{"id":12241,"date":"2022-07-01T09:35:32","date_gmt":"2022-07-01T09:35:32","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12241"},"modified":"2022-07-01T09:35:35","modified_gmt":"2022-07-01T09:35:35","slug":"segelintir-pemimpin-umno-ada-bisul-di-punggung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/07\/01\/segelintir-pemimpin-umno-ada-bisul-di-punggung\/","title":{"rendered":"Segelintir Pemimpin UMNO Ada \u2018Bisul Di Punggung\u2019"},"content":{"rendered":"\n<p>Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mendakwa UMNO mempunyai \u2018bisul di punggung\u2019 sehingga menyebabkan mereka tidak memiliki pendirian yang tetap berhubung gagasan pembentukan Muafakat Nasional (MN).<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, UMNO adalah pihak yang mencetuskan masalah dalam MN dan bukan PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYang rok rak (tidak tetap pendirian) ialah UMNO, bukan PAS,\u201d katanya mengulas pendirian parti berkenaan yang masih utuh dengan Piagam MN yang diasaskan PAS dan UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd. Amar berkata demikian semasa berucap merasmikan Muktamar Muslimat kawasan Pengkalan Chepa di Kota Bharu, hari ini, lapor Astro Awani.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Mohd Amar, penubuhan MN pada asalnya ialah untuk menyatukan umat Melayu-Islam yang pada ketika itu berasa terancam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPAS masih tetap dengan pendirian Muafakat Nasional (yang) merupakan penyatuan ummah bagi memperkasakan umat Islam dan menghimpunkan umat Islam-Melayu dalam satu gagasan demi agama dan ummah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYang menimbulkan masalah adalah kalangan segelintir pemimpin UMNO yang naik \u2018bisul di punggung\u2019 (apabila PAS menyertai Perikatan Nasional) sedangkan PAS tetap dengan pendirian mempertahankan Perikatan Nasional (PN) dan pada masa sama memperkasakan MN,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkembangan sama, Mohd Amar berkata, UMNO Kelantan telah mendahului PAS apabila mengisytiharkan pembubaran MN di negeri itu, sedangkan PAS masih menaruh harapan untuk mempertahakannnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi siapa yang rok rak (tidak tetap pendirian),\u201d soal beliau sekali lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian mutkamar itu, Mohd. Amar membayangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berkemungkinan diadakan selepas pembentangan Bajet 2023.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelihatkan perkembangan politik saya jangka mungkin Pilihan Raya Umum ke 15 akan diadakan Oktober selepas pembentangan Belanjawan 2023 dan belanjawan dibentangkan lebih awal sedikit, mungkin pada akhir September.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerdana Menteri juga mungkin akan melihat (faktor) wow sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen\u2026 sesiapa pun jadi Perdana Menteri akan melihat penerimaan rakyat sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cCara yang paling sesuai untuk wujudkan wow faktor ialah melalui belanjawan. Belanjawan dalam jadual Parlimen adalah bulan Oktober, tapi saya dengar Perdana Menteri minta pembentangan belanjawan diawalkan (iaitu) akhir September.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cItu (yang) kita dengar tapi saya tak tahulah, kerana jadual Parlimen tak keluar lagi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS juga, jelas beliau, bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya sama ada diawalkan atau dilewatkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Parti itu juga, katanya, meletakkan sasaran untuk bertanding sekurang-kurangnya di 50 kerusi Parlimen dengan 40 kawasan daripada jumlah itu dimenangi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTarget (sasaran) kita 50 kerusi Parlimen, tambah kerusi dari sebelumnya, tapi ianya perancangan, kalau perancangan betul dan keadaan memihak kepada kita (PAS) tak mustahil kita dapat capai sasaran,\u201d ujar Mohd. Amar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mendakwa UMNO mempunyai \u2018bisul di punggung\u2019 sehingga menyebabkan mereka tidak<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12242,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-12241","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12241","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12241"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12241\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12243,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12241\/revisions\/12243"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12242"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12241"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12241"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12241"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}