{"id":12652,"date":"2022-09-07T06:51:58","date_gmt":"2022-09-07T06:51:58","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12652"},"modified":"2022-09-07T06:52:01","modified_gmt":"2022-09-07T06:52:01","slug":"pas-berunding-dengan-umno-tanpa-zahid-hadi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/09\/07\/pas-berunding-dengan-umno-tanpa-zahid-hadi\/","title":{"rendered":"PAS Berunding Dengan Umno Tanpa Zahid \u2013 Hadi"},"content":{"rendered":"\n<p>Abdul Hadi Awang mengesahkan rundingan dengan Umno masih berjalan walaupun pemimpin tertinggi parti itu sudah beberapa kali menegaskan tiada kerjasama dengan PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun presiden PAS itu menegaskan rundingan tersebut tidak melibatkan pemimpin utama Umno, Ahmad Zahid Hamidi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ditanya mengenai sikap yang dinyatakan presiden Umno berkali-kali sebelum ini, Abdul Hadi berkata, pendirian tersebut adalah hanya melibatkan Ahmad Zahid semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Tegasnya, Umno bukan hanya memiliki presiden tetapi juga mempunyai naib-naib presiden, majlis kerja tertinggi, dan bahagian-bahagian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya anggap itu (bergerak solo dalam PRU ke-15) kenyataan presiden Umno, bukan ahli-ahli Umno, bukan akar umbi Umno,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ditanya sama ada rundingan berkenaan membabitkan pemimpin selain Ahmad Zahid, Abdul Hadi menjawab: \u201cYa, ya, ada.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Hadi berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Muktamar PAS kali ke-68 di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, Alor Setar, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu ahli parlimen Marang itu diminta mengulas kenyataan Ahmad Zahid semalam yang menyatakan Umno membuat keputusan untuk bergerak solo kerana tindak-tanduk dan sikap PAS selama ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas Ahmad Zahid, hasrat bekerjasama yang disampaikan PAS kepada Umno hanya kerjasama politik dangkal yang tidak mengambil kira keperluan rakyat sebagaimana semangat Muafakat Nasional (MN).<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Hadi hari ini menegaskan hubungan PAS dan Umno masih berjalan di peringkat akar umbi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia juga mendakwa, PAS masih tetap berpegang kepada perjanjian asal dimetari di antara PAS dan Umno dalam MN.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita bersetuju bukan saja Umno dan PAS, tapi termasuk Bersatu,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengesahkan pihaknya turut menjemput pimpinan Umno untuk hadir ke muktamar kali ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, katanya, tiada seorang pun daripada mereka yang memberi respon.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mengesahkan kita jemput pimpinan Umno, tetapi tiada respon, termasuk Umno Kedah pun tiada yang hadir,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Abdul Hadi Awang mengesahkan rundingan dengan Umno masih berjalan walaupun pemimpin tertinggi parti itu sudah beberapa kali menegaskan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12653,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-12652","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12652","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12652"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12652\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12654,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12652\/revisions\/12654"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12653"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12652"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12652"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12652"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}