{"id":12491,"date":"2022-08-02T07:28:26","date_gmt":"2022-08-02T07:28:26","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12491"},"modified":"2022-08-02T07:28:28","modified_gmt":"2022-08-02T07:28:28","slug":"tan-sri-khalid-perginya-bersama-fitnah-yang-dilempar-rakan-sendiri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/08\/02\/tan-sri-khalid-perginya-bersama-fitnah-yang-dilempar-rakan-sendiri\/","title":{"rendered":"Tan Sri Khalid: Perginya Bersama Fitnah Yang Dilempar Rakan Sendiri"},"content":{"rendered":"\n<p>Manifesto PAS Terengganu dalam PRU14, ada menyatakan akan menyediakan peluang pekerjaan kepada anak Terengganu, tetapi tidak memaklumkan bagaimana misinya kerana ia adalah hal teknikal. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah kerana, janji manifesto itu adalah visi PAS jika berjaya memerintah.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara tiba-tiba dan mengada-ngada ada pihak lain meletakkan syarat yang perkerjaan yang dijanjikan itu mestilah di dalam negeri Terengganu, sedangkan tidak disebut di mana kerja yang dijanjikan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Pekerjaan itu juga mestilah berpendapatan tinggi, kendatipun tidak pernah dijanjikan nilai gajian itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, mereka tuduh kerajaan gagal melaksanakan janji manifesto itu, malah jauh dari itu, mereka menuduh kerajaan menipu, kerana tidak menurut piawai rekaan mereka itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila penerangan diberikan, ramailah rakyat yang memahami akan cara Kerajaan Terengganu melunaskan janji-janji mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Wakil kerajaan adakalanya keluar mencarikan peluang kepada rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerja tidak semestinya di kampung sendiri, bergaji besar atau atas kehendak nafsu sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Asalkan kerja yang halal, kita ada kemahiran melakukannya atau sanggup belajar, kerja dengan niat ikhlas maka itulah kerja yang diredai Allah, sebagai ibadat.<\/p>\n\n\n\n<p>Lama tenggelam isu ini, tiba-tiba ia muncul semula dikocak oleh Adun Taman Medan dari PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Katanya Kerajaan Terengganu mengambil kesempatan atas kempen atau pameran peluang pekerjaan di Selangor itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan jelas, segalanya itu hanyalah satu cubaan untuk memfitnah Kerajaan Terengganu sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Satu penafian oleh pihak yang terlibat secara langsung dengan isu ini, tampil memberikan penjelasan kepada semua. <\/p>\n\n\n\n<p>Maklumat yang terpesong itu, dapat diperbetulkan semula. <\/p>\n\n\n\n<p>Entah kenapa Adun Taman Medan dengan sengaja menjaja cerita separuh masak itu kepada orang ramai. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak ada rasa malu kepada malaikatkah yang duduk kiri dan kanan kita, mencatat cerita sebegini?<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu ada seorang Adun PH Selangor yang menghantar anaknya belajar di sebuah Sekolah Imtiaz, Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kebetulan yang memberikan ucapan di Imtiaz ketika itu ialah Adun Terengganu sebelum 2018 dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila sahaja dia melihat Adun PH dalam majlis itu, lalu dengan nada sinis, beliau menyindir PH Selangor berkenaan kemajuan pendidikan di Terengganu, sehinggakan Adun itu menghantar anaknya ke Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tersengih-sengih beliau diperli.<\/p>\n\n\n\n<p>Sindiran itu sungguh tidak patut kerana memalukan Adun itu di hadapan orang ramai. <\/p>\n\n\n\n<p>Perbuatan memalukan itu walaupun amat benar faktanya, tetap dianggap tiada adab. <\/p>\n\n\n\n<p>Apalagi perkataan fitnah yang jelas salah, disebarkan oleh kenamaan seperti Adun Taman Medan, rakan beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan beliau, sebagai orang yang dimalukan, harus mengambil sedikit inisatif untuk menasihati rakan-rakan PH nya agar tidak mengulangi perbuatan Adun Terengganu sebelum 2018 itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Terfikir dalam benak kita, adakah sememangnya cara kempen PH adalah memfitnah PAS? <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mendakwa PAS lemah, tetapi kenapa begitu takut sehingga sanggup memfitnah PAS berulang-ulang? <\/p>\n\n\n\n<p>Lihat, baru-baru ini anak pembesar nombor satu mereka memfitnah Kerajaan Kedah berkenaan pembalakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ayahnya dahulu memfitnah PAS, terima rasuah RM90 juta.<\/p>\n\n\n\n<p>Fitnah kepada almarhum Tan Sri Khalid, orang mereka sendiri ketika itu, masih kita ingat dalam apa yang digelar Langkah Kajang konon untuk rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Fitnah dibuat sewaktu itu, sebenarnya kerana mahu melayan nafsu seseorang untuk menjadi MB. <\/p>\n\n\n\n<p>Alhamdulillah, TS Khalid menang dalam mahkamah. <\/p>\n\n\n\n<p>Allah maha berkuasa kerana melindungi aib Tan Sri. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah Sultan Selangor merestui untuk jenazah Tan Sri dikebumikan di Makam Di Raja Selangor, satu penghargaan kepada almarhum.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan itu sahaja, almarhum juga dipuji semua orang yang yakin dengan integriti beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejarah membuktikan, serangan yang beliau dan pasukan lakukan untuk merampas kembali Kumpulan Guthrie, hak rakyat Malaysia dahulu, jelas menzahirkan semangat patriotik almarhum. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita yakin yang almarhum adalah seorang negarawan dan profesional dengan tugasannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kumpulan yang memfitnah almarhum pula, suatu ketika ada antaranya ditarik kembali gelaran Dato\u2019, kurniaan Sultan Selangor. <\/p>\n\n\n\n<p>Masihkan kita ingat, semasa Presiden PKR terkena fitnah dahulu, bukan main bercucuran airmata anak bini, sakitnya hati, tergurisnya perasaan, kata mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun dua kali mahkamah mendapati beliau bersalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiba giliran parti mereka, tak mengapa pula memfitnah, kawan sendiri? <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi bagaimana mungkin mereka mahu mentadbir negara dengan penuh integriti jika parti mereka, dari bawah sampai atas, dipenuhi dengan kaki fitnah?<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk kes Lim Guan Eng diungkapkan kata tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kepada almarhum TS Khalid pula, sesama Melayu dan Islam, beliau disalahkan, walaupun tiada bukti bersalah kerana mahu diturunkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika kepada seorang negarawan, mereka sanggup melakukan fitnah keji sebegitu, apa lagi kepada kamu rakyat marhaen? <\/p>\n\n\n\n<p>Slogan marhaen yang diperkenalkan oleh mereka dahulu, hanyalah umpan sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Fikirkanlah, kerakusan mereka ini.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS pegang teguh setiakawan bersama almarhum TS Khalid sehingga akhir hayatnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Semoga Allah mengampun dan merahmati ruh almarhum Tan Sri Khalid Ibrahim, amiin<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Manifesto PAS Terengganu dalam PRU14, ada menyatakan akan menyediakan peluang pekerjaan kepada anak Terengganu, tetapi tidak memaklumkan bagaimana<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12492,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-12491","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12491","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12491"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12491\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12493,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12491\/revisions\/12493"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12492"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12491"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12491"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12491"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}