{"id":12176,"date":"2022-06-28T16:02:45","date_gmt":"2022-06-28T16:02:45","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12176"},"modified":"2022-06-28T16:02:47","modified_gmt":"2022-06-28T16:02:47","slug":"pas-wadah-politik-terbaik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/06\/28\/pas-wadah-politik-terbaik\/","title":{"rendered":"PAS: Wadah Politik Terbaik"},"content":{"rendered":"\n<p>Saya yakin ramai yang sedang mencari wadah politik terbaik untuk negara ketika ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, saya ingin mengajak semua untuk berfikir beberapa alasan berikut sebagai pendorong untuk memilih Parti Islam Se-Malaysia (PAS).<\/p>\n\n\n\n<p>PAS merupakan sebuah parti politik yang mengekalkan nuansa kepimpinan ulamak.<\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa tokoh ulamak yang memimpin masyarakat telah lahir daripada sulbi perjuangan PAS antaranya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Tuan Guru Harun Din.<\/p>\n\n\n\n<p>Kepimpinan semasa di bawah YB Tan Sri Dato&#8217; Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS serta Mursyidul Am, Tuan Guru Dato&#8217; Haji Hashim bin Jasin menerajui PAS serta masyarakat amnya berpandukan kepada landasan syariat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Parti ini sudah melepasi usia tujuh dekad, namun masih mengekalkan relevansinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Segala tindak-tanduk PAS berdasarkan kepada prinsip dan rujukan agama yang jelas dan banyak mata-mata masih mengintai perjalanan parti ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Tindakan yang diambil kepimpinan PAS tidak hanya sekadar menuruti kepentingan politik, bahkah PAS ada hujah yang tersendiri untuk bertindak atas sesuatu sikap dan tindakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan keterbatasan kekuatan politik yang dimiliki oleh PAS, PAS istiqamah meletakkan kepentingan Islam, perpaduan ummah dan negara sebagai keutamaan.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS dilatari oleh sokongan pelbagai golongan dan latar masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada petani, penoreh getah dan pesawah.<\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan ada juga golongan profesional yang menjadi pendokong kuat perjuangan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka memilih PAS kerana prinsip Islam yang diperjuangkan PAS adalah jelas.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, PAS juga menggariskan gagasan yang telus bagi mentadbir negara melalui Wawasan Induk Negara Sejahtera.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS mempelopori budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) dan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah adalah antara contoh terbaik bagaimana BPMS diterjemah ke dalam pentadbiran kerajaan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Budaya &#8216;hapus buang&#8217; dasar Kerajaan lama hanya kerana kepentingan politik dihentikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya apa jua dasar yang baik untuk rakyat tetap diteruskan serta ditambah baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Pentadbiran PAS sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan telah terbukti bebas rasuah dan salah laku.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah selepas dua tahun pemerintahan di bawah Kerajaan PN juga tidak ada pimpinan PAS yang disabitkan kes rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini semua adalah nilai ihsan yang diterapkan dalam diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia menjadi pendinding kuat kepada kepimpinan PAS di mana jua tempat mereka dikalungkan dengan amanah dan tanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<p>YB SENATOR USTAZ DATO\u2019 HAJI AHMAD BIN YAHYA<br>KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya yakin ramai yang sedang mencari wadah politik terbaik untuk negara ketika ini. Oleh itu, saya ingin mengajak<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12177,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[53],"tags":[79],"class_list":["post-12176","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pas","tag-pas"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12176","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12176"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12176\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12178,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12176\/revisions\/12178"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12177"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12176"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12176"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12176"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}