{"id":12640,"date":"2022-09-06T22:55:52","date_gmt":"2022-09-06T22:55:52","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12640"},"modified":"2022-09-06T22:55:55","modified_gmt":"2022-09-06T22:55:55","slug":"implikasi-episod-episod-hitam-kluster-mahkamah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/09\/06\/implikasi-episod-episod-hitam-kluster-mahkamah\/","title":{"rendered":"Implikasi Episod-Episod Hitam Kluster Mahkamah"},"content":{"rendered":"\n<p>Selepas \u2018big boss\u2019 UMNO didapati bersalah, kini \u2018primadona\u2019-nya pula dihukum. <\/p>\n\n\n\n<p>Maknanya, sudah dua kes berturut-turut UMNO menanggung impaknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kes Zahid, Bung Karno dan Azeez Rahim dalam proses. <\/p>\n\n\n\n<p>Kes-kes yang berepisod ini akan menyusut beberapa peratus undi untuk UMNO hingga PRU15. <\/p>\n\n\n\n<p>Persoalannya, ke mana undi-undi itu akan beralih?<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO umpama sedang mendukung biawak hidup. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun cakarannya melukakan badan tetapi biawak itu masih dikendong dengan penuh manja. <\/p>\n\n\n\n<p>Biawak-biawak kesayangan tadi konsisten mencipta mimpi indah agar mereka tetap diulik sayang yang manusia yang mendukungnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah kluster mahkamah masih \u2018buat-buat\u2019 optimis undi UMNO tidak akan beralih ke lain? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah UMNO masih bersedap hati pada kemenangan besar di kubu kuatnya ketika PRN Melaka dan PRN Johor? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah jutaan pengundi baru U18 yang sangat dekat dengan medsos akan mengundi UMNO? <\/p>\n\n\n\n<p>Rasanya jauh panggang dari api bagi generasi maklumat di hujung jari.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, sekiranya kluster mahkamah terus bercakap besar demi mengabui ahli di bawah, UMNO akan jatuh terduduk sebagaimana apa yang berlaku di PRU14 dulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Secara matematiknya, UMNO\/BN tidak akan cukup kerusi untuk memerintah. <\/p>\n\n\n\n<p>Melalui respon terbarunya terhadap ucapan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Zahid Hamidi diyakini telah nekad berpatah arang berkerat rotan dengan PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Seandainya gagal menang secara solo, kluster mahkamah nampak PH boleh disepakati sebagaimana dibayangkan jajaran baru. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak semudah itu! <\/p>\n\n\n\n<p>Pastinya sebahagian ahli Parlimen, ahli MKT, Ketua-Ketua Bahagian dan ahli akar umbi tidak setuju dan menentang usaha jajaran itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebenci-benci pun mereka kepada PAS dan BERSATU, kata orang sebusuk-busuk daging, dikincah-kincah dimakan juga. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu barulah kluster mahkamah bangkit dari lamunan.<\/p>\n\n\n\n<p>Habis, ke manakah pengundi U18 dan pengundi UMNO akan beralih? <\/p>\n\n\n\n<p>Sebahagian besar pengundi U18 bukan Melayu pastinya memangkah PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala pengundi Melayu\/Bumiputera U18 dan sebahagian pengundi UMNO akan beralih ke PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Sukar bagi mereka memberi undi kepercayaan kepada PH buat kali kedua. <\/p>\n\n\n\n<p>Faktor pertama, hancing kencing PH masih melekat di minda mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Faktor kedua, DAP banyak mengganggugugat kedudukan Melayu dan Islam pada era pemerintahan PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tak akan lupa kemusnahan yang dibawa oleh DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah situasi yang akan berlaku impak daripada siri kes salah guna kuasa pemimpin UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Faktor penarik ke PN ditambah oleh rekod perkhidmatan PM Muhyiddin. <\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin dekat di hati rakyat dengan peranan sebagai \u2018Abah\u2019 ketika berhadapan dengan cabaran pandemik. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelbagai peruntukan dan bantuan kepada rakyat disalurkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Keperihatinan ini mencatat rekod bantuan terbesar dalam sejarah oleh seorang PM. <\/p>\n\n\n\n<p>Faktor PAS pula ialah rekod perkhidmatan para menteri dan MB-nya yang bersih dan cemerlang di mata rakyat terutamanya pengundi baru U18. <\/p>\n\n\n\n<p>Jelas mereka bekerja untuk rakyat tanpa politicking di luar batas.<\/p>\n\n\n\n<p>8. Apabila PN mendapat kerusi majoriti di Semenanjung, pastinya parti-parti di Sabah dan Sarawak akan bersama dalam kerajaan Persekutuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun mungkin sukar untuk mendapat majoriti 2\/3, namun PN akan mentadbir negara dalam keadaan lebih selesa. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada lagi kebimbangan oleh kemungkinan lompat parti dan seumpamanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanakah kedudukan UMNO ketika itu? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah UMNO dengan muka sebal dan bebal akan mencari PAS dan BERSATU? <\/p>\n\n\n\n<p>Dan adakah PAS dengan rendah hati sekali lagi akan menarik tangan UMNO? <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam bab ini, penulis sentiasa percaya akan keilmuan dan kebijaksanaan para pemimpin PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini jelas dan pasti.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhir kalam, pada pemerhatian penulis lorong ke arah itu telah terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p>BayangDiAir,<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selepas \u2018big boss\u2019 UMNO didapati bersalah, kini \u2018primadona\u2019-nya pula dihukum. Maknanya, sudah dua kes berturut-turut UMNO menanggung impaknya.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12641,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-12640","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12640","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12640"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12640\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12642,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12640\/revisions\/12642"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12641"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12640"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12640"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12640"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}