{"id":12232,"date":"2022-07-01T03:44:32","date_gmt":"2022-07-01T03:44:32","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12232"},"modified":"2022-07-01T03:44:35","modified_gmt":"2022-07-01T03:44:35","slug":"mat-kilau-memang-menyesakkan-musuh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/07\/01\/mat-kilau-memang-menyesakkan-musuh\/","title":{"rendered":"Mat Kilau Memang Menyesakkan Musuh"},"content":{"rendered":"\n<p>Sudah pastinya tulisan aku bukan berkaitan jalan cerita, pelakon, prop dan apa-apa sahaja yang sudah terlalu banyak ditulis orang. <\/p>\n\n\n\n<p>Tambah lagi, aku bukan ahli dalam perfileman. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi tiada guna membuang masa dalam perkara yang bukan bidang aku.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang cuba aku sampaikan ialah berkenaan pandangan sesetengah pihak berkenaan cara PAS mengajak orang menonton filem Mat Kilau ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menjadikan itu sebagai isu besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan yang gagal mereka ambil ialah pengajaran daripada cerita perjuangan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Adanya tali barut, adanya pihak yang memilih senang, hanya menunggu menang dan kesudahannya pejuang tulen hanya akan berjuang dengan beberapa kerat rakannya sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Benarlah kalam Allah, berapa banyak tentera yang sedikit, mengalahkan tentera yang banyak. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan kerana senjata, tetapi kerana ketaqwaan kepada Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kesungguhan itu telah dibayar Allah dengan bantuan tentera-tenteranya. <\/p>\n\n\n\n<p>Medan Badar adalah medan pertama perperangan yang disaksikan bantuan Allah datang kepada tentera yang sedikit jumlahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila kita memasuki lapangan politik, segala perkara tidak akan boleh menjadi syadid. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang ada dalil, jika agak dhaif sekalipun, akan ada kelonggarannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi jika ia perkara furuk yang masih ada ruang perbincangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka, lebihlah lagi ia tidak boleh dibuat sebagai perkara yang mengganggu perjalanan politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Berbeza dengan perkara asas. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia wajib dipertahankan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi walaupun begitu Rasulullah pernah membenarkan Ammar bin Yaasir bertaqiyyah mengaku musyrik ketika diugut musyrikin. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia helah bagi menyelamatkan nyawa.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai orang PAS tidak bersetuju dengan konsert. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun Almarhum TGNA pernah membenarkan konsert Mawi dan M. Nasir di Kota Bharu. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau setuju. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan ia berlangsung dalam suasana yang bukan membuka jalan maksiat. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebagaimana kita tahu, hiburan bukan satu kesalahan dalam Islam, jika berpada-pada. <\/p>\n\n\n\n<p>Dikir barat yang mengarut liriknya juga ditukar kepada lirik yang lebih baik. <\/p>\n\n\n\n<p>Juga sukan seperti snooker yang kemudiannya dibenarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pawagam di Terengganu, dikenakan peraturan memisahkan tempat duduk berlainan jantina dan juga waktu tayangan bukan pada waktu solat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia tidak dilaksanakan ketika Umno memerintah. <\/p>\n\n\n\n<p>Membebankan pengusaha pawagam, kata Exco Umno ketika itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Hukum yang jelas juga disebut oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan keharusan menonton wayang JIKA jalan ceritanya betul dan dipisahkan tempat duduk mengikut mahram. <\/p>\n\n\n\n<p>Sama seperti jawapan daripada Jabatan Mufti Perak. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi sejajar dengan apa yang PAS Terengganu laksanakannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mufti Wilayah juga menonton filem untuk memastikan cerita itu betul, seperti yang terjadi kepada filem &#8216;Demi Tuhan Aku Bersaksi&#8217; yang mana filem ini dikatakan cuba membawa mesej LGBT dalam pusat tahfiz. <\/p>\n\n\n\n<p>Juga dalam isu filem Polis Evo 2 yang mengisahkan pembawa ajaran sesat yang ada di Malaysia, tetapi dengan imej yang memburukkan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun kedua-dua filem ini, PAS membantah keras kerana ia boleh membawa kepada pandangan negatif terhadap Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi PAS bukan menggalakkan manusia ke panggung sangat, belum pernah sebelum ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi jalan cerita Mat Kilau amat menarik kerana ia membawa mesej Islam yang jelas. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada artis wanita mendedahkan aurat mereka, pertama kali mungkin? <\/p>\n\n\n\n<p>Namun bagi rakyat di Kelantan, aku berpandangan tidak perlulah diwujudkan pawagam semata-mata kerana Mat Kilau. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah ada kemudahan lain seperti untuk menonton. <\/p>\n\n\n\n<p>Kekalkanlah Kelantan sebagaimana sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat Kelantan tidak kebulur dengan pawagam.<\/p>\n\n\n\n<p>Musuh PAS sengaja menaikkan isu ini bagi menidakkan kejayaan PAS mengawal hiburan untuk lebih menjurus ke arah jalan yang betul. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak berjaya melakukannya, maka mereka alihkan kepada isu haram halal. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang benar ialah teguran oleh ulamak berkenaan normalisasi pawagam. <\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini memang kita mesti berhati-hati agar tidak terjadi nanti ia sebagai budaya yang kemudiannya menerobos sempadan agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Cukuplah cerita-cerita sebegini sahaja untuk ditonton, cerita yang menaikkan semangat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Nyata sekali almarhum Mat Kilau memang menyesakkan dan meresahkan jiwa musuh-musuh Islam dengan perjuangannya, baik ketika beliau masih hidup, mahupun sudah tiada jasadnya di bumi ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sudah pastinya tulisan aku bukan berkaitan jalan cerita, pelakon, prop dan apa-apa sahaja yang sudah terlalu banyak ditulis<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12233,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-12232","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12232","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12232"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12232\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12234,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12232\/revisions\/12234"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12233"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12232"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12232"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12232"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}