{"id":13043,"date":"2022-10-19T09:52:11","date_gmt":"2022-10-19T09:52:11","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13043"},"modified":"2022-10-19T09:52:13","modified_gmt":"2022-10-19T09:52:13","slug":"umno-sudah-jadi-parti-pentingkan-individu-bukan-rakyat-musa-hitam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/10\/19\/umno-sudah-jadi-parti-pentingkan-individu-bukan-rakyat-musa-hitam\/","title":{"rendered":"UMNO Sudah Jadi Parti Pentingkan Individu, Bukan Rakyat: Musa Hitam"},"content":{"rendered":"\n<p>Tokoh politik veteran Tun Musa Hitam berpendapat UMNO kini berubah daripada parti nasionalisme kepada materialisme serta mementingkan individu tertentu semata-mata, menenggelamkan kepentingan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, beliau juga berpendapat UMNO tidak akan mampu menubuhkan kerajaan dan mungkin menjadi parti minoriti selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya daripada sebuah parti yang penuh semangat nasionalisme sebelum ini UMNO telah menjadi sebuah parti materialisme dan mementingkan individu semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada pendapat saya UMNO tidak akan mampu tubuhkan kerajaan dan mungkin jadi minoriti selepas ini, \u201d katanya pada Program Bicara Tokoh: Kecelaruan Politik Malaysia anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Johor, di Kota Tinggi, semalam (Selasa, 18 Oktober 2022).<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya UMNO kini dilihat sedang menghadapi dilema dan krisis kepimpinan paling buruk pernah dihadapi parti itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita harus sedar hakikat daripada sebuah parti politik yang penuh semangat nasionalisme, kini budaya baharu parti telah bertukar kepada nafsu materialisme, kekayaan dan kepentingan individu semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKepentingan masyarakat kini tenggelam dan tidak menjadi keutamaan lagi. UMNO juga sedang menghadapi krisis kepimpinan\u2026 yang tak pernah dihadapinya,\u201d katanya menurut laporan BH hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Bekas Timbalan Presiden UMNO itu berpendapat, ahli UMNO harus bangkit menentukan arah tuju parti itu selepas ini, dan bukannya berdiam diri untuk menyelamatkan kedudukan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika kita tak buat sesuatu dan tak pandai memilih, hanya guna emosi dan sentimen sahaja atau kita terus guna kekayaan dan wang demi meraih kuasa macam dulu. Maka akan habislah hayat dan riwayat UMNO selepas ditolak rakyat,\u201d kata Musa.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai PRU-15, beliau berpendapat tidak ada satu pun gabungan benar-benar yakin<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya hasil analisis dan pemerhatiannya mendapati semua parti mengambil sikap berhati-hati dan tidak yakin nasib mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada saya semuanya (parti) takut dan tidak tahu kemungkinan bakal berlaku. Ia berikutan keadaan politik negara yang berada dalam kecelaruan malah rakyat juga menjadi celaru dan keliru.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeadaan sekarang ini, setiap parti pun tidak begitu pasti apa hasilnya (PRU-15) dan bagaimana rakyat akan buat pilihan nanti. Semua parti juga saya lihat masih ambil sikap tunggu dan lihat. Selepas keputusan PRU-15 barulah mereka akan mengorak langkah masing-masing,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tokoh politik veteran Tun Musa Hitam berpendapat UMNO kini berubah daripada parti nasionalisme kepada materialisme serta mementingkan individu<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13044,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13043","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13043","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13043"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13043\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13045,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13043\/revisions\/13045"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13044"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13043"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13043"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13043"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}