{"id":12848,"date":"2022-10-11T04:33:32","date_gmt":"2022-10-11T04:33:32","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12848"},"modified":"2022-10-11T04:33:34","modified_gmt":"2022-10-11T04:33:34","slug":"politik-mahasiswa-harus-ambil-tahu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/10\/11\/politik-mahasiswa-harus-ambil-tahu\/","title":{"rendered":"Politik: Mahasiswa Harus Ambil Tahu"},"content":{"rendered":"\n<p>Ini nasihat untuk mahasiswa dan anak muda.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahasiswa harus ambil tahu tentang politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Anda semua akan mengundi, tidak boleh semborono memberikan undi kepada parti yang anda tidak tahu asas perjuangannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Anak muda sekarang meletakkan skeptikal terhadap politik, kata mereka politik ini kotor. <\/p>\n\n\n\n<p>Tambahan pula parlimen dibubarkan ketika tempoh kegawatan ekonomi dan bencana ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita lihat saja protes melalui boikot turun undi dan undi rosak.<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah hakikat negara demokrasi, kekuasaan politik melalui undian rakyat diperlukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Baik buruk politik yang telah dipersembahkan, inilah sistem yang perlu kita hadapi. <\/p>\n\n\n\n<p>Melalui kekuasaan politik boleh mendaulatkan Islam dan menyenangkan rakyat, begitu juga sebaliknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang politik mudah tunduk dengan keinginan anak muda. <\/p>\n\n\n\n<p>Undi anda penting untuk mengubah landskap politik negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Buktinya wujud pemimpin populis dan pertaruhan lebih ramai calon anak muda.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan terlalu \u201cbodoh\u201d sehingga dipengaruhi dengan sentimen yang direka. <\/p>\n\n\n\n<p>Bezakan antara kaca dan permata. <\/p>\n\n\n\n<p>Silap pilih dapat luka, mungkin juga akan berputih mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan terpengaruh dengan apa yang dibawa oleh media. <\/p>\n\n\n\n<p>Setiap gelombang yang dibuat ada naratifnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dapatkan kesahihan berita melalui dua pihak. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan terburu-buru memberikan komen dan membuat kesimpulan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengundi tidak boleh dengan satu dua penilaian atau ikut kawan, apatah lagi kerana dengar cakap-cakap orang. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita mesti ada prinsip dan asas yang solid.<\/p>\n\n\n\n<p>Pergi dengar ceramah-ceramah politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Lihat senarai calon yang dipertaruhkan dan rekod lampau parti yang telah dibuktikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika dah yakin dengan parti pilihan, berikan kudrat anda untuk kerja-kerja lapangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pilihlah calon yang berkredibiliti, kompeten dan ada agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin anda sudah boleh menilai dengan kes-kes mahkamah yang ditunjukkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Lihat juga parti, bukan dengan gahnya calon semata-mata. <\/p>\n\n\n\n<p>Calon yang menang tetap akan membawa agenda parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak boleh melawan cakap parti, seperti yang anda telah lihat hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahasiswa jangan takut nak berpolitik, sekarang bukan zaman cengkaman penguasa yang jahat. <\/p>\n\n\n\n<p>Mahasiswa jangan tak ambil tahu tentang politik, ini zaman yang meletakkan anak muda sebagai pengemudinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin anda sudah muak dengan politik, tetapi kuasa politik tetap penting untuk digunakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan sampai kita dijajah semula baru nak tengadah. <\/p>\n\n\n\n<p>Penjajahan pemikiran sudahpun berlaku, lihat sahaja budaya buruk yang dibawa di twitter dan tiktok.<\/p>\n\n\n\n<p>Anda mahu tunggu apa lagi? <\/p>\n\n\n\n<p>Leka dengan dunia sendiri dan bangga menonton filem Mat Kilau berulang kali?<\/p>\n\n\n\n<p>Bangunlah, pergi berikan bakti kepada tanah warisan bangsa ini dengan mendokong parti yang betul. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah masanya, masa kita membuat pilihan.<\/p>\n\n\n\n<p>MUHAMMAD IQBAL HAKIM BIN NADHRI<\/p>\n\n\n\n<p>PENGERUSI<\/p>\n\n\n\n<p>MAJLIS POLITIK NASIONAL<\/p>\n\n\n\n<p>GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ini nasihat untuk mahasiswa dan anak muda. Mahasiswa harus ambil tahu tentang politik. Anda semua akan mengundi, tidak<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12849,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-12848","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12848","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12848"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12848\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12850,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12848\/revisions\/12850"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12849"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12848"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12848"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12848"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}