{"id":12701,"date":"2022-09-19T09:21:33","date_gmt":"2022-09-19T09:21:33","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12701"},"modified":"2022-09-19T09:21:35","modified_gmt":"2022-09-19T09:21:35","slug":"merompak-undi-golongan-tidak-celik-politik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/09\/19\/merompak-undi-golongan-tidak-celik-politik\/","title":{"rendered":"&#8216;Merompak&#8217; Undi Golongan Tidak Celik Politik"},"content":{"rendered":"\n<p>Di alam media sosial dan internet, terlalu banyak maklumat yang disebarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai seorang pengundi, info politik masuk bertubi-tubi melalui WhatsApp, Facebook, Twitter, Telegram, Instagram dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Gambar dan video yang disunting pelbagai cara atas nama \u201ctroll\u201d dengan tujuan memburukkan pihak yang tidak disukai disebar sewenang-wenangnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi yang mengikuti perkembangan politik secara dekat, mereka mudah menentukan sama ada maklumat diterima itu adalah berita benar ataupun palsu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana pula dengan rakyat yang tidak mengikuti perkembangan politik?<\/p>\n\n\n\n<p>Di sinilah bahayanya sistem demokrasi.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Semua ahli politik tahu apa yang penting ialah siapa dipangkah pengundi pada kertas undi semasa hari pengundian.<\/p>\n\n\n\n<p>Asalkan diri sendiri yang dipangkah, segalanya adalah halal.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Jika pengundi mengundi atas maklumat palsu, ia bukannya satu jenayah.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Merompak&#8221; undi seseorang yang tidak celik politik untuk mengundi diri adalah satu kehebatan perang strategi dan taktikal dalam politik.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Ini boleh dianggap sebagai satu seni pemasaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemasaran politik ini laris di Malaysia apabila ramai di antara rakyatnya terutamanya netizen yang hanya tahu membaca tajuk berita dan caption gambar lalu terus mempercayai sesuatu maklumat.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi kalau maklumat palsu ini disebar dengan sengaja secara berulang-ulang demi matlamat politik?<\/p>\n\n\n\n<p>Contohnya, berapa ramai netizen yang mempercayai fitnah bahawa Presiden PAS Abdul Hadi Awang baru-baru ini berkahwin sekali lagi kerana mempercayai sekeping gambar perkahwinan anak beliau disunting oleh pihak berniat jahat?<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), rakyat akan mengundi berdasarkan kepercayaan kepada maklumat yang sampai padanya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Sama ada maklumat itu fitnah atau benar sudah tidak penting.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Intelek, emosi dan kecelikan seseorang menjadi penentu.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Memandangkan PRU15 sudah dekat, pelbagai maklumat akan disebar demi satu keputusan untuk memangkah siapa di kertas undi.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yang berpolitik tanpa etika akan cuba segalanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka juga bersedia menghadapi segalanya dari musuh mereka.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Soal negara, kestabilan, perpaduan dan integriti tiada nilai pada waktu-waktu ini.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab semua berfikiran ada lima tahun untuk membinanya semula setelah menang.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedarlah rakyat Malaysia, sama ada kalian mempedulikan perkembangan politik ataupun tidak, politik akan mempunyai kesan kepada hidup kalian jika majoriti tersilap mengundi.<\/p>\n\n\n\n<p>Timmy Say<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Di alam media sosial dan internet, terlalu banyak maklumat yang disebarkan. Sebagai seorang pengundi, info politik masuk bertubi-tubi<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12702,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-12701","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12701","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12701"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12701\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12703,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12701\/revisions\/12703"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12702"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12701"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12701"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12701"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}