{"id":12794,"date":"2022-10-05T11:45:56","date_gmt":"2022-10-05T11:45:56","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12794"},"modified":"2022-10-05T11:45:58","modified_gmt":"2022-10-05T11:45:58","slug":"kenyataan-mediakarnival-jom-heboh-terengganu-2022","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/10\/05\/kenyataan-mediakarnival-jom-heboh-terengganu-2022\/","title":{"rendered":"Kenyataan Media:Karnival Jom Heboh Terengganu 2022"},"content":{"rendered":"\n<p>Karnival Jom Heboh Terengganu 2022 akan berlangsung pada 7 Oktober sehingga 8 Oktober 2022 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.<\/p>\n\n\n\n<p>Acara ini dianjurkan oleh Media Prima Berhad dengan sokongan dan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Terengganu, dan diselaras bersama Jabatan Pelancongan Negeri, JHEAT, IMITS, UPDI dan agensi-agensi berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p>Acara padang yang menjadi signature TV3 ini telah diiktirafkan Malaysia Book of Records sebagai Acara Padang Paling Lama di Malaysia dan Kerajaan Negeri bertuah dapat membawanya ke Kuala Nerus.<\/p>\n\n\n\n<p>Kehadiran Karnival Jom Heboh ini secara tidak langsung menjadi salah satu platform promosi dan juga usaha untuk merancakkan lagi kempen pelancongan domestik dan khusus melawat Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik diadakan melibatkan aktiviti kekeluargaan, aktiviti mesra keluarga dan kanak-kanak, program jualan dengan tawaran menarik, program keagamaan dan penampilan selebriti-selebriti istimewa di negeri Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Di samping itu, di Karnival Jom Heboh kali ini juga menampilkan kelainan berbanding Jom Heboh yang diadakan di negeri lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Karnival Jom Heboh Edisi Terengganu ini mengetengahkan program berbentuk keagamaan dimana akan diadakan Malam Akustika yang bertajuk Syariat Berdaulat, Negeri Berkat yang akan berlangsung pada malam 7 Oktober dan Malam Akustika Jalan Cinta Rasul yang diadakan sempena malam Maulidur Rasul pada 8 Oktober.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk program pada malam 7 Oktober iaitu \u201cSyariat Berdaulat, Negeri Berdaulat\u201d akan menampilkan panel seperti Yang Berhormat Dato\u2019 Satiful Bahari, Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, dan Bekas Mufti Negeri Dato\u2019 Zulkifly Muda dan dihoskan oleh Pengacara terkenal Ahmad Fedtri Yahya dan Fizi Molek FM.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala program pada 8 Oktober pula akan dihoskan oleh Fedtri Yahya dan Mat Dan serta menampilkan panel Ustaz Azam Al-Kankari, dan Pengarah Imits, Ustaz Kamaruzaman Abdullah.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada malam-malam akustika tersebut, pengunjung akan disajikan dengan program perkongsian agama dan diselang-selikan dengan lagu-lagu Ketuhanan oleh penyanyi-penyanyi terkenal tahah air.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memastikan Karnival Jom Heboh di Negeri ini akan mengikut Garis Panduan Persembahan yang telah ditetapkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Seperti contoh:<\/p>\n\n\n\n<p>&#8211; Hanya artis lelaki sahaja yang dibenarkan membuat persembahan pentas.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8211; Tiada persembahan pentas yang melibatkan artis wanita.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8211; Pemilihan artis dan lagu yang dibawa juga perlu mendapat persetujuan Kerajaan Negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8211; Pengasingan tempat dan ruang pengunjung\/penonton kepada ruang keluarga\/lelaki dan wanita.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8211; Penetapan syarat menutup aurat dan berpakaian sopan kepada artis\/selebriti yang hadir, serta peniaga yang terlibat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8211; Pertandingan karaoke yang diadakan hanya dibenarkan disertai oleh peserta lelaki sahaja dan jika ada peserta wanita, hanya kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun ke bawah yang dibenarkan menyertainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Besar harapan Kerajaan Negeri untuk program Jom Heboh kali ini, dimana pihak penganjur diharap dapat melaksanakan program tersebut mengikut garis panduan hiburan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya juga berharap agar orang ramai tidak mempolitikkan isu penganjuran Jom Heboh ini kerana perkara ini akan mencetuskan kebimbangan dan kerisauan dalam kalangan pengunjung.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan kita berharap agar program ini dapat diadakan dalam keadaan terkawal, dan persiapan bagi program ini juga sedang berjalan dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Besar juga harapan kami di pihak kerajaan Negeri agar pihak Media Prima dapat menjaga sensitiviti umat Islam kerana sehari sebelum program tersebut diadakan program Maulidur Rasul.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh sebab itu, kami amat berterima kasih juga kepada pihak penganjur kerana bersetuju untuk melaksanakan Jom Heboh itu dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pesanan saya juga buat pengunjung yang hadir untuk sentiasa menjaga adab dan tingkah laku supaya tidak menimbulkan sebarang isu yang negatif.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekian, terima kasih.<\/p>\n\n\n\n<p>Let&#8217;s visit beautiful Terengganu, stay safe.<\/p>\n\n\n\n<p>OLEH YB. USTAZ ARIFFIN DERAMAN<\/p>\n\n\n\n<p>PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, KEBUDAYAAN &amp; TEKNOLOGI DIGITAL NEGERI TERENGGANU<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Karnival Jom Heboh Terengganu 2022 akan berlangsung pada 7 Oktober sehingga 8 Oktober 2022 di Kompleks Sukan Negeri<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12795,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40,50],"tags":[41,51],"class_list":["post-12794","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","category-terengganu","tag-isu-semasa","tag-terengganu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12794","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12794"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12794\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12796,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12794\/revisions\/12796"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12795"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12794"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12794"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12794"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}