{"id":12575,"date":"2022-08-24T07:56:35","date_gmt":"2022-08-24T07:56:35","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12575"},"modified":"2022-08-24T07:56:37","modified_gmt":"2022-08-24T07:56:37","slug":"hari-ini-umno-tuai-apa-yang-ditanam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/08\/24\/hari-ini-umno-tuai-apa-yang-ditanam\/","title":{"rendered":"Hari Ini UMNO Tuai Apa Yang Ditanam"},"content":{"rendered":"\n<p>Pertama, tahniah dan syabas kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun yang berjiwa kental, berani dan tegas dalam memutuskan hukum ketika berdepan dengan \u2018jerung terbesar\u2019 bernama Najib Razak. <\/p>\n\n\n\n<p>Hebat juga orang yang bernama Maimun. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada PRU 2008, Mat Sabu pernah tewas dek penangan seorang wanita tua juga bernama Maimun.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi dapati Najib bersalah kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd. <\/p>\n\n\n\n<p>Najib tak terus dipenjarakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan pula mendapati dia bersalah kes yang sama. Najib bebas lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Bosku ke sana ke sini tanpa sekelumit rasa malu. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan hari ini, 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan melengkapkan keadilan bagi Najib. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia ke dalam jeriji besi juga akhirnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejak kes dimulakan pada 4 Julai 2018 hingga 23 Ogos 2022, tempoh masa yang cukup panjang untuk seorang kleptokrasi besar bebas merayau-rayau bagai tiada apa-apa yang berlaku. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala tempoh 2 tahun sejak keputusan Mahkamah Tinggi adalah tempoh masa yang cukup panjang untuk mencari peguam terbaik dengan persiapan paling rapi berongkos tinggi. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan tempoh masa yang panjang itu, tiga peringkat mahkamah mendapati dia bersalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetiba sepasang bibir yang telah pudar kemerahan pada hari ini mendakwa mahkamah tidak memberi keadilan kepadanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan para juak bertempik-tempik meratapinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah antara kesan jangka panjang politik wang yang subur berbudaya dalam UMNO selama ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin orang muda yang baru berjinak-jinak dengan politik tak pernah dengar tentang politik wang dalam UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Maklumlah, sudah lama UMNO tidak mengadakan pemilihan kepimpinan sejak sebelum pandemik melanda lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, politik wang yang berupa suapan ini tidak dikategorikan sebagai rasuah kerana berlaku dalam kalangan ahli dan organisasi parti itu sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, ahli-ahli UMNO rasa tidak berdosa dan bersalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk beri suapan demi mendapatkan undi dan sokongan, pemimpin perlu ada wang yang banyak untuk belanja makan, duit saku, tambang percuma, melancong dan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau pertandingan peringkat ketua bahagian pun, sesetengahnya sanggup \u2018melabur\u2019 mencecah jutaan ringgit, apatah lagi peringkat pucuk pimpinan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana untuk mendapat pulangan semula apa yang dilaburkan? <\/p>\n\n\n\n<p>Bila sudah ada kuasa dan kedudukan, sakaulah di sana sini. <\/p>\n\n\n\n<p>Meminjam kata-kata Zahid Hamidi, \u201cambillah mana-mana yang sempat\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini Najib sudah kena dan Zahid sedang diadili atas perbuatan terkutuk mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak boleh mencari simpati konon ini adalah dakwaan terpilih. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau ini alasannya, secara tak langsung mereka mengakui benarlah mereka khianat harta rakyat dengan melakukan penyelewengan. <\/p>\n\n\n\n<p>Cuma untuk kali ini, mereka yang kena. <\/p>\n\n\n\n<p>Tunggulah masanya, ramai lagi pengkhianat amanah rakyat dihumban ke penjara.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila tiba masanya, manusia akan menuai apa yang ditanam. <\/p>\n\n\n\n<p>Selama ini UMNO menghalalkan politik wang dalam parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini, UMNO dapat merasai apa yang ditanamnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ambillah pengajaran daripadanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Walau apa pun, jangan diketawakan nasib yang menimpa Najib. <\/p>\n\n\n\n<p>Nasib kita belum tentu. <\/p>\n\n\n\n<p>Pesan orang tua-tua; buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. <\/p>\n\n\n\n<p>Najib dan UMNO tewas kerana wang dan kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita juga mungkin tertewas kerana dengki, dendam, nafsu dan tamak haloba.<\/p>\n\n\n\n<p>BayangDiAir,<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pertama, tahniah dan syabas kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun yang berjiwa kental, berani dan tegas dalam<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12576,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-12575","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12575","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12575"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12575\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12577,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12575\/revisions\/12577"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12576"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12575"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12575"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12575"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}