{"id":12944,"date":"2022-10-14T15:17:13","date_gmt":"2022-10-14T15:17:13","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12944"},"modified":"2022-10-14T15:17:15","modified_gmt":"2022-10-14T15:17:15","slug":"semuanya-bermula-dengan-taksub-undi-non-muslim-dap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/10\/14\/semuanya-bermula-dengan-taksub-undi-non-muslim-dap\/","title":{"rendered":"Semuanya Bermula Dengan Taksub Undi Non-Muslim DAP"},"content":{"rendered":"\n<p>UMNO boleh ditumbangkan dengan mudah pada PRU15 andai PKR sanggup meninggalkan DAP\/PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Gabungan PAS, BERSATU, Gerakan, PKR dan parti-parti di Sabah dan Sarawak mampu menamatkan ego kuasa UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO tak akan berkutik lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Persoalannya, sejauh mana Anwar dan PKR sanggup melupakan ketaksuban terhadap undi Non-Muslim DAP?<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan undi non-muslim tidak penting. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS sendiri tidak pernah meminggirkan undi non-muslim. <\/p>\n\n\n\n<p>Buktinya, PAS mengaktifkan Dewan Himpunan Pendokong PAS yang terdiri daripada pelbagai kaum. <\/p>\n\n\n\n<p>Tuan Guru Presiden PAS sendiri sanggup menerima Gerakan dan STAR duduk bersama-sama dalam Perikatan Nasional. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan sudah berkali-kali TG Haji Hadi menjelaskan bahawa PAS sanggup bersama-sama dengan parti-parti bukan Melayu yang tidak ekstrim. <\/p>\n\n\n\n<p>Sepatutnya kenyataan begini sudah cukup untuk membuka minda masyarakat majmuk.<\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya ketaksuban Anwar dan pemimpin AMANAH terhadap undi non-muslim amat melampau sehingga sanggup membuang bangsa sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Anwar lebih rela membawa PKR bersama DAP kerana yakin DAP adalah pemegang anak kunci undi Cina dan India. <\/p>\n\n\n\n<p>AMANAH lagilah anak butir DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari mulut AMANAH-lah terkeluarnya kata-kata \u201ckafir yang jujur lebih baik daripada muslim yang korup\u201d yang menggambarkan AMANAH bukan sahaja sanggup sebantal, malah rela semimpi dengan DAP; sekurang-kurangnya buat masa kini. <\/p>\n\n\n\n<p>Penulis amat optimis bahawa PAS juga akan berlapang dada untuk menerima AMANAH jika AMANAH bersedia meninggalkan DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Mat Sabu boleh cuba tengok benar atau tidaknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Allah memberi kemenangan sementara selama 22 bulan untuk para pentaksub undi non-muslim DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian Allah tarik dengan begitu hina sekali. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan kerana PAS atau UMNO mengadakan demonstrasi jalanan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi PH tumbang dengan cara yang tak pernah terfikirkan oleh kepala otak manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Sungguh ini adalah kerja dan perancangan Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada seorang pernah terfikir Mahathir akan menumbangkan kerajaannya sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalaulah orang Melayu dalam PKR dan PAN bermuhasabah, tentulah mereka melihat musibah kejatuhan kerajaannya sebagai \u2018balasan\u2019 Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi tidak, mereka tetap menyalahkan PAS dan UMNO konon mendirikan kerajaan pintu belakang.<\/p>\n\n\n\n<p>Allah beri semula ruang kepada UMNO untuk kembali berkongsi kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari itik patah kaki, UMNO semakin bertenaga lalu merasakan dia tidak perlu ditongkat lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Keegoan UMNO semakin memuncak. <\/p>\n\n\n\n<p>Kluster mahkamah mencetuskan fenomena palsu bahawa UMNO boleh menang besar secara solo dalam PRU15. <\/p>\n\n\n\n<p>Indikatornya semata-mata PRN Melaka dan PRN Johor.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesombongan UMNO tidak boleh dilenturkan lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka \u2018menghalau\u2019 PAS dengan sindiran dan kata-kata yang pedas. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana PAS amat berharap perpaduan ummah diuatamakan dalam menghadapi PRU15, UMNO \u2018mengajar\u2019 PAS dengan 3 syarat yang tak berkesudahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Zahid tersenyum lebar meletakkan PAS dalam situasi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.<\/p>\n\n\n\n<p>Kini UMNO dibenci di sekeliling pinggang. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang PAS semakin membenci UMNO kerana perangai kluster mahkamah. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang BERSATU pun membenci UMNO. PH apa lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Pejuang, MUDA dan Putra juga menyampah dengan UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Maknanya, semua Melayu kecuali penyokong dan ahli tegar UMNO, sudah membenci UMNO yang sombong dan korup.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS dijangka membuat kata putus untuk kekal bersama BERSATU\/PN dan menolak \u20183 syarat UMNO\u2019 Sabtu ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalaulah Anwar tidak lagi taksub kepada DAP yang ekstrem, PAS dengan berlapang dada boleh menerima PKR. <\/p>\n\n\n\n<p>PN yang diperkuatkan lagi oleh PKR mampu membungkus UMNO sekali lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau UMNO jatuh sekali ini, UMNO tidak akan dipapah lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Biarkan UMNO mereput dan bersemadi menjadi sejarah kesombongan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO boleh ditumbangkan dengan mudah pada PRU15 andai PKR sanggup meninggalkan DAP\/PH. Gabungan PAS, BERSATU, Gerakan, PKR dan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12945,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-12944","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12944","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12944"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12944\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12946,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12944\/revisions\/12946"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12945"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12944"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12944"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12944"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}