{"id":1246,"date":"2020-09-06T13:07:49","date_gmt":"2020-09-06T13:07:49","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=1246"},"modified":"2020-09-06T13:07:51","modified_gmt":"2020-09-06T13:07:51","slug":"jangan-ikut-ph-polemik-kedudukan-pm-tumpu-bantu-rakyat-kata-umno-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/06\/jangan-ikut-ph-polemik-kedudukan-pm-tumpu-bantu-rakyat-kata-umno-pas\/","title":{"rendered":"Jangan Ikut PH Polemik Kedudukan PM, Tumpu Bantu Rakyat, Kata Umno, PAS"},"content":{"rendered":"\n<p>Pemimpin Umno dan PAS mengambil sikap terbuka terhadap kenyataan bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa tiada pemimpin yang lebih berwibawa daripada Muhyiddin Yasssin untuk menjadi perdana menteri pada masa ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin berkata, kenyataan Khairy itu lebih bersifat peribadi dan tidak mewakili parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ukuran sama ada seseorang itu layak atau tidak layak tidak boleh dibuat melalui ujuran biasa kerana ia tidak akan memberi gambaran sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPandangan peribadi dia (Khairy). <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini zaman \u2018age of disruption\u2019, zaman luar kebiasaan. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kalau ikut ukuran biasa, mungkin tak nampak,\u201d katanya kepada FMT.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi ahli Majlis Tertinggi Umno Razlan Rafii, penilaian kewibawaan seseorang sebagai perdana menteri adalah sesuatu yang subjektif.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau memberi contoh kewibawaan Ahmad Zahid Hamidi yang menolak jawatan menteri sebelum namanya dibersihkan di mahkamah tidak bermakna presiden Umno itu tidak layak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKewibawaan seseorang itu adalah subjektif. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Perdana menteri dalam mana-mana sistem demokrasi dipilih oleh rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ada yang dipilih mengikut jumlah kerusi dimenangi oleh sesebuah parti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa pandangan peribadi Khairy berdasarkan pengamatan beliau dan bersifat sementara. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sekali air bah sekali pantai berubah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cZahid berjiwa besar untuk tidak menerima jawatan Kabinet kerana kes di mahkamah. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini tidak bermakna beliau tidak layak memegang jawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalah ia adalah sikap yang sepatutnya dicontohi semua pemimpin Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Berjiwa besar dan meletakan parti sebagai keutamaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Razlan bagaimanapun menasihatkan ahli Umno supaya menjarakkan diri daripada mencetuskan kontroversi sesama sendiri, sebaliknya memberikan tumpuan kepada usaha membantu rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAhli Umno sepatutnya menjauhkan diri daripada kontroversi sesama sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Fikirkan kerja politik untuk rakyat, buat kerja untuk menambat hati rakyat, bukan menjadi popular dengan mengkritik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRakyat sengsara semasa pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan (PH), takkan kita yang baru ambil kuasa ini tak habis-habis cerita soal politik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJangan ikut perangai PH, antara sebab mereka jatuh adalah percubaan untuk menamakan perdana menteri walaupun Dr Mahathir Mohamad masih menjadi perdana menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSudah pastilah penyokong Mahathir marah dan akhirnya terjadilah pertukaran kerajaan. &#8220;<\/p>\n\n\n\n<p>Kerana apa? Kerana heboh PKR dan DAP serta Amanah taksub kepada Anwar (Ibrahim) yang akhirnya menimbulkan konflik dalam PH. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Janganlah kita ikut perangai ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSekarang perdana menteri adalah Muhyddin Yassin, tak perlulah fikirkan siapa penganti. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Esok lusa kalau menang besar, bincanglah elok-elok\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, rakyat ketika ini sudah menunjukkan rasa selesa dan menyukai pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai BN, PAS, PPBM, GPS dan parti Sabah dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRakyat sudah suka dengan kerajaan dan mereka yakin dengan semua parti di dalamnya. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tak payahlah wujudkan polemik pengganti (perdana menteri) dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin juga menganggap kenyataan Khairy bersifat peribadi dengan berkata, jawatan perdana menteri tidak perlu dijadikan polemik panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, permilihan Muhyiddin sebagai perdana menteri dipersetujui oleh PAS, Umno dan PPBM dan semua pihak harus memberi fokus kepada kemenangan besar PN dalam pilihan raya akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cItu pandangan peribadi Khairy, beliau tidak terlibat dalam perbincangan Muafakat Nasional (MN) dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPolemik perdana menteri ini tidak perlu panjang. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ia telah dipersetujui dalam mesyuarat pimpinan PAS, Umno dan PPBM. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita fokus dulu PRU ke-15, bagi menang dulu,\u201dkatanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Khairy sebelum ini berkata, pada masa ini tidak ada pemimpin yang lebih berwibawa selain Muhyiddin untuk menjadi perdana menteri, sama ada dari Umno, PAS atau PPBM.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelagi kita mendukung kerajaan sedia ada, maka perdana menteri yang kita dukung adalah Muhyiddin, soal PRU akan datang itu masih lagi dalam perbincangan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau kita tengok daripada segi (penerimaan) rakyat, dapatan badan penyelidikan, itulah hakikat (rakyat mengakui kewibawaan Muhyiddin),\u201d katanya seperti dilaporkan oleh akhbar Utusan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai calon perdana menteri daripada Umno dalam PRU ke-15 nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 2 September, tinjauan badan penyelidik Merdeka Center mendapati kadar penerimaan terhadap kepimpinan Muhyiddin berada pada tahap 69%.<\/p>\n\n\n\n<p>Tinjauan juga mendapati PN lebih diterima umum berbanding Muafakat Nasional (MN) atau BN.<\/p>\n\n\n\n<p>Julai lalu Umno dan PAS secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai calon perdana menteri jika pilihan raya umum diadakan secara mengejut.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha bersama sekretariat Muafakat Nasional Annuar Musa berkata, keputusan itu dibincang dalam mesyuarat bersama kedua-dua parti itu sebelum itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, Muhyiddin yang juga presiden PPBM mendapat sokongan kedua-dua parti Melayu Islam terbesar itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Free Malaysia Today<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemimpin Umno dan PAS mengambil sikap terbuka terhadap kenyataan bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa tiada pemimpin<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1247,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-1246","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1246","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1246"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1246\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1248,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1246\/revisions\/1248"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1247"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1246"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1246"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1246"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}