{"id":12324,"date":"2022-07-09T07:21:02","date_gmt":"2022-07-09T07:21:02","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12324"},"modified":"2022-07-09T07:21:04","modified_gmt":"2022-07-09T07:21:04","slug":"sah-ke-menipu-giliran-haji-puad-cari-pasal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/07\/09\/sah-ke-menipu-giliran-haji-puad-cari-pasal\/","title":{"rendered":"Sah Ke Menipu Giliran Haji? Puad Cari Pasal"},"content":{"rendered":"\n<p>Terbaca berkenaan sekumpulan orang yang ingin mengerjakan haji tetapi tiada permit. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila sampai pada satu sekatan jalanraya, polis akan bertanya ke mana tujuan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka akan dijawablah yang mereka akan ke Thaif, tidak boleh jawab ke Mekah, nanti dihalang dan disuruh patah balik. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekira-kiranya, menipulah akan mereka itu terhadap soldadu yang menjaga keluar masuk manusia ke Mekah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tujuan mereka baik, tetapi dikatakan menipu untuk beribadat. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menyusahkan orang lain untuk ke Mekah bagi melaksanakan haji nanti, jika diketahui kerajaan Saudi, kata sebahagian netizen. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tidak tahu apa hukumnya dari pandangan fekah, apabila ada segerombolan manusia bersikap demikian bagi melaksanakan haji. <\/p>\n\n\n\n<p>Menipukah mereka, lalu haji mereka akan menjadi berdosa, atau dibenarkan atas nama helah yang patut kerana kesukaran atau masa yang diambil terlalu lama bagi giliran mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Cuma dalam benak saya ini teringat akan kisah datuk, nenek, emak, ayah kita di awal 80-an, 90-an dan juga awal 2000 dahulu juga berhelah dengan helah yang hampir sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka masuk berumrah pada Ramadhan, lalu pulang setelah selesai haji, yakni bulan Zulhijjah, atau juga Muharram.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka dikira masuk menunaikan haji dengan tanpa restu kerajaan Saudi (jika visa haji tidak diberikan itu bermakna restu bagi ibadat haji), walaupun sudah masuk pada Ramadhan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka jelas menipu. <\/p>\n\n\n\n<p>Menipu kedua-dua kerajaan dan juga menipu memotong barisan untuk menunaikan rukun kelima. <\/p>\n\n\n\n<p>Polis Saudi sering mencari orang yang tinggal melebihi masa di Mekah. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika ditangkap, mereka akan dihantar pulang ke negara mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan yang paling aneh, pelik dan ajaib, mereka yang berjaya tinggal sehingga selesai mengerjakan rukun Islam kelima itu, tidak pernah dikenakan apa-apa tindakan oleh kerajaan Saudi apabila pulang setelah tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan, iaitu selesai menjalani ibadat haji itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun polis sering melakukan rondaan untuk mencari mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Pastinya paling kurang, apabila melalui imigresen, passport mereka akan dikesan kerana masuk guna visa umrah pada Ramadhan dan keluar selesai menunaikan haji pada Zulhijjah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tentulah hukuman tinggal melebihi masa yang dibenarkan, akan dikenakan. Jadi bagaimana? <\/p>\n\n\n\n<p>Apa agaknya anda semua fikirkan? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah berdosa kerana melanggar syarat ibadat yang mana syarat itu bukan hukum Allah seperti ini yang disediakan kerajaan atas dasar pengurusan? <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi tidak pernah dinyatakan fekah berkenaan maksima hanya berapa orang yang dibenarkan melaksanakan ibadat haji pada setiap tahun? <\/p>\n\n\n\n<p>Ia kelihatan agak mirip dengan perjuangan jihad berperang menentang Rusia di Afghanistan misalnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dihalang masuk kerana perang dan faktor pengurusan negara, tetapi ia adalah ibadat terbesar dalam Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan sudah ada rakyat Malaysia yang syahid di sana. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa statusnya?<\/p>\n\n\n\n<p>Penutup, kita kesal apabila Puad Zarkashi yang membuat kenyataan tidak cerdik pada saat kita bersedia merayakan hari kebesaran kita yang mulia ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Pertanyaan yang seperti mahu menuduh Menteri Agama dan Presiden PAS iatu Duta Khas Ke Timur Tengah sebagai lepas tangan, boleh menimbulkan kemarahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi jika begitu, apa Menteri buat dengan jumlah scammers yang bertambah sekarang? <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk rekod, Kerajaan Terengganu pernah terpalit dengan kes penipuan umrah oleh sebuah syarikat yang terhadap guru-guru di Terengganu yang melibatkan jutaan ringgit. <\/p>\n\n\n\n<p>Nama kerjaan terkait ketika itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Puad sepatutnya bertanya Dato&#8217; Seri Ahmad Razif Sbdul Rahman selepas penipuan itu dikesan, apa yang Razif buat waktu itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Berapa lama masa yang polis ambil untuk menyiasat. <\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi Puad juga adalah bekas Timbalan Menteri Pendidikan yang digugurkan tahun 2013.<\/p>\n\n\n\n<p>Atau, boleh kita tanya Puad, setelah diberitahu dalam mahkamah Presiden Umno, Zahid Hamidi menipu, apa yang Puad lakukan? Lindungi dia? <\/p>\n\n\n\n<p>Saya menyeru kepada rakyat agar di&#8217;sembelih&#8217; &#8216;lembu&#8217; Umno ini di PRU nanti, mengambil semangat raya korban. <\/p>\n\n\n\n<p>Bodohnya tak bertepi.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Terbaca berkenaan sekumpulan orang yang ingin mengerjakan haji tetapi tiada permit. Apabila sampai pada satu sekatan jalanraya, polis<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12325,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-12324","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12324","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12324"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12324\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12326,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12324\/revisions\/12326"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12325"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12324"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12324"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12324"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}