{"id":12321,"date":"2022-07-09T05:00:29","date_gmt":"2022-07-09T05:00:29","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12321"},"modified":"2022-07-09T05:00:31","modified_gmt":"2022-07-09T05:00:31","slug":"pas-cadangkan-logo-baharu-tiada-gunanya-bagi-tpm-baharu-sekarang-hadi-awang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/07\/09\/pas-cadangkan-logo-baharu-tiada-gunanya-bagi-tpm-baharu-sekarang-hadi-awang\/","title":{"rendered":"PAS Cadangkan Logo Baharu, Tiada Gunanya Bagi TPM Baharu Sekarang &#8211; Hadi Awang"},"content":{"rendered":"\n<p>PAS sedang mempertimbangkan penggunaan logo baharu yang sesuai untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata perbincangan dalam parti telah dibuat untuk menukar lambang (logo) bagi menghadapi PRU15.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, mereka tidak akan menggunakan kedua-dua logo, tanpa mengesahkan sama ada logo PAS atau Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami berbincang tentang menukar simbol.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami berbincang di peringkat parti untuk mencipta simbol baru dan sesuai.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini kita akan bincang semula.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Yang pasti bukan kedua-dua logo.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Masih dalam perbincangan, pilihan raya pun belum tahu lagi,&#8221; katanya ketika ditemui pada sidang media menerusi rakaman video di Facebooknya di Marang, Terengganu pada Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas mengenai jangkaannya mengenai PRU15, Hadi berkata hari sebenar akan mengambil kira keadaan ekonomi global.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, sehingga kini mereka masih berpegang kepada hakikat bahawa kerajaan sedia ada akan memerintah sehingga tamat pentadbirannya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Namun, jika keadaan memerlukan tindakan terdesak, maka ia boleh berubah pada bila-bila masa.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bila-bila masa selepas bajet dibentangkan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Abdul Hadi menafikan wujud sebarang perjanjian antara PN dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melantik timbalan perdana menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau seterusnya berkata perbincangan mengenainya telah dilakukan tetapi tiada keputusan dibuat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Parlimen Marang itu juga merasakan tiada gunanya melantik timbalan perdana menteri ketika ini kerana menyelesaikan masalah rakyat adalah perkara paling penting.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita masih berpegang pada zaman awal kita membentuk kerajaan (iaitu) tiada timbalan perdana menteri dan masih (begitu).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMemang ada perbincangan mengenainya tetapi tiada keputusan dibuat kerana kita masih sibuk mengendalikan hal ehwal rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tiada janji dengan PN mengenai pelantikan TPM,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu pada 2 Julai lalu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telah bertemu dengan Ismail Sabri bagi membincangkan beberapa perkara penting termasuk jawatan timbalan perdana menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin berkata mesyuarat itu diadakan supaya persetujuan PN dengan Perdana Menteri dapat dipertimbangkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dilaporkan berkata terdapat perjanjian bertulis untuk melantik TPM antara PN dan Ismail Sabri.<\/p>\n\n\n\n<p>Perjanjian itu didakwa dibuat sebelum Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin yang kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS sedang mempertimbangkan penggunaan logo baharu yang sesuai untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang. Presidennya Tan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12322,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-12321","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12321","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12321"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12321\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12323,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12321\/revisions\/12323"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12322"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12321"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12321"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12321"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}