{"id":12842,"date":"2022-10-11T03:41:35","date_gmt":"2022-10-11T03:41:35","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12842"},"modified":"2022-10-11T03:41:37","modified_gmt":"2022-10-11T03:41:37","slug":"pru-15-undi-calon-atau-parti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/10\/11\/pru-15-undi-calon-atau-parti\/","title":{"rendered":"PRU-15: Undi Calon Atau Parti?"},"content":{"rendered":"\n<p>Parlimen sudah dibubarkan dan parti-parti yang bertanding sudah bersedia memalu gendang kempen mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua pihak menanti-nanti tarikh keramat membuang undi. <\/p>\n\n\n\n<p>Cakap-cakap pilihanraya terus menghangatkan kedai kopi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, politik negara dikatakan sedang matang, begitu juga rakyat sudah cukup dewasa dan faham dengan senario politik Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, tidaklah sewenang-wenangnya bagi mereka untuk \u2018menyerahkan\u2019 mandat pemerintahan kepada pemimpin yang hanya anggap jawatan adalah lubuk membina pengaruh dan mengaut keuntungan harta semata.<\/p>\n\n\n\n<p>Pilihan raya umpama \u2018gelanggang politik\u2019 kerana ia adalah tempat untuk parti politik menjuarai hati rakyat dengan menyajikan \u2018janji-janji manis\u2019 untuk meraih undi rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, semuanya terletak di atas bahu rakyat untuk menentukan barisan kepimpinan yang layak untuk kemudi bahtera Keluarga Malaysia yang baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Persoalannya adakah rakyat ataupun pengundi memilih calon ataupun parti?<\/p>\n\n\n\n<p>Malaysia telah melalui 14 pilihan raya umum semenjak merdeka. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengundi memilih calon mengikut mengikut sistem\u00a0<em>majoritarian First-Past-The Post (<\/em>FPTP<em>).\u00a0<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Sistem ini adalah sistem pilihan raya yang diwarisi daripada sistem Westminster yang diamalkan di Britain.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pilihan raya, pengundi akan memilih seorang daripada calon-calon yang bertanding di kawasan Parlimen tersebut.\u00a0 <\/p>\n\n\n\n<p>Calon yang mendapat undi terbanyak di antara calon-calon bagi kawasan tersebut akan diisytiharkan sebagai pemenang dan menjadi ahli Parlimen yang akan mewakili penduduk bahagian yang dia menang.<\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya Agong akan melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri. <\/p>\n\n\n\n<p>Biasanya Agong akan melantik ketua parti yang memperoleh kerusi terbanyak tetapi sejarah telah menunjukkan bahawa tidak semestinya ketua parti politik yang dilantik menjadi Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu terdapat juga sebilangan pengundi yang mementingkan siapakah calon yang akan mewakili mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Golongan ini mahukan calon yang mereka pilih bukan sahaja bekerja untuk parti yang diwakili tetapi yang penting bekerja untuk mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebiasaannya, golongan ini bukan ahli mana-mana parti sebaliknya mereka yang dilabelkan sebagai pengundi atas pagar. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu tidak dinafikan, di tangan merekalah sebenarnya kemenangan ditentukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pihak yang bertanding sudah pasti maklum tentang kepentingan undi dari golongan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepatutnya kriteria calon menjadi pertimbangan setiap pengundi ketika membuat pilihan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketepikan soal parti yang diwakili calon kerana yang akan bekerja selepas pilihanraya nanti adalah calon. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebagus mana pun rekod sesuatu parti, tetapi kalau calon pun dah dikenal pasti korup, rasuah, buruk akhlak ditambah lagi berlainan akidah dengan kita masihkah ada keinginan untuk memangkah calon tersebut?<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parlimen sudah dibubarkan dan parti-parti yang bertanding sudah bersedia memalu gendang kempen mereka. Semua pihak menanti-nanti tarikh keramat<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12843,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-12842","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12842","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12842"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12842\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12844,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12842\/revisions\/12844"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12843"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12842"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12842"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12842"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}