan dan persilatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mat Kilau ingin mencuba kehebatan persilatan Tok Ku Paloh dan kedua-duanya bersetuju sambil berdiri memegang sebilah keris. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila saat memulakan langkah, tiba-tiba Tok Ku Paloh ghaib dari pandangan mata Mat Kilau. <\/p>\n\n\n\n<p>Secara tiba-tiba juga Tok Ku Paloh mengunci Mat Kilau dari belakang dan meletakkan kerisnya ke leher Mat Kilau. <\/p>\n\n\n\n<p>Perlawanan silat mereka tamat dengan begitu pantas.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Keramat Tok Ku Paloh<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ada diceritakan bahawa apabila Inggeris cuba berunding meminta tanah dari Sultan Zainal Abidin, baginda menyuruh mereka berjumpa Tok Ku Paloh kerana katanya Terengganu ini ada tuannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Maksudnya Tok Ku Paloh yang lebih berhak membuat keputusan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa orang pegawai Inggeris telah pergi ke rumah wali Allah itu untuk berunding. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah mereka tiba, dengan sombongnya mereka tidak mahu duduk atas lantai. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu Tok Ku Paloh memberi kerusi untuk mereka duduk.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perbincangan tersebut, Tok Ku Paloh membenarkan pegawai Inggeris mengambil seberapa banyak tanah di Terengganu untuk dibawa pulang asalkan jangan ambil alih pemerintahan Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Pegawai-pegawai Inggeris yang marah dengan gurauan Tok Ku Paloh terus bangun. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi punggung mereka telah melekat di kerusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Lalu Tok Ku Paloh memerli mereka: &#8220;Sudahlah tanah kita mahu diambil, kerusi kita pun mahu dibawa lari&#8230;&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila Tok Ku Paloh tolong tarik kerusi barulah pegawai-pegawai Inggeris dapat pisahkan punggung mereka dari terus melekat. <\/p>\n\n\n\n<p>Kejadian lucu ini menyebabkan mereka sangat marah terhadap Tok Ku Paloh.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam peristiwa lain pula, Inggeris mengajak Tok Ku Paloh berunding di atas kapal perang. <\/p>\n\n\n\n<p>Tujuan mereka adalah untuk mengugut secara halus dengan mempamerkan kekuatan angkatan laut mereka yang mampu membedil pantai di Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Taktik ini dipanggil &#8220;Gunboat Diplomacy&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>Tok Ku Paloh cuma menyengetkan serbannya ke kiri lalu seluruh kapal perang laut Inggeris turut senget ke kiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian Tok Ku Paloh sengetkan serbannya ke kanan lalu kapal tersebut ikut senget ke kanan pula. <\/p>\n\n\n\n<p>Kejadian ini menyebabkan Inggeris takut tetapi semakin marah terhadap Tok Ku Paloh.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa yang lain pula, mereka cuba menghampiri perairan Terengganu tetapi melihat ia dijaga pahlawan-pahlawan Melayu siap bersenjata sejauh mata memandang. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini menyebabkan mereka takut nak menjajah Terengganu selagi Tok Ku Paloh masih hidup.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas beliau meninggal dunia, tepat pada 24 Mei 1919 barulah Inggeris dapat mencampuri kerajaan Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Qusyairi<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Latar Belakang Tokku Paloh Nama penuh beliau ialah Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad al-Aidrus. Beliau lebih dikenali<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12143,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-12142","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12142","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12142"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12142\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12144,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12142\/revisions\/12144"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12143"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12142"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12142"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12142"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}