{"id":12558,"date":"2022-08-23T05:23:48","date_gmt":"2022-08-23T05:23:48","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12558"},"modified":"2022-08-23T05:23:50","modified_gmt":"2022-08-23T05:23:50","slug":"najib-lebih-berani-daripada-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/08\/23\/najib-lebih-berani-daripada-anwar\/","title":{"rendered":"Najib Lebih Berani Daripada Anwar"},"content":{"rendered":"\n<p>Sudah tiga kali Najib bersumpah mubahalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Pertama ketika menafikan terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya model dari Mongolia yang dibunuh secara kejam, diletupkan dengan C4. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau melakukannya di masjid, sambil ditemani isteri dan anak-anaknya, membalas tuduhan Azilah.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua, ketika dalam satu sidang media melalui talian, setelah kalah dalam rayuan berkenaan kes SRC yang dibawa ke mahkamah rayuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau kemudiannya melafazkan sumpahnya yang beliau tidak terlibat kepada wartawan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan dua hari lalu, setelah beberapa perkara yang menjadi kontroversi seperti peguamnya mahu menarik diri, tetapi tidak dibenarkan mahkamah. <\/p>\n\n\n\n<p>Peguamnya juga memilih untuk tidak berhujah, beliau memutuskan untuk sekali lagi bersumpah di Masjid Kampung Baru.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau dilihat konsisten menafikan penglibatan beliau dengan skandal SRC. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan kali ini juga, beliau memilih bersumpah, sebelum habis perbicaraan yang saya tidak tahu sama ada ia boleh dikatakan mengganggu perbicaraan atau tidak. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhir sumpahnya, beliau bertakbir tiga kali (rasa macam ceramah PAS pula).<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sejarah Islam, dicatatkan beberapa peristiwa berkaitan sumpah mubahalah sebegini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kisah tersohor berkenaan Saad Bin Abi Waqas yang menafikan tuduhan orang terhadapnya iaitu tidak membahagikan harta dengan benar serta tidak bersolat sebagaimana Rasulullah. <\/p>\n\n\n\n<p>Umar juga tahu ia satu fitnah. <\/p>\n\n\n\n<p>Akibatnya pemfitnah itu terkena laknat Saad.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam surah Ali-Imran, Rasulullah pernah mencabar kaum nasrani untuk bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran agama masing-masing dengan membawa keluarga masing-masing. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi wakil Nasrani takut untuk melakukannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Bermakna dalam agama mereka juga ada berkenaan bersumpah begini.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Islam, sumpah boleh dilakukan, tetapi bukan penentu kepada betul dan salah dalam sesuatu kes. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua pertuduhan dalam Islam mesti disertai bukti dan saksi. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu Rasulullah berpesan kepada sahabat baginda supaya tidak mengambil hak orang atau berlaku zalim dengan kepandaian berhujah. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin sahaja Rasulullah tersalah hukum kerana salah seorang pandai berkata-kata.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan sumpah juga mesti dilakukan dalam mahkamah, apabila diminta hakim. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan dilupa juga bahawa manusia ini adalah ciptaan Allah yang sangat unik. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka datang dari mani yang lemah dan hina, kemudian menjadi manusia, mereka melawan Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai impian dunia mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga ada yang mengaku tuhan.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, tidak lari dari kemungkinan seseorang itu sanggup menggunakan sumpah demi melepaskan diri. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia terbukti dalam satu kisah seorang wanita yang mengandung, dituduh berzina. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia tidak mengaku, sehingga sanggup bersumpah, walau dilarang oleh Rasulullah dan Rasulullah tahu hal itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya anak yang keluar, fizikalnya sama seperti bapa zinanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dilihat semua orang. <\/p>\n\n\n\n<p>Hina di dunia, menunggu pula siksa di akhirat. Begitulah.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar kelihatannya lebih penakut berbanding Najib. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan Anwar juga pernah membela diri dari kandang tertuduh, tanpa boleh disoal peguam. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, sekurang-kurangnya Anwar tidak bersumpah. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun kita melihat Saiful Bahari tidak terkena apa-apa, tetapi mahkamah tetap tidak mengambil kira sumpahan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi apabila dua kali mahkamah menjatuhkan hukuman, Anwar dan kuncu-kuncunya tetap mendakwa mahkamah tidak adil. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya sewaktu Najib hendak dijatuhkan hukuman, mahkamah pada mereka sangat adil. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga keterbalikan prinsip Najib. <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk Anwar, bersalah, untuk beliau, teraniaya. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, bilakah mahkamah Malaysia ini adil?<\/p>\n\n\n\n<p>Meminta laknat ini, bukan gurauan. <\/p>\n\n\n\n<p>Aku teringat akan kisah hampir 30 tahun dahulu apabila ada satu jemaah diharamkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka kemudiannya meminta laknat Allah diturunkan kepada yang memfitnah mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Agama waktu itu, Tan Sri Abdul Hamid Othman memberi amaran akan akibat buruk mubahalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi akhirnya&#8230;&#8230;<\/p>\n\n\n\n<p>Dan sumpah laknat ini, janganlah harapnya dibayar kafarah dengan beriani kambing. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab pernah berlaku di Terengganu dahulu, sampai sekarang, nampak dia makin parah.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sudah tiga kali Najib bersumpah mubahalah. Pertama ketika menafikan terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya model dari Mongolia yang<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12559,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-12558","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12558","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12558"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12558\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12560,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12558\/revisions\/12560"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12559"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12558"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12558"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12558"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}