{"id":12736,"date":"2022-09-23T02:48:56","date_gmt":"2022-09-23T02:48:56","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12736"},"modified":"2022-09-23T02:48:58","modified_gmt":"2022-09-23T02:48:58","slug":"anthony-loke-dan-imam-mahadi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/09\/23\/anthony-loke-dan-imam-mahadi\/","title":{"rendered":"Anthony Loke Dan Imam Mahadi"},"content":{"rendered":"\n<p>Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut dalam satu keratan video, Anthony Loke lebih berani daripada ustaz-ustaz PAS dalam hal menghapuskan judi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kata DSAI lagi, Anthony dengan beraninya berkata DAP &#8216;sanggup&#8217; untuk menghapuskan cabutan judi. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu DSAI merasa kagum, eh, beraninya Anthony, panglima katanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin sebab judi itu sinonim dengan kaum Cina, tetapi Anthony memilih menongkah arus.<\/p>\n\n\n\n<p>Atau juga mungkin Anthony tidak mempunyai rangkaian kedai judi sebagaimana kaum Cina yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi beranilah dia bercakap begitu. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan DSAI tiba-tiba, konon menjadi kagum, dengan memek wajahnya membeliakkan mata, seolah-olah Anthony adalah segalanya dalam menjadi wira menentang judi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam bab judi ini, aku teringat kisah lama, pertengahan 90-an, sedang DSAI membentangkan bajet pada tahun itu dan mendakwa belanjawan negara tahun itu, adalah mengikut konsep penjimatan Nabi Yusof. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu bangunlah Timbalan Presiden PAS ketika itu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menempelaknya dengan berkata, Nabi Yusof tidak pernah menghalalkan judi di zamannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan apabila DSAI memilih Anthony untuk menjadi adiwira penghapus judi, aku jadi bingung. Kenapa Anthony? <\/p>\n\n\n\n<p>Anthony hanya baru menyebut \u2018sanggup\u2019, bukannya \u2018sudah\u2019 lakukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan kalau sungguh dia mahu lakukan, di negeri mana?<\/p>\n\n\n\n<p>Dia bukan MB di mana-mana negeri PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia juga bukan Menteri Kewangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi apa kuasa dia ada untuk hapuskan judi sehingga diangkat dia sedemikian rupa? <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala ketika kempen di Melaka, DAP menyeru rakyat menolak PAS kerana PAS akan hapuskan.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya ceramah Anwar hanya menjadi seperti sembang kaki pancing. <\/p>\n\n\n\n<p>Ceritanya banyak berkisar tentang ikan yang mahal, besar, hampir dapat, tetapi terlepas, tali putus dan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi bila dia memancing depan orang, tali terbelit, umpanpun tak luak, entah-entah mata kailpun tak reti nak ikat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian yang aku terfikir lagi, tak adakah tokoh Islam dalam PH untuk bercakap pasal menghapuskan judi? <\/p>\n\n\n\n<p>Atau semua tokoh agama PH tidak kisah dengan judi? <\/p>\n\n\n\n<p>Ulamak PH hanya jadi tukang baca doa sahajakah? <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan apa, takut nanti Anthony pulak diangkat menjadi ahli majlis fatwa PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Yalah, dia kan berani (tak buat lagipun) untuk hapuskan judi.<\/p>\n\n\n\n<p>Bimbang sungguh aku dengan Anthony Loke sebab bila dia dilihat lebih Islam dan berani dari ustaz-ustaz PAS, takut nanti ada pula penyokong PH angkat dia jadi Imam Mahadi. <\/p>\n\n\n\n<p>PH memang pakar dalam bab melabelkan pimpinan mereka setaraf nabi dan ulamak. <\/p>\n\n\n\n<p>Anwar sudah beberapa kali \u2018di-Nabi Yusof-kan\u2019 dan \u2018di-Imam Mahadi-kan\u2019 penyokongnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi tunggu Anthony Islam dululah.<\/p>\n\n\n\n<p>Eh, macam melampaulah pulak ditulis begini. Betul, tak melampau. <\/p>\n\n\n\n<p>Kau tengok, penyokong PH bandingkan DSAI dengan Nabi Yusof, sedangkan Nabi Yusof dituduh cuba berbuat jahat dengan Zulaikha, isteri al-Aziz. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan Nabi Yusof dituduh ada hubungan sejenis dengan suami Zulaikha. <\/p>\n\n\n\n<p>Baginda juga minta dipenjarakan, untuk lari dari fitnah dan tidak mahu bebas sebelum dibicarakan semula untuk dibersihkan maruah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan DSAI, tuduhan dia lain dengan kes Nabi Yusof, tak mahu ke penjara, buat keterangan dari kandang saksi yang tidak boleh disoal. <\/p>\n\n\n\n<p>Dua kali kes lekat, hari-hari minta keluar dan akhirnya mendapat pengampunan diraja, tanpa dibicarakan semula. <\/p>\n\n\n\n<p>DSAI disamakan juga macam Imam Mahadi, tapi tak tunai janji. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia orang bukan boleh kira, asal ada ruang boleh kutuk PAS, semuanya dia \u2018on\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Lepas tu berjoget Tamil, buat muka tak bersalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut dalam satu keratan video, Anthony Loke lebih berani daripada ustaz-ustaz PAS dalam hal<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12737,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-12736","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12736","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12736"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12736\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12738,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12736\/revisions\/12738"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12737"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12736"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12736"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12736"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}