{"id":12202,"date":"2022-06-29T19:18:46","date_gmt":"2022-06-29T19:18:46","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12202"},"modified":"2022-06-29T19:18:49","modified_gmt":"2022-06-29T19:18:49","slug":"bob-lokman-pahatan-takdir-paada-aksara-kehidupan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/06\/29\/bob-lokman-pahatan-takdir-paada-aksara-kehidupan\/","title":{"rendered":"Bob Lokman: Pahatan Takdir Paada Aksara Kehidupan"},"content":{"rendered":"\n<p>&#8220;Keadaan abang Bob Lokman macam mana sekarang?&#8221; <\/p>\n\n\n\n<p>Soalan klise ramai orang bila bertemu aku, kadang seperti batu besar yang menghempap tengkuk apabila mendengar soalan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Seperti satu tanggungjawab yang aku abaikan akibat kepadatan mengejar program jamaah, program-program kerajaan serta pengurusan peribadi, berulang Besut ke Kotaraya saban minggu.&#8221; <\/p>\n\n\n\n<p>Khabarnya sangat tak sihat, kini terlantar di rumahnya di Kubang Kerian.<\/p>\n\n\n\n<p>Hanya 10 peratus fungsi jantungnya dan dibantu pernafasan dengan balang oksigen,&#8221; aku menjawab pertanyaan teman-teman yang prihatin tentang kondisi Abang Bob. <\/p>\n\n\n\n<p>Pimpinan Muslim Care agak kerap berulang dan memantau kesihatan abang Bob yang juga aktivis NGO tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita pakat doalah, moga yang terbaik buat abang Bob,&#8221; aku menyudahi perbualan. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak bulan juga dia tersadung dirumah, kawan-kawan menziarahinya bertanya khabar termasuk DS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Sabri Yunus , Angeline Tan, Dr Fadli, Ustaz Syed Kader dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Minggu ini aku berkesempatan dua kali menziarahi Bob, turun pesawat di Pengkalan Chepa terus ke Kubang Kerian bersama Mohd Huzaifah. <\/p>\n\n\n\n<p>Telefon tak berangkat, puas digodek nombor 0192825555.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tidurlah tu, dia tak sihat mana&#8221; tukas Huzaifah, Pegawai Khas Pejabat Penyelaras Parlimen Besut. <\/p>\n\n\n\n<p>Kali kedua bersama Che Yee, AJK LESTARI dan Roslan aktivis Kebajikan Besut.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Terus ke rumah dialah, Haji Zul ada bagi lokasi,&#8221; aku memberikan arahan, masa sangat suntuk kerana mengejar majlis perasmian Mesyuarat PIBG kolej Vokasional Besut jam 11.00 pagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Abang Bob Lokman menyambut kami dengan balang oksigen menemaninya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kak Lela, isterinya sempat memasak sarapan untuk tetamu walau ditolak sopan. <\/p>\n\n\n\n<p>15 tahun berkawan dengan abang Bob, maka bab menjamu tetamu ke rumah bukanlah isu kecil. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ana tak larat dah, ambil wudhu&#8217; kat sini jer.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Nak berulang ke tandas makin tak larat,&#8221; katanya lirih sambil menunjukkan bekas air dihujung katil. <\/p>\n\n\n\n<p>Aku memahami sifat abang Bob, jika dia tak larat maknanya memang energinya sangat lemah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia pantang menolak apa jua program dakwah walaupun terpaksa mengusung balang oksigen. <\/p>\n\n\n\n<p>Teringat aku semasa Ijtimak Alami 2015 di Masjid Rusila, senggang masa antara persembahan pentas, dia menyedut balang oksigen tercungap-cungap dan sehari sebelum ijtimak Alami kami mengejarkannya ke wad kecemasan kerana bahana empat gelas air tuak (air nira).<\/p>\n\n\n\n<p>Belasan tahun berprogram bersamanya, meranduk hutan dan bandar, Sabah dan Sarawak, pulau dan bukit!<\/p>\n\n\n\n<p>Kadang aku menjadi mangsa membahannya sambil dia menyeringai ketawa. <\/p>\n\n\n\n<p>Ya, sesiapa yang mengenali Abang Bob pasti akan merasa sedih apatah lagi warga an-Nur Besut dan an-Nur Setiu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiga orang anak-anak Abang Bob mencicip ilmu disini. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia mengenderai kenderaan beratus kilometer semata-mata untuk memasak nasi maqlubah untuk warga tahfiz. <\/p>\n\n\n\n<p>Kadang, kondisi kesihatannya melemah, namun dia tetap tersenyum di Kompleks Tahfiz An-Nur untuk menyediakan nasi Arab maqlubah. <\/p>\n\n\n\n<p>Seronok dan rasa bahagia jika anak-anak tahfiz melahap air tangannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ruang dapur tahfiz hingar bingar dengan usik mengusik. <\/p>\n\n\n\n<p>Kadang nasi maqlubah dimasak di rumahnya di Kubang Kerian, dibawa untuk dijamu pada warga Tahfiz.<\/p>\n\n\n\n<p>Bila tahu abang Bob sakit dan akan menjalani pembedahan jantung, anak-anak Tahfiz an-Nur Besut dan Setiu terus mengadakan solat hajat dan berdoa agar insan yang cakna pada anak-anak tahfiz ini dikurniakan kesembuhan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia mengusahakan mesin dobi pada an-Nur Setiu dan mengusahakan untuk membeli van untuk an-Nur Besut (jumlah dana belum mencukupi, masih dalam proses mengumpul dana). <\/p>\n\n\n\n<p>Dipelbagai tempat lain juga beliau membantu mengutip dana membina maahad, surau, membantu orang lain yang dihempap kesusahan maka tak pelik jika beliau disayangi oleh ramai insan lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Sosok anak seni, aktivis kemanusiaan yang juga pendakwah ini sentiasa dekat dihati kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Para asatizah, alim ulama, bahkan ilmuan Islam juga dimesrai oleh abang Bob. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau rapat dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan ulama yang lain, maka tak pelik jika ramai yang mendoakan beliau serta menghulurkan sumbangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sakit atau sihat, abang Bob tetap menjadi perhatian masyarakat, teman-teman aktivis terus bercakap tentang Bob dan berita keuzuran anak seni ini dengan pantas berjangkit di alam siber. <\/p>\n\n\n\n<p>Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim bin Lokman bin Ahmad bin Yusuf al-Kenali belasan tahun dahulu dengan nekad telah meninggalkan kerlipan industri hiburan dan menyertai PAS dalam himpunan 30k Pemuda PAS di Alor Setar. <\/p>\n\n\n\n<p>Anak seni dengan tarikan pesona yang besar ini tetap menggunguli pentas ceramah PAS serta pengisi program masjid dan surau, malah acara besar PA.<\/p>\n\n\n\n<p>Namanya tetap dalam senarai papan carta utama. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Satu-satu anak seni yang tidak pernah menetapkan kadar bayaran untuk berprogram (Zuar XPDC juga). <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jarak jauh atau dekat, program mega atau skala kecil.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Yang penting dia boleh membantu usaha dakwah dan menarik anak muda kepada fitrah,&#8221; aku menjelaskan kepada seorang penganjur tentang usahanya untuk menjadikan Bob sebagai pengisi program kawasan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam parti Islam, beliau beberapa sesi berada dalam Lajnah Kesenian Dan Kebudayaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ajaklah berprogram kemana sahaja walau terpaksa mengusung tangki oksigen, ke pulau-pulau terpencil , kawasan pedalaman, FELDA, FELCRA, dia tak serik kerana dirinya telah diwakafkan untuk perjuangan dan dakwah. <\/p>\n\n\n\n<p>Mengendong tendensi dan bakat dibidang pengacaraan yang beliau puluhan tahun ceburi selama ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Bob adalah alumni Maahad Hamidiah Kajang, pernah membesar di Pondok Tok kenali kubang kerian, juga merupakan cicit Tok Kenali dan cucu Tuan Guru Haji Ahmad Bangkok.<\/p>\n\n\n\n<p>Bakat berdakwah ada dalam darahnya dan beliau juga merupakan anak saudara almarhum ustaz Mawardi Ahmad, bekas ADUN Lundang. <\/p>\n\n\n\n<p>Menarik pula, dia tak bercita-cita untuk menjadi anggota Legislatif atau berniat menjadi pimpinan. <\/p>\n\n\n\n<p>Gerakerja dipacu untuk meraih pahala dan menjaga keikhlasan.<\/p>\n\n\n\n<p>Lelaki berpostur besar ini semenjak berhijrah daripada alam selebriti terus menjadi pentaksub ilmu, menghadiri majlis ilmu, berusrah serta turun menjelajahi negara untuk berkongsi pengalaman serta menitip nasihat buat anak muda. <\/p>\n\n\n\n<p>Bob Lokman juga berusaha untuk menarik kawan-kawan artis untuk kembali menghayati ajaran Islam seterusnya berhijrah ke alam fitrah. <\/p>\n\n\n\n<p>Rumah beliau sebelum ini di Sungai Buluh sering menjadi tempat berusrah serta majlis silaturrahim. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika dibuat dilokasi selain rumahnya, maka tugasnya untuk memasak kepada majlis yang kami adakan dibawah Lujnah Kesenian.<\/p>\n\n\n\n<p>Semenjak abang Bob jatuh sakit dan kadang kala kesihatannya merosot dengan teruk maka aktivitinya separa terhenti, ditambah dengan pandemik Covid 19. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau dan isteri sejak berpindah ke Kelantan daripada Sungai Buluh berniaga secara kecilan bagi menghidupkan dapur. <\/p>\n\n\n\n<p>Musim pandemik yang mendunia ini sedikit sebanyak kondisi ekonomi keluarga Bob juga terjejas. <\/p>\n\n\n\n<p>Bob diuji dengan keuzuran, manakala kita pula diuji dengan sikap cakna atau tidak terhadap nilai persahabatan!<\/p>\n\n\n\n<p>Semoga pengorbanan Bob dicaknai kita semua. <\/p>\n\n\n\n<p>Terima kasih kepada rakan-rakan LESTARI, anak-anak seni, NGO bernuansa kebajikan, ahli-ahli jemaaah PAS, seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan dan membantu abang Bob. <\/p>\n\n\n\n<p>Salurkan sedikit rezeki kita kepada keluarga abang Bob:<\/p>\n\n\n\n<p>AKAUN MAYBANK, RELAWATI DAUD (ISTERI)162348359386.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor<\/p>\n\n\n\n<p>(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8220;Keadaan abang Bob Lokman macam mana sekarang?&#8221; Soalan klise ramai orang bila bertemu aku, kadang seperti batu besar<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12203,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-12202","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12202","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12202"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12202\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12204,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12202\/revisions\/12204"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12203"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12202"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12202"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12202"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}