{"id":12621,"date":"2022-09-04T15:43:18","date_gmt":"2022-09-04T15:43:18","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12621"},"modified":"2022-09-04T15:43:21","modified_gmt":"2022-09-04T15:43:21","slug":"khairy-jamaluddin-bakal-dicantas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/09\/04\/khairy-jamaluddin-bakal-dicantas\/","title":{"rendered":"Khairy Jamaluddin Bakal Dicantas?"},"content":{"rendered":"\n<p>Bermulakah drama cantas-mencantas dalam UMNO? <\/p>\n\n\n\n<p>Itu persoalan yang timbul apabila Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan memilih untuk bertanding di Parlimen Rembau yang sedang disandang beliau sejak 2008. <\/p>\n\n\n\n<p>Menariknya apabila Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin mencadangkan KJ bertanding di Parlimen Seremban.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut KJ, beliau diarahkan oleh Mohamad Hasan, merangkap Ketua Bahagian Rembau yang merupakan orang kanan Zahid Hamidi agar mengosongkan kerusi itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mohamad Hasan dilaporkan mahu bertanding di Parlimen Rembau. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak pula dinyatakan kerusi Parlimen mana digantikan untuk KJ.<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah cadangan agar KJ bertanding di Parlimen Seremban umpama telunjuk lurus kelingking berkait? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah cadangan tersebut telah dirancang oleh pihak-pihak tertentu yang menguasai UMNO?<\/p>\n\n\n\n<p>Parlimen Seremban disandang oleh Anthony Loke Siew Fook dari DAP yang menang dengan majoriti 30 694 pada PRU14. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi apa signifikannya KJ disyorkan bertanding di kubu kuat DAP? <\/p>\n\n\n\n<p>Bukankah ini perancangan halus geng kluster mahkamah untuk mencantas orang-orang yang tidak sehaluan dengan mereka?<\/p>\n\n\n\n<p>Nampak sangat Menteri Kesihatan itu mahu dicantas kerana tidak sehaluan dengan Zahid dan Najib. <\/p>\n\n\n\n<p>Hendak tak hendak ditawarkanlah KJ bertanding di kerusi yang boleh membawa maut kepada karier politiknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini pun UMNO tak berani bertanding di situ lalu memberikannya kepada MCA untuk ditandingi. <\/p>\n\n\n\n<p>Akibatnya, DAP menang besar dan MCA dapat malu besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah malu itu pula hendak dikenakan kepada KJ?<\/p>\n\n\n\n<p>Belum pasti KJ menerima perlawaan tersebut atau beliau akan diberikan satu kerusi yang selamat di kubu UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun \u2018permainan\u2019 kluster mahkamah tentu telah dapat dihidu oleh KJ sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari riak wajah dan tutur kata, beliau kelihatan tidak gembira dengan situasi ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau benar perkhabaran awal ini merupakan satu perancangan untuk menafikan orang-orang yang tidak sebulu dengan kluster mahkamah menjadi calon UMNO pada PRU15, maka dipercayai ramai lagi tokoh-tokoh menteri dan Ahli Parlimen UMNO akan dimangsakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah nanti akan ada tercetus konfrantasi antara dua kem dalam UMNO di ambang PRU15?<\/p>\n\n\n\n<p>PM Ismail Sabri dijanji untuk dijadikan poster boy UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga dijanjikan untuk dicalonkan menjadi PM sekiranya UMNO\/BN menang PRU15. Betul ke bohong? <\/p>\n\n\n\n<p>Ismail Sabri tidak mudah mengikut telunjuk kluster mahkamah agar Parlimen dibubarkan segera. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau telah dapat membaca yang mana betul dan yang mana bohong. <\/p>\n\n\n\n<p>Persoalan seterusnya ialah sejauh mana reaksi dan langkah kem Ismail Sabri apabila telah mendapat signal ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Jawapannya akan menyusul tidak lama lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>BayangDiAir,<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bermulakah drama cantas-mencantas dalam UMNO? Itu persoalan yang timbul apabila Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa Timbalan Presiden UMNO, Mohamad<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12622,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[90],"tags":[91],"class_list":["post-12621","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-umno","tag-umno"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12621","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12621"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12621\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12623,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12621\/revisions\/12623"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12622"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12621"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12621"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12621"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}