{"id":12520,"date":"2022-08-08T08:28:21","date_gmt":"2022-08-08T08:28:21","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12520"},"modified":"2022-08-08T08:28:24","modified_gmt":"2022-08-08T08:28:24","slug":"11-tahun-selepas-perang-di-syiria","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/08\/08\/11-tahun-selepas-perang-di-syiria\/","title":{"rendered":"11 Tahun Selepas Perang Di Syiria"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada banyak ketika, aku mendapat peluang bertemu dengan beberapa orang sama ada tokoh mahupun seseorang yang terlibat dengan sesuatu peristiwa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada yang secara diaturkan dan ada juga secara kebetulan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Alhamdulillah, syukur sangat kepada Allah atas peluang-peluang yang dihidangkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apatah lagi isu berkaitan adalah isu penting dan boleh memberi kesan sama ada kepada agama mahupun masyarakat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka bolehlah dijadikan bahan tulisan bermanafaat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kali ini, aku berpeluang berjumpa dengan seorang rakyat Syiria yang berasal dari Halab atau lebih dikenali dengan Aleppo. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dia baru sahaja menyertai syarikat yang aku bekerja sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum ini, dia berkhidmat di sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa di Abu Dhabi. Namanya Khalid. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekarang dia dan keluarga memegang pasport Brazil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ya, dia dan keluarganya memilih untuk menukar kerakyatan mereka dan menetap di Sao Paulo. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Aku tertanya-tanya dengan keadaan kehidupan mereka di sana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rupanya sudah ada tiga buah masjid di sekitar komuniti yang mereka tinggal. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kata beliau, dianggarkan 100 ribu orang Islam, menetap di sana sekarang ini, atas berbagai sebab, selain daripada lari dari perang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Melanjutkan perbualan, aku bertanya tentang apa yang sebenarnya telah terjadi 11 tahun lampau, permulaan yang menyebabkan keadaan negaranya menjadi huru hara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Khalid menceritakan awal kejadian ialah kerana terpengaruh dengan keadaan semasa di negara-negara Arab lain yang bangun memberontak atau apa yang mereka gelarkan \u2018Arab Spring\u2019 itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sewaktu itu kata Khalid, keadaan kehidupan di sana tidak memuaskan hati sebahagian rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi mengambil semangat tumbangnya beberapa kerajaan dalam Arab Spring itu, rakyat Syiria turut menyatakan bantahan masing-masing. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia bermula di sebuah negeri bernama Dara\u2019a. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di dalamnya ada sebuah tempat bernama Nawa iaitu tempat lahirnya Imam An-Nawawi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejurus mendapat maklumat berkenaan penentangan itu, Presiden, Basyar al-Asad segera menghantar pasukan tenteranya bagi menghalang tindakan lebih besar berlaku berdasarkan kebimbangannya akan berlakunya Arab Spring di negaranya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akan tetapi tindak balas beliau, terlalu kejam dan menyebabkan kezaliman yang tidak sepatutnya berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rejim Basyar mengamalkan pemerintahan sebagaimana ayahnya, Hafiz al-Asad iaitu ramai kroni-kroni dan keluarga mereka diberikan jawatan dalam kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun pencapaian mereka tidak memuaskan hati rakyat, mereka tetap dikekalkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia juga mungkin strategi politik keluarga al-Asad ini bagi mengekalkan kuasa mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah ramai penduduk di Dara\u2019a ditangkap, terdapat juga beberapa usaha oleh pimpinan setempat yang cuba berunding untuk pembebasan mereka yang ditahan itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, pintu rundingan untuk itu, ditutup rapat oleh Presiden. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lalu dicuba pula oleh mereka supaya ditukar pemimpin kroni Basyar di negeri mereka, juga ditolak oleh Basyar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh kerana tiada jalan lain, maka perang adalah pilihan yang terakhir bagi mereka mempertahankan apa yang mereka rasakan sebagai hak mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan terjadilah sebagaimana yang kita maklumi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi ia tidak berbaloi dengan kematian demi kematian di pihak rakyat yang begitu drastik berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengenai almarhum Syeikh Ramadhan al-Buti, Khalid turut bersedih dengan pemergiannya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Baginya, Syeikh telah cuba meleraikan perang yang tidak sepatutnya berlaku itu dengan ilmu yang beliau miliki. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan ia menyaksikan harga bagi seruan Syeikh itu adalah nyawanya sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitulah ulamak sanggup mati, berperanan dalam mententeramkan hati yang kepanasan, dendam yang tak sudah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Khalid begitu yakin bahawa perang yang tercetus itu bukanlah kerana isu Sunni dan Syiah sebagaimana yang dikatakan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia lebih kepada kerakusan mahu mengekalkan kuasa pemerintahan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Buktinya Sunni-Syiah telah hidup secara aman damai ratusan tahun sebelum itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada awal 80-an, pernah berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap anggota Ikhwanul Muslimin kerana adanya cubaan menentang Hafiz al-Asad, juga terjadi bukan kerana mazhab.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hatta, seusai pembersihan itu, janggut tidak dibenarkan kepada lelaki di sana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kata Khalid lagi, Syiah Alawi yang dianuti Basyar, tidak diakui sebagai Syiah yang sebenarnya dalam mazhab Syiah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan lagi, mereka adalah kumpulan minoriti di Syam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi Khalid, ia hampir sama kes dengan Yaman yang mana Syiah Houti bukan berperang kerana sentimen anti Sunni, tetapi lebih kepada merampas atau mempertahankan kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan keadaan memburuk, kerana campurtangan negara luar. (Setakat yang aku lihat, Khalid bersolat sebagaimana Sunni di masjid kami).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah semuanya berlarutan, keadaan sudah bercampur dengan berbagai alasan bagi peperangan, membingungkan semua. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Fitnah bertaburan, entah siapa yang salah, ku tak tahu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">ISIS dan Daesh juga tiba-tiba timbul di pertengahan perang, mengelirukan lagi semua orang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari mana mereka datang? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimana mereka mendapat senjata? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Atau Basyar sengaja mengadakan semua ini bagi mengaburi mata Barat bahawa mereka sedang berperang dengan teroris?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Syria sudah terbelah kepada tiga kawasan utama iaitu Timur dikuasai oleh pihak Kurdish. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selatan dan sekitar Damsyik dibawah pengaruh kerajaan dan di utara sebahagiannya dipegang oleh kumpulan pemisah yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitulah tanah yang diberkati Allah ini diperlakukan oleh tangan-tangan yang memusnahkan, sesuai dengan firman Allah dalam surah ar-Rum iaitu berkenaan telah berlaku kerosakan di darat dan di laut hasil dari tangan-tangan manusia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Khalid tidak akan kembali memohon kerakyatan Syam, paling kurang mungkin dalam 10 tahun lagi kerana kemusnahan yang berlaku terlalu besar dan tidak mudah bagi membangunkan semula. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Khalid adalah antara yang terselamat dan mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau salah seorang daripada lebih 6 juta rakyat Syam yang melarikan diri dari perang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang masih di sana, tidak boleh keluar dari Syria kerana miskin dan lain-lain sebab? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang mampu dilakukan? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kisah yang diceritakan Khalid ini mungkin tidak menyeluruh kebenarannya, kerana dia bukan pihak berautori, tetapi paling kurang Khalid adalah anak jati Syam dan tinggal di sana puluhan tahun semenjak lahir. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan sebagai penulis, bagi aku, kisah Khalid ini, ada nilai yang tersendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada banyak ketika, aku mendapat peluang bertemu dengan beberapa orang sama ada tokoh mahupun seseorang yang terlibat dengan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12521,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-12520","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12520","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12520"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12520\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12522,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12520\/revisions\/12522"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12521"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12520"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12520"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12520"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}