{"id":13013,"date":"2022-10-17T06:29:11","date_gmt":"2022-10-17T06:29:11","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13013"},"modified":"2022-10-17T06:29:14","modified_gmt":"2022-10-17T06:29:14","slug":"tolak-ph-yang-menolak-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/10\/17\/tolak-ph-yang-menolak-islam\/","title":{"rendered":"Tolak PH Yang Menolak Islam"},"content":{"rendered":"\n<p>Kebimbangan yang dibangkitkan oleh Tuan Guru Presiden berkenaan ancaman Pakatan Harapan terhadap Islam menjadi hujah besar untuk umat Islam menolak PH.<\/p>\n\n\n\n<p>Umum mengetahui bahawa PAS ialah sebuah jemaah yang menjadikan Islam sebagai dasar.<\/p>\n\n\n\n<p><a><\/a>Maka, tidak pelik bila mana PAS begitu lantang menolak Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP yang agresif menunjukkan penentangan terhadap Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbeza dengan PAS, DAP merupakan sebuah parti yang tercatat di dalam perlembagaannya akan agenda sekular.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara 4 matlamat-matlamat DAP menyebut bahawa parti itu bermatlamat untuk \u2018Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketetapan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan aman telah termaktub jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun malang buat kita apabila PH yang diisi oleh DAP ini memilih untuk lupa diri dan cuba mencabar Islam yang menjadi agama Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Penolakan dan sikap pengabaian DAP-PH terhadap Islam di Malaysia tidak lagi asing. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka dengan berani mencampuri urusan umat Islam dari sebesar-besar isu seperti murtad dan akta syariah sehinggalah pada perkara lazim seperti azan dan khutbah Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 2014, Datuk Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan telah meminta umat Islam di negara ini diberi kebebasan dan menghormati mereka yang murtad.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.\u201d -Ngeh Koo Ham<\/p>\n\n\n\n<p>Walhal dalam Perlembagaan yang sama Perkara 11 (4) menyatakan undang-undang boleh diperkenalkan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan penganut Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak cukup dengan isu aqidah, PH juga lantang mempertikaikan institusi agama dan ibadah umat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Lim Kit Siang bahkan pernah menuduh khutbah Jumaat menjadi penyebar kebencian.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan dalam teks khutbah itu menyebut tentang umat Islam kini telah ditipu oleh \u2018musuh-musuh Islam\u2019 iaitu Kristian dan Yahudi dengan berkembangnya aktivisme hak asasi manusia di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah kebenaran yang disebut di dalam al-Quran yang menjadi pegangan umat Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Lim Kit Siang tidak perlu mencampuri urusan umat Islam dengan menimbulkan sentimen persengketaan agama.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa DAP perlu pertikai?<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah DAP cuba melindungi usaha jahat menyebarkan doktrin menolak Islam untuk menjadikan Malaysia sebuah negara sekular seperti yang termaktub dalam Perlembagaan DAP?<\/p>\n\n\n\n<p>Sedarlah wahai rakyat Malaysia, jika kita tidak menolak PH ibarat kita mengiktiraf pengkhianatan mereka terhadap negara kerana tindakan-tindakan mereka yang jelas mengancam autoriti utama ketua Negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Tolak Pakatan Harapan. Sokong mereka yang memperjuangkan Islam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kebimbangan yang dibangkitkan oleh Tuan Guru Presiden berkenaan ancaman Pakatan Harapan terhadap Islam menjadi hujah besar untuk umat<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13014,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13013","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13013","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13013"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13013\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13015,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13013\/revisions\/13015"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13014"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13013"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13013"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13013"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}