{"id":12219,"date":"2022-06-30T08:37:58","date_gmt":"2022-06-30T08:37:58","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12219"},"modified":"2022-06-30T08:38:00","modified_gmt":"2022-06-30T08:38:00","slug":"najib-beri-sd-sokong-anwar-jadi-pm-dengan-syarat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/06\/30\/najib-beri-sd-sokong-anwar-jadi-pm-dengan-syarat\/","title":{"rendered":"Najib Beri SD Sokong Anwar Jadi PM Dengan Syarat\u2026"},"content":{"rendered":"\n<p>Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memberi akuan bersumpah (SD) untuk menyokongnya menjadi Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Port Dickson itu enggan mengikut\u00a0kemahuan<strong><a rel=\"noreferrer noopener\" href=\"https:\/\/wartarakyat.com.my\/index.php\/2022\/06\/28\/kluster-kayangan-umno-senang-lenang-akar-umbi-tak-cukup-makan\/\" target=\"_blank\">\u00a0<\/a><\/strong>Najib yang meletakkan syarat supaya kes mahkamahnya \u2018tidak diteruskan\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Memetik laporan FMT, beliau mendakwa, keengganannya bersetuju dengan\u00a0syarat<strong><a rel=\"noreferrer noopener\" href=\"https:\/\/www.facebook.com\/wartarakyatmalaysia\" target=\"_blank\">\u00a0<\/a><\/strong>Najib itu menyebabkannya gagal mendapat sokongan mencukupi untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.<\/p>\n\n\n\n<p>Penjelasan Anwar itu sekali gus mengesahkan\u00a0pendedahan\u00a0yang dibuat bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada Isnin lalu yang mendakwa UMNO menghantar SD menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebagai Perdana Menteri kepada Istana Negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa berlaku selepas itu adalah selepas ditandatangani saya diminta untuk memberi kepastian bahawa urusan mahkamah terutama melibatkan Najib itu tidak akan diteruskan dan saya harus guna kuasa saya selaku Perdana Menteri untuk memastikan ini tidak diteruskan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tidak bersedia untuk melakukan itu. Oleh kerana keputusan tegas saya itulah maka Najib mengusulkan calon lain di saat akhir dan menafikan saya,\u201d katanya dalam satu majlis di Port Dickson.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar turut mendedahkan Najib dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara 15 pemimpin UMNO yang membuat SD menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, walaupun jumlah sokongan ahli Parlimen ketika itu cukup 120 dan membolehkan beliau menjadi perdana menteri, namun PH menetapkan untuk menolak SD daripada Najib dan Ahmad Zahid.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPH pada ketika itu menyatakan walaupun jumlah sehingga 120, prinsip kita tak menerima SD daripada Najib dan Zahid tapi dia ada hak untuk tandatangan menyokong sesiapa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi kita masih ada 118. Jadi walaupun jumlah cukup dan laluan untuk saya menjadi PM sudah cukup kuat, saya tidak bersedia untuk kompromi soal kebebasan badan kehakiman.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar menegaskan, gabungan PH yang dipimpinnya kekal dengan prinsip tidak akan bekerjasama dengan Najib.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAda yang kata kita bersedia bersekongkol dengan kleptokrat, itu tidak benar. PH \u2013 DAP, Amanah PKR \u2013 tegas tidak akan bekerjasama dengan Najib. Itu jelas pendirian kita,\u201d jelasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memberi akuan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12220,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-12219","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12219","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12219"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12219\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12221,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12219\/revisions\/12221"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12220"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12219"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12219"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12219"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}