{"id":12500,"date":"2022-08-04T08:10:10","date_gmt":"2022-08-04T08:10:10","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12500"},"modified":"2022-08-04T08:10:12","modified_gmt":"2022-08-04T08:10:12","slug":"umno-nak-ubah-pas-nak-pertahan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/08\/04\/umno-nak-ubah-pas-nak-pertahan\/","title":{"rendered":"UMNO Nak Ubah, PAS Nak Pertahan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berdasarkan perkembangan mutakhir, tidak mustahil PRU15 diadakan pada bulan Oktober atau November tahun ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">DUN Terengganu juga dijangka akan dibubarkan sebaik Parlimen dibubarkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi DS Ahmad Said, inilah peluang beliau untuk menjadi MB Terengganu bagi kali kedua. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pucuk dicita, ulam mendatang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Harapannya untuk bergerak solo telah selari benar Zahid Hamidi si petualang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada firasat penulis, Mat Said tidak yakin dapat menawan kembali Terengganu atas beberapa faktor. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pongohnya untuk melawan PAS lebih kepada nafsu atau memperjudikan nasib. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Daripada membiarkan \u2018statuo quo\u2019, baik ubah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka tema \u2018Ubah\u2019 dibawa untuk menghadapi PAS kali ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ramai tersenyum sambil bertanya, \u2018apa yang nak diubah?\u2019<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di sinilah Mat Said akan mencari jalan untuk menerangkan kepada rakyat Terengganu tentang apa yang nak diubahnya? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Untuk menentukan pilihan yang baik, rakyat boleh dengar hujah atau justifikasi Mat Said. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tinggal lagi dalam kategori apa sesuatu hujah beliau hendak diklasifikasikan? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Fakta? Fitnah? Atau klentong? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di situ duduk perkaranya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mat Said dah rancak buat majlis masuk kampung. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berjumpa dengan saf kepimpinan UMNO, orang-orang lama dan orang-orang muda dalam UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Satu kelebihan Mat Said ialah beliau orang yang berani. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kisah berani beliau berjuang sehingga Kemaman mendapat jambatan seperti ular sawa di Bukit Kuang adalah indikasinya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, PAS jangan memandang mudah kepada usaha beliau untuk mengambil alih Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS kena ingat bahawa kemenangan besar PAS pada PRU14 adalah kerana hayunan sokongan orang-orang UMNO kepada PAS atas isu Najib dan Rosmah ketika itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kini Najib dipandang sebagai \u2018Bosku\u2019 manakala Rosmah telah hilang dari radar kebencian orang-orang UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun apakah faktor ini mampu mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO sedangkan Presidennya pula sedang menghadapi beberapa isu penyelewengan di mahkamah?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Segala kemungkinan itu di tangan Allah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai manusia pemerhati politik melihat beberapa faktor lain yang tidak bersama Mat Said kali ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mat Said merasakan gelaran \u2018kerajaan sepenggal\u2019 adalah stigma bagi PAS Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam sejarah yang panjang, PAS belum pernah dapat meneruskan penggalnya untuk kali kedua. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, PAS akan terus memerintah Terengganu selepas PRU15 adalah berada di luar kotak pemikiran ADUN Kijal ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mari kita lihat beberapa fakta untuk difikirkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketika PRU11 pada tahun 2004, Ketua perang UMNO Terengganu ketika itu DS Idris Jusoh membawa pendekatan \u2018Gelombang Biru\u2019 untuk menumbangkan kerajaan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gelombang tersebut diperkuatkan dalam dua bentuk. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pertama, peruntukan wang Dana Ehsan yang melimpah-ruah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedua, daftar pemilihan yang amat meragukan sehingga menjadikan Terengganu menerima pertambahan pengundi baru yang tertinggi di seluruh negara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u2018Ubah\u2019 yang dibawa oleh Mat Said sekarang ada tidak mempunyai dua faktor mega ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">UMNO sudah kekeringan dana sejak jatuh di peringkat Pusat pada PRU14. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimana pula daftar pemilih kali ini? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah pengundi baru 18 tahun ke atas sudah diborong oleh UMNO? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa lebihnya UMNO pada pandangan anak muda sekarang? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan apa lemahnya PAS mentadbir Terengganu sekarang pada mata mereka? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inilah yang akan menjadikan Mat Said \u2018terkecewa\u2019 nanti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anak-anak muda khususnya adalah generasi celik IT. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Komitmen mereka bukan lagi berdasarkan sentimen. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka ikuti kisah \u2018Terengganu Runtuh\u2019 di zaman BN. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan mereka saksikan bagaimana wakil-wakil rakyat PAS bekerja dan mendampingi rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jangan cakap soal integriti. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pastinya persepsi terhadap UMNO jatuh terperosok di telapak kaki. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesimpulannya, Mat Said boleh berangan dan mengharapkannya menjadi nyata. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di sudut lain, PAS tidak pernah letih berjuang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun ambillah segala kemungkinan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yakin tetapi jangan berlebihan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalau culaan dan segala kerja pilihanraya tidak dioptimumkan, tidak mustahil akan kecundang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerja, harapan dan doa mesti seiringan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berjuanglah di posisi apapun yang diarahkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Segera semarakkan semangat jihad. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seperti biasa, sentiasa bersedia mengorbankan diri untuk kemenangan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nota kaki: Apakah status terkini laporan polis kes Mat Said \u2018mencekor\u2019? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">BayangDiAir,<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berdasarkan perkembangan mutakhir, tidak mustahil PRU15 diadakan pada bulan Oktober atau November tahun ini. DUN Terengganu juga dijangka<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12501,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-12500","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12500","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12500"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12500\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12502,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12500\/revisions\/12502"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12501"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12500"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12500"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12500"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}