{"id":12964,"date":"2022-10-15T05:41:37","date_gmt":"2022-10-15T05:41:37","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12964"},"modified":"2022-10-15T05:41:40","modified_gmt":"2022-10-15T05:41:40","slug":"kerajaan-campuran-berteras-melayu-bakal-kembali-selepas-pru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/10\/15\/kerajaan-campuran-berteras-melayu-bakal-kembali-selepas-pru\/","title":{"rendered":"Kerajaan Campuran Berteras Melayu Bakal Kembali Selepas PRU"},"content":{"rendered":"\n<p>Barisan Nasional (BN) dijangka tidak akan meraih kemenangan dua pertiga meskipun Umno dianggap parti politik paling berpotensi memiliki kerusi Parlimen terbanyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menurut beberapa penganalisis politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Bercakap kepada MalaysiaNow, mereka berkata, walaupun Umno membubarkan Parlimen berjaya direalisasikan, namun impian parti untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dianggap sebagai \u201cterlalu besar\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, mereka berkata, terdapat kemungkinan Malaysia akan menyaksikan satu lagi pembentukan kerajaan campuran seperti apa yang berlaku sejak Februari 2020 antara BN dan Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n\n\n\n<p>Penganalisis politik Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun, berkata sekiranya pembentukan pembentukan kerajaan campuran berlaku lagi, kemungkinan besar ia akan menjadi kerajaan yang berteraskan Melayu-Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ia hal itu terdorong kepada jangkaan usaha sama berterusan antara BN-PN sekiranya gabungan diterajui Muhyiddin Yassin itu berjaya merekodkan kemenangan &#8220;secukupnya&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, katanya, tidak mustahil juga Umno atau BN membentuk pakatan baru dengan pihak selain PN seperti parti politik dari Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jika keadaan terdesak, saya rasa Umno akan sanggup bekerja sama dengan mana-mana parti yang memiliki kerusi Parlimen yang cukup signifikan untuk membentuk pakatan baru,&#8221; katanya kepada MalaysiaNow.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk rekod, BN yang ditubuhkan pada 1973 &#8211; bagi menggantikan Parti Perikatan &#8211; mula dinafikan kemenangan majoriti dua pertiga pada PRU12 2008 selepas hanya berjaya meraih 140 kerusi Parlimen manakala gabungan parti pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat memperoleh 82 kerusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 2013, PRU13 menyaksikan kerusi BN terus merosot kepada 133 sebelum akhirnya ditewaskan pada PRU14.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Ahmad Atory Hussain, penganalisis politik dari Univeriti Sains Malaysia (USM), tiada petanda Umno atau BN akan kembali ke era kegemilangannya selepas berlaku perpecahan dalam parti itu terutama selepas 2018.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, perpecahan dalam parti itu sebenarnya telah mendorong kelahiran parti baru seperti Bersatu, Warisan dan Pejuang dan situasi ini hanya mengurangkan lagi sokongan orang ramai terhadap Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya tak nampak BN akan menang dua pertiga,&#8221; ujarnya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tak tahulah jika Umno sendiri mempunyai keajaiban.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas mengenai pembentukan kerajaan campuran, Atory berkata, idea itu sebenarnya sudah menjadi trend di negara-negara Eropah dan tidak mustahil ia akan menjadi trend di Malaysia selepas PRU15.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, jika rakyat mahukan kerajaan yang mempunyai satu parti dominan, ini bermakna salah satu gabungan parti politik sama ada BN, PH atau PN perlu meraih kemenangan dua pertiga.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, katanya, tiada antara parti-parti itu dilihat berupaya mencapai sasaran tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mampukah ketiga-tiga gabungan ini peroleh majoriti dua pertiga dalam keharubiruan dan kekalutan politik masa sekarang?&#8221; soal beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, James Chin dari University of Tasmania, berpandangan bahawa kerajaan campuran akan memanfaatkan negara apabila ia merangkumi lebih banyak suara daripada lebih banyak parti berbeza.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, istilah kerajaan campuran sebenarnya sudah lama digunakan malah sejak era pentadbiran BN lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, katanya pada ketika itu, Umno dilihat terlalu &#8220;kuat&#8221; berbanding parti komponen BN lain.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita inginkan sebanyak mungkin suara dari parti berbeza,&#8221; katanya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tetapi di Malaysia, isunya bukan disebabkan kerajaan campuran tetapi lebih kepada bagaimana kuasa itu diagihkan.&#8221;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) dijangka tidak akan meraih kemenangan dua pertiga meskipun Umno dianggap parti politik paling berpotensi memiliki<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12965,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-12964","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12964","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12964"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12964\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12966,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12964\/revisions\/12966"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12965"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12964"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12964"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12964"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}