{"id":12750,"date":"2022-09-26T16:11:38","date_gmt":"2022-09-26T16:11:38","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12750"},"modified":"2022-09-26T16:11:40","modified_gmt":"2022-09-26T16:11:40","slug":"kita-boleh-bincang-tapi-tidak-untuk-ph-jadi-kerajaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/09\/26\/kita-boleh-bincang-tapi-tidak-untuk-ph-jadi-kerajaan\/","title":{"rendered":"Kita Boleh Bincang, Tapi Tidak Untuk PH Jadi Kerajaan"},"content":{"rendered":"\n<p>Beberapa hari ini, agak bising rakyat memperkatakan tentang kekeliruan yang diberitakan oleh media. <\/p>\n\n\n\n<p>Presiden PAS telah secara rasminya mengumumkan bahawa PH adalah musuh PAS yang mesti ditewaskan dalam PRU nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi yang sedar, mereka akan dapat menghidu betapa kuatnya serangan PH terhadap Presiden PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mahu menunjukkan taringnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian ada pula berita berkaitan PAS yang dikatakan dijemput Umno untuk berbincang bagi menghadapi PRU nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia belum berlaku, tetapi sekadar rancangan bagi satu pertemuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi PAS, ia mesti diraikan kerana Umno adalah rakan Muafakat Nasional dan Presiden PAS telah berkali-kali menegaskan pertahankan MN dan perkukuhkan PN.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudiannya, PN pula melalui Pengerusinya, TS Muhyiddin Yassin mengisytiharkan bahawa BN adalah musuh PN yang akan ditentang habis-habisan dalam PRU nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadilah kelihatannya satu pertembungan kenyataan oleh kedua-dua orang penting dalam PN itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka TS Muhyiddin akan berjumpa dan bertanya sendiri kepada Presiden PAS akan duduk perkara itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Umno yang baharu sahaja merayakan pembebasan Presiden mereka daripada 40 pertuduhan rasuah oleh mahkamah. <\/p>\n\n\n\n<p>Mahkamah kelihatannya agak bagus bagi Umno ketika ini, kerana dikira adil. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala bagi PH pula, mahkamah gagal menjalankan tanggungjawabnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan apabila ketika DS Najib dikenakan hukuman, bagi mereka mahkamah itu adil. <\/p>\n\n\n\n<p>Waktu DS Anwar merengkuk dalam penjara, mahkamah dipengaruhi kuasa luar. Begitulah.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi PAS, kedua-dua PH dan Umno memang mempunyai masalah dengan integriti. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS sangat maklum. <\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-duanya sebelum ini pernah menjadi regu politik bagi menewaskan lawan. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS tahu di mana kuat dan lemah mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka juga dengan malu-malu, mahukan PAS sebagai pasangan kerana setiap PRU, PAS pasti akan diajak mereka untuk bersama. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika PAS menolak, maka mereka akan mula menyerang dengan fitnah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan nama baik yang PAS bawa, ia akan menjadi mata tambahan kepada parti yang bersama PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukti yang diulang-ulang ialah PAS berjaya mentadbir tanpa rasuah walau bertambah negeri yang dimenangi, bertambah ahli dan juga bertambah umur parti, PAS makin matang. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS juga faham bahawa kemenangan untuk menakluki Malaysia, mestilah dengan bersama parti lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak boleh keseorangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun rakan politik yang macamana yang menjadi pilihan PAS? <\/p>\n\n\n\n<p>PAS ada kriteria dalam memilih rakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia satu disiplin yang diterima daripada al-Quran dan sunnah. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS mesti menjaga perkara asas agama terdahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tiada yang boleh membantu PAS dalam hal ini, maka bersendirian dan kalah, lebih baik daripada duduk bersengkongkol dengan musuh Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi PAS mempunyai bijak pandai yang boleh melihat akan ruang-ruang bagi meletakkan Islam pada kedudukan yang sesuai, walaupun terpaksa berkawan dengan parti yang tidak sedasar dengan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Contoh perjalanan dakwah Rasulullah sendiri, banyak kali juga baginda bersama bukan Islam sebagai rakan dan kemudiannya membawa kebaikan kepada Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, PAS akan memastikan bahawa rakan yang dipilih sudah tentulah yang terbaik bagi Islam iaitu Bersatu dan juga Umno. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana jangankan kata professor atau cendikiawan yang bijak pandai dapat melihat kemenangan cemerlang yang bakal diperolehi jika ketiga-tiga ini bergabung, malah pakcik dan makcik tua yang di desa juga tahu akan hal ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Benda boleh bincang, buat apa sesama kita serang menyerang. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita hanya bersama serang PH sebab PH adalah mudharat yang paling teruk dan paling bahaya kepada negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang ini, tidak perlu kita bincang sebab 22 bulan ketika mereka pegang kerajaan, adalah kenangan pahit bagi semua.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Beberapa hari ini, agak bising rakyat memperkatakan tentang kekeliruan yang diberitakan oleh media. Presiden PAS telah secara rasminya<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12751,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-12750","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12750","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12750"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12750\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12752,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12750\/revisions\/12752"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12751"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12750"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12750"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12750"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}