{"id":12529,"date":"2022-08-12T00:14:34","date_gmt":"2022-08-12T00:14:34","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12529"},"modified":"2022-08-12T00:14:36","modified_gmt":"2022-08-12T00:14:36","slug":"lembu-diikat-pada-tali-ahli-politik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/08\/12\/lembu-diikat-pada-tali-ahli-politik\/","title":{"rendered":"Lembu Diikat Pada Tali, Ahli Politik?"},"content":{"rendered":"\n<p>Lembu diikat pada tali, manusia diikat pada janji.<\/p>\n\n\n\n<p>Martabat manusia dinilai daripada pegangannya kepada janji.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang dikata sepatutnya ialah apa yang patut dikota.<\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi, pada zaman ini, segalanya berubah.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila manusia tidak lagi mempercayai dirinya dapat berpegang pada janji dan amanah, maka manusia bangkit mencari idea untuk mengikat dirinya dengan undang-undang.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Macam-macam perjanjian antara manusia kini diikat oleh undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan ini termasuklah Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 yakni Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli politik terdiri daripada manusia-manusia yang bakal dikurniakan kuasa terbesar di dalam sesebuah negara untuk memimpin rakyat dan mentadbir.<\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi, mereka yang sepatutnya menjadi model kepada rakyat tidak mempercayai diri dapat berpegang pada amanah yang diberi, sehinggakan memerlukan undang-undang untuk memastikan diri sendiri tidak akan melompat parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah kelakarnya tahap politik Malaysia hari ini.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Yang peliknya, ramai yang pernah melompat juga menyokong RUU tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Akta Lompat Parti tidak menyelesaikan punca lompat parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Masalah lompat parti ini berpunca daripada sistem pilihan raya negara yang tidak rapi.<\/p>\n\n\n\n<p>Bayangkan untuk seseorang calon bertanding di atas nama parti, mereka memerlukan watikah pencalonan daripada parti itu sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiba-tiba selepas menang pilihan raya, kerusi yang dimenangi ahli politik itu menjadi hak milik peribadi dan bukannya hak parti.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Itu satu kepelikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepatutnya Perlembagaan dipinda agar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen yang dimenangi menjadi hak milik parti atau gabungan politik.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli politik hanya diberi amanah untuk menjaga kerusi tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika ahli politik itu melompat atau dipecat parti, kerusi itu masih milik parti yang menang.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan itu, tiada ahli politik yang akan melompat kerana dia tidak boleh melompat bersama kerusinya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Jika ada ahli politik yang meninggal dunia sebelum pilihan raya seterusnya, parti yang menang hanya perlu melantik pengganti.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Langsung tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan begitu, pilihan rakyat dapat dihormati dan dikekalkan sehingga pilihan raya seterusnya tanpa boleh disabotaj oleh ahli politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Maaflah, makin difikir, makin kelihatan RUU Anti Lompat Parti ini agak merendahkan martabat ahli politik, yang sepatutnya dapat diikat pada janji yang paling asas iaitu jangan khianat pada undi rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lembu diikat pada tali, manusia diikat pada janji. Martabat manusia dinilai daripada pegangannya kepada janji.&nbsp; Apa yang dikata<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12530,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-12529","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12529","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12529"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12529\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12531,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12529\/revisions\/12531"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12530"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12529"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12529"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12529"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}