{"id":12398,"date":"2022-07-15T05:12:09","date_gmt":"2022-07-15T05:12:09","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12398"},"modified":"2022-07-15T05:12:11","modified_gmt":"2022-07-15T05:12:11","slug":"benarkah-pas-akan-menang-lebih-banyak-kerusi-pada-pru15","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/07\/15\/benarkah-pas-akan-menang-lebih-banyak-kerusi-pada-pru15\/","title":{"rendered":"Benarkah PAS Akan Menang Lebih Banyak Kerusi Pada PRU15?"},"content":{"rendered":"\n<p>Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meramalkan PAS akan menang lebih banyak kerusi pada PRU15. <\/p>\n\n\n\n<p>Demikian pandangan seorang veteran UMNO menyebabkan sebahagian orang terkesima. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi PAS, jika benar perkara itu berlaku, Alhamdulillah. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah bonus dalam perjuangan kerana kemenangan hakiki bagi orang PAS ialah apabila seseorang itu dapat meletakkan dirinya dalam akidah dan perjuangan yang benar. Jelas.<\/p>\n\n\n\n<p>Siapa yang tidak inginkan kemenangan bonus lebih-lebih lagi itu adalah anugerah tambahan daripada Allah SWT? <\/p>\n\n\n\n<p>PAS berjuang untuk menang demi Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau boleh, PAS mahu menang besar secara solo. <\/p>\n\n\n\n<p>Mudah bagi PAS untuk laksanakan tuntutan Islam tanpa karenah dan ultimatum dari pihak lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, situasi dan kondisi ini amat sukar berlaku selagi umat Islam berpecah-belah fahaman dan fikrah.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak semua Melayu berpolitik demi mendaulatkan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebahagiannya berpolitik hanya untuk mengangkat naratif bangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Mentaliti nasionalis mengatasi kalam Ilahi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak kurang yang berpolitik sebagai wahana untuk keuntungan peribadi seperti jawatan, pangkat dan material. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menganggap BN atau PH adalah pilihan yang baik. <\/p>\n\n\n\n<p>Kayu ukur mereka bukan al-Quran dan al-Hadis. <\/p>\n\n\n\n<p>Asal boleh solat, boleh puasa, pergi haji sudah memadai. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah sindrom yang sukar diubati. <\/p>\n\n\n\n<p>Melayu ini terbahagi kepada dua kelompok asas; satu kelompok yang cakna politik dan satu lagi meminggirkannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Di sana, ada pula kumpulan dakwah yang meninggalkan politik sehingga ahli-ahlinya tidak tahu tentang perkembangan politik dan akhirnya tidak keluar mengundi. <\/p>\n\n\n\n<p>Segelintir Melayu merasakan politik itu kotor. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada pula golongan celaru yang beranggapan PAS dan UMNO sama sahaja tetapi memangkah BN ketika di petak undi. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang cakna politik pula berpecah-belah kepada beberapa buah parti politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini menyebabkan bangsa ini kehilangan beberapa buah kerusi di kawasan mojoritinya sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru itulah PAS berusaha agar semua parti dan organisasi orang Melayu\/Islam bernaung di bawah satu pemuafakatan yang dinamakan Muafakat Nasional. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan pisang berbuah dua kali. <\/p>\n\n\n\n<p>Melayu berpecah, kembali kuasa kepada DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Tun Daim juga patut menyentuh kebarangkalian ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Tun Daim hanya membayangkan PAS akan menang lebih banyak kerusi; bukan PAS menang besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya PAS berpotensi menang besar. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS ada MB-MB <strong>terbaik<\/strong> sebagai contoh mentadbir negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS ada menteri-menteri yang kompeten dan berakauntabiliti. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS ada jentera-jentera yang sanggup berkorban dan hanya mengharapkan redha Ilahi. <\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, pada era gajet dan pelbagai aplikasi ini, ahli-ahli dan penyokong PAS malas berpencak di media sosial. <\/p>\n\n\n\n<p>Malas nak berkongsi peluru; sekadar jenguk sepintas lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan DAP\/PH menang PRU14 kerana menguasai medan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Apalagi anak-anak muda pengundi baru inilah dunia mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan nanti, apabila postmortem, sekali lagi media sosial jadi alasannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ramai pengundi baru akan menolak UMNO\/BN kerana imej Zahid, Najib dan geng kleptokrasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun belum tentu mereka akan memilih PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>PH mungkin menjadi alternatif. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidakkah ini patut dibimbangi? <\/p>\n\n\n\n<p>Konklusinya, Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHH) pernah melahirkan hasrat untuk melihat \u2018Islam menang\u2019 sebelum beliau menghembuskan nafas. <\/p>\n\n\n\n<p>Marilah semua yang bergelar muslim, kita berkongsi rasa dan harapan ini dengan mengorbankan masa, tenaga, kepakaran dan harta benda demi Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Teguhkan saf dan bergeraklah dari segala posisi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita bukan hendak menang 20 kerusi tetapi kita nak tadbir negara ini mengikut acuan Ilahi. <\/p>\n\n\n\n<p>Macam TGHH, kita juga nak lihat Islam \u2018berdaulat\u2019 sebelum pulang bertemu Ilahi. <\/p>\n\n\n\n<p>Hendaknya jiwa raga inilah akan menjadi galang ganti.<\/p>\n\n\n\n<p>BayangDiAir<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meramalkan PAS akan menang lebih banyak kerusi pada PRU15. Demikian pandangan seorang<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12399,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-12398","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12398","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12398"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12398\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12400,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12398\/revisions\/12400"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12399"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12398"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12398"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12398"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}