{"id":12282,"date":"2022-07-05T07:51:32","date_gmt":"2022-07-05T07:51:32","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12282"},"modified":"2022-07-05T07:51:35","modified_gmt":"2022-07-05T07:51:35","slug":"najib-perlu-masuk-penjara-kata-tok-mat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/07\/05\/najib-perlu-masuk-penjara-kata-tok-mat\/","title":{"rendered":"Najib Perlu Masuk Penjara, Kata Tok Mat"},"content":{"rendered":"\n<p>Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata Najib Razak perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap skandal 1MDB, dan bekas perdana menteri itu juga perlu menjalani hukuman sekiranya gagal rayuan terakhir beliau di Mahkamah Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam wawancara bersama Asia Times, Mohamad, yang sebelum ini berganding bahu dengan Najib dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam usaha menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tahun lalu, berkata Najib gagal membuktikan beliau tidak bersalah, sambil menambah Umno juga gagal \u201cbercakap benar\u201d mengenai skandal 1MDB.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHanya ada satu isu: 1MDB,\u201d katanya merujuk kepada kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2018.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cParti dan kerajaan terlalu bertolak ansur. Kami tidak dapat jelaskan, kami tidak berjaya beritahu perkara sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami fikir ia adalah isu yang mudah sahaja,\u201d kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami tidak menyedari ia adalah kebakaran yang akan merebak jauh. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Orang ramai kini mempunyai lebih banyak akses kepada maklumat, jadi anda tidak boleh sembunyikan dan sorokkan semuanya, jadi kami perlu tangani isu-isu ini\u2026 <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Negara terus merosot kerana kes 1MDB.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila dihubungi Mohamad berkata ulasan mengikut konteks rancangan untuk mendapatkan pengampunan terhadap bekas pemimpin itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa yang saya katakan ialah, Najib mesti mendapat perbicaraan yang adil. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jika didapati salah, salahlah, tetapi mesti diadili dengan adil.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProses pengampunan biasanya dijalan selepas hukuman dijalankan.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Julai 2020, Najib disabitkan bersalah dalam jenayah pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dalam melibatkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.<\/p>\n\n\n\n<p>Hukuman tersebut dikekalkan oleh tiga hakim Mahkamah Rayuan pada Disember tahun lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika menolak rayuan Najib, mahkamah menyifatkan tindakan memindahkan RM42 juta dari SRC International sebagai \u201cmemalukan negara\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTidak ada kepentingan negara ketika RM42 juta dipindahkan ke dalam akaun Najib, ia hanya memalukan negara,\u201d kata hakim Abdul Karim Abdul Jalil.<\/p>\n\n\n\n<p>Najib kini dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohamad berkata Najib tidak seharusnya mengharapkan layanan istimewa sekiranya beliau akan dipenjarakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemua orang perlu terima akibat atas perbuatan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tetapi jika kita mahu berikan pengampunan, dia (Najib) perlu melalui proses itu. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dia perlu masuk ke dalam (penjara) dahulu,\u201d katanya dipetik sebagai berkata.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAnda tidak boleh berikan pengampunan sebelum dia melalui proses itu. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Itu salah, itu benar-benar salah.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Berhubung skandal 1MDB, Mohamad berkata apa yang berlaku adalah urusan dibuat \u201ctanpa mengikut semak dan imbang kewangan\u201d dan dilakukan \u201coleh satu orang: iaitu perdana menteri\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDan beliau jugalah menteri kewangan,\u201d tambah Mohamad.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeliau juga bertanggungjawab terhadap 1MDB. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Itulah punca bagaimana masalah bermula.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, Mohamad mengakui Najib masih dianggap sebagai seorang tokoh popular, mengaitkan pengaruhnya dengan persepsi bahawa beliau menjadi mangsa \u201cpendakwaan terpilih\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSama ada Najib salah atau betul, orang ramai benar-benar tahu tentang apa yang beliau lakukan. Orang tahu. Saya tahu. Kita tahu apa yang berlaku daripada apa yang kita baca,\u201d katanya kepada Asia Times.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata Najib Razak perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap skandal 1MDB, dan bekas perdana menteri<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12283,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-12282","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12282","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12282"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12282\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12284,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12282\/revisions\/12284"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12283"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12282"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12282"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12282"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}