{"id":13010,"date":"2022-10-17T05:58:49","date_gmt":"2022-10-17T05:58:49","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13010"},"modified":"2022-10-17T05:58:51","modified_gmt":"2022-10-17T05:58:51","slug":"pru15-tiga-panduan-pilih-parti-terbaik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/10\/17\/pru15-tiga-panduan-pilih-parti-terbaik\/","title":{"rendered":"PRU15: Tiga panduan pilih parti terbaik"},"content":{"rendered":"\n<p>Seperti semua sedia maklum, kita akan mengundi dalam masa terdekat dan tarikh pengundian akan diketahui setelah SPR bermesyuarat Khamis ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pengundi tegar, sudah tersemat dalam diri masing-masing parti mana yang perlu dipilih dan pemimpin manakah akan terus disokong.<\/p>\n\n\n\n<p>Golongan pengundi berkenaan juga tidak akan mudah dihasut atau berubah pendirian kerana sudah mempunyai kepercayaan kukuh terhadap parti mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Berbeza dengan pengundi atas pagar yang sokongan mereka boleh berubah mengikut keadaan dan juga sentimen semasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga dengan golongan pengundi muda yang ada antaranya masih kabur tidak tahu hendak memilih pemimpin dan parti sesuai.<\/p>\n\n\n\n<p>Kecelaruan politik yang berlaku akhir-akhir ini juga menyebabkan sesetengah pengundi masih tercari-cari parti yang betul-betul dirasakan tepat untuk menjadi kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kalangan rakan-rakan Tok Chey sendiri, masih ramai yang belum membuat keputusan dan mereka juga memerlukan pandangan daripada orang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila ditanya mengenai hal itu, Tok Chey pun kongsikan panduan untuk memilih parti dan calon yang jika diteliti, ia adalah tindakan paling tepat dalam keadaan politik yang tidak menentu ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk buat pemilihan yang sukar ketika ini, kita sebenarnya kena kembali kepada agama Islam kita maka parti yang hendak dipilih itu mestilah sentiasa mempertahankan agama.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengundi boleh nilai sendiri parti mana yang sentiasa peka akan permasalahan umat Islam dan penganut agama lain berasa selamat berada di bawah pimpinan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan sesekali memilih parti yang disokong oleh pemimpin radikal yang memperjuangkan perkara-perkara bertentangan Islam seperti LGBT dan menghina Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak wajar memberi undi kepada parti yang didokong oleh pemimpin yang sentiasa mengeluarkan kenyataan perkauman dan mempertikaikan keistimewaan agama Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketepikan golongan yang mempertahankan wanita yang menghina Islam semasa persembahan komedi di sebuah kelab dekat Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka, golongan yang terang-terang terlibat dengan perkara yang boleh menjejaskan keharmonian agama dalam negara tidak wajar diberi peluang memimpin.<\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya Tok Chey akan memilih pemimpin dan parti yang bersih daripada rasuah kerana perbuatan itu sudah pasti mendatangkan mudarat besar kepada negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak wang negara hilang dan Malaysia boleh menjadi muflis jika pemimpin parti yang banyak terlibat dengan rasuah terus diberi peluang memerintah.<\/p>\n\n\n\n<p>Selagi mana kita memberi undi kepada parti rasuah, selagi itu masalah dalam negara tidak akan selesai sampai bila-bila. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat akan menanggung beban membayar harga yang mahal untuk setiap benda impak perbuatan rasuah dilakukan oleh pemimpin korup.<\/p>\n\n\n\n<p>Macam-macam kesan kita dapat lihat ketika ini disebabkan perbuatan rasuah mega yang telah berlaku di dalam negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesan rasuah \u2013 banyak yang hendak dihuraikan jika dinyatakan satu persatu, maka pengundi yang matang sudah pasti akan faham betapa \u2018berdosanya\u2019 kita jika terus menyokong parti yang rosak kepimpinannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang terakhir, Tok Chey akan pilih parti yang terbukti membela nasib rakyat dengan pelbagai bantuan untuk memastikan rakyat selesa.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka juga boleh melaksanakan amanah diberikan dan tidak menjadi pemimpin yang hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai membuat kerja.<\/p>\n\n\n\n<p>Sering turun padang setiap kali rakyat dalam kesusahan dan ketika menjadi kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang tidak membebankan rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan ciri-ciri secara umum yang dinyatakan, Tok Chey yakin pengundi dapat meneka parti mana yang harus dipilih itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, buatlah pertimbangan dengan tepat kerana setiap undi yang diberikan mempunyai kesan yang besar kepada diri kita pada masa kini dan masa depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tok Chey<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seperti semua sedia maklum, kita akan mengundi dalam masa terdekat dan tarikh pengundian akan diketahui setelah SPR bermesyuarat<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13011,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13010","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13010","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13010"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13010\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13012,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13010\/revisions\/13012"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13011"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13010"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13010"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13010"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}