{"id":12578,"date":"2022-08-24T12:55:03","date_gmt":"2022-08-24T12:55:03","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12578"},"modified":"2022-08-24T12:55:05","modified_gmt":"2022-08-24T12:55:05","slug":"lepas-parlimen-dibubar-ismail-cuma-naib-presiden-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/08\/24\/lepas-parlimen-dibubar-ismail-cuma-naib-presiden-umno\/","title":{"rendered":"Lepas Parlimen Dibubar, Ismail Cuma Naib Presiden Umno"},"content":{"rendered":"\n<p>Jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lambat diadakan, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan kalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengapa?<\/p>\n\n\n\n<p>Jika PRU15 diadakan secepat mungkin, mengapa pula Zahid terasa Umno-BN akan menang?<\/p>\n\n\n\n<p>Menang dalam kata Zahid, apakah ini bermaksud PRU15 ini Umno-BN akan dapat memenangi 112 kerusi secara sendiri jika diawalkan?<\/p>\n\n\n\n<p>Umno-BN tidak mungkin akan memenangi melebihi 112 kerusi Parlimen pada PRU15, meskipun diawalkan ataupun dilewatkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Umno-BN mungkin memenangi kerusi terbanyak, tak kiralah bila PRU15 diadakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Umno-BN hanya akan membentuk kerajaan dengan mewujudkan pakatan politik baru selepas PRU15 jika mereka bertegas bertanding bersendirian.<\/p>\n\n\n\n<p>Siapa yang bakal menjadi kawan Umno-BN masih tidak diketahui.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Pada pandangan Umno-BN, keyakinan membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU15 mungkin berdasarkan dominasi Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Sarawak.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi, apakah GPS akan sudi bekerjasama dengan Umno-BN yang kuat seperti dulu, dan kembali ke zaman dahulu di mana mereka hanya menjadi \u201cpak angguk\u201d?<\/p>\n\n\n\n<p>Jika Zahid melahirkan kebimbangan terhadap nasib Umno-BN jika PRU15 dilambatkan, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pula menzahirkan kebimbangan sekiranya tiada parti yang mendominasi kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada PRU15 nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara ini menyebabkan Zahid terus menyampuk dengan memberikan amaran kepada pihak yang cuba menggunakan alasan takut Parlimen tergantung bagi menghalang PRU15.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa untungnya Parlimen tergantung bagi Umno-BN?&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Peliknya, mengapa Zahid tidak pula risau perkara ini terjadi?&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin beliau sudah ada pelan seterusnya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Ismail semestinya risau kerana Parlimen tergantung itu mungkin adalah titik noktah kepada jawatan perdana menteri yang disandangnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana realitinya, setelah Parlimen dibubarkan, Ismail akan hilang kuasa sebagai perdana menteri.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau cumalah seorang naib presiden Umno dan pemangku perdana menteri.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Yang berkuasa ketika itu adalah presiden Umno.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Zahid akan berkuasa sepenuhnya menentukan watikah calon mana yang perlu ditandatangani.<\/p>\n\n\n\n<p>Semakin awal Parlimen dibubarkan, semakin awal Ismail akan kehilangan kuasa &#8211; segala kuasa termasuk kuasa rundingan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bila PRU15 perlu diadakan?&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Ia hanya akan diadakan apabila Ismail merasa yakin beliau dapat kembali menjadi perdana menteri.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau sedar, bila pun PRU15, Umno-BN akan kekal mendapat kerusi terbesar tapi tidak dapat membentuk kerajaan persekutuan secara bersendirian.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Umno-BN memerlukan parti politik lain.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Dan percaturan ini perlu diselesaikan jika Ismail ingin kekal menjadi perdana menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Situasi beliau amat berbeza dengan Zahid.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Ketidaktentuan selepas PRU15 adalah satu peluang untuk berunding bagi mendapatkan apa yang dihajat.<\/p>\n\n\n\n<p>Timmy Say<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lambat diadakan, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12579,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-12578","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12578","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12578"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12578\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12580,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12578\/revisions\/12580"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12579"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12578"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12578"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12578"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}