{"id":12973,"date":"2022-10-15T13:25:14","date_gmt":"2022-10-15T13:25:14","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=12973"},"modified":"2022-10-15T13:25:16","modified_gmt":"2022-10-15T13:25:16","slug":"umno-tak-minat-kerjasama-di-27-kerusi-kritikal-naib-presiden-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/10\/15\/umno-tak-minat-kerjasama-di-27-kerusi-kritikal-naib-presiden-pas\/","title":{"rendered":"UMNO Tak Minat Kerjasama Di 27 Kerusi Kritikal: Naib Presiden PAS"},"content":{"rendered":"\n<p>PAS menyalahkan UMNO kerana tidak menunjukkan minat untuk bekerjasama menghadapi Pakatan Harapan (PH) di 27 kerusi kritikal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, sekali gus membuka peluang kemenangan kepada gabungan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan bahawa parti itu telah mengajak Bersatu dan UMNO bekerjasama mengelak pertembungan di 27 kerusi berkenaan namun UMNO tidak mempedulikannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya semua parti tahu jika berlaku pertembungan maka ia akan memberi ruang kepada PH untuk menang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerdasarkan alasan itu (mengelak PH menang), kami mendesak kerjasama tiga parti, iaitu PAS serta BERSATU di bawah Perikatan Nasional (PN) dan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) bekerjasama untuk mengelak berlaku pertembungan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagaimanapun, UMNO dilihat tidak kisah pertembungan di 27 \u2018kerusi kritikal\u2019 ini,\u201d katanya pada sidang media selepas menghadiri Karnival Panchor Sejahtera di Kompleks Tarbiah, Panchor, hari ini, menurut BH.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Amar mengulas laporan berhubung kenyataan seorang pemimpin PAS bahawa Bersatu sudah dimaklumkan supaya tidak berlaku pertembungan di 27 \u2018kerusi kritikal\u2019 dengan UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam laporan berkenaan, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki dipetik sebagai berkata, ia bagi memastikan kerusi berkenaan tidak jatuh ke tangan PH selepas BN dan PN memutuskan untuk tidak bekerjasama pada pilihan raya akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata apa pun keputusan berhubung 27 kerusi itu sama ada bertanding atau tidak akan di bincang secara musyawarah di peringkat kepimpinan pusat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c27 kerusi itu jika kita lihat satu persatu pun tidak sama. Ada yang sangat kritikal dan ada yang tidak kritikal. Sekiranya berlaku tiga penjuru pun, suasananya begitu berbeza.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPakatan Harapan (PH) pun tidak sama dengan PH yang ada dulu. Dahulu bersama mereka adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad. Jadi, kekuatan mereka dulu dan sekarang jauh berbeza,\u201d katanya hari ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS menyalahkan UMNO kerana tidak menunjukkan minat untuk bekerjasama menghadapi Pakatan Harapan (PH) di 27 kerusi kritikal pada<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12974,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-12973","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12973","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12973"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12973\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12975,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12973\/revisions\/12975"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12974"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12973"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12973"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12973"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}