{"id":13059,"date":"2022-10-19T23:17:54","date_gmt":"2022-10-19T23:17:54","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13059"},"modified":"2022-10-19T23:17:57","modified_gmt":"2022-10-19T23:17:57","slug":"gelap-keruh-dan-kelompok-makan-durian-mentah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/10\/19\/gelap-keruh-dan-kelompok-makan-durian-mentah\/","title":{"rendered":"Gelap, Keruh Dan Kelompok Makan Durian Mentah"},"content":{"rendered":"\n<p>Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah memberikan hujah yang tegas dan jelas kenapa PAS membuat keputusan untuk bersama Perikatan Nasional (PN), menolak sekeras-kerasnya kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan menangguhkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Hadi berkata, di dalam PH terdapat DAP dan pelbagai kelompok yang bertentangan dengan pendirian dan perjuangan PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u2018\u2019Di dalamnya ada DAP, ada parti orang Melayu, puak tolak Islam, puak LGBT, puak komunis, puak khianat, puak pemberi rasuah dan penerima rasuah. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Puak yang beri rasuah, tolong PH, yang terima rasuah ada juga\u2026 puak komunis pun ada, puak tolak raja pun ada,\u2019\u2019 dakwanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai BN, bekas Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS menangguhkan kerjasama dengan parti itu kerana terdapat kekeruhan dalam gabungan itu antaranya golongan pemberi rasuah yang belum diselesaikan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita tahu penerima rasuah ni ada dituduh, tak bersalah, difitnah macam-macam. Tapi tak selesai lagi. Penerima rasuah masih ada dalam BN. Kemudian cuai melaksanakan Islam. Dia orang Islam, dia memerintah dekat 50 tahun, cuai melaksanakan Islam.\u2019\u2019kata beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata Abdul Hadi lagi, kekeruhan yang ada di dalam BN juga ditambah oleh sikap tidak sabar dan rakus hendak memerintah, sedangkan masalah disebutnya itu tidak diselesaikan dan PAS sudah menolong menjatuhkan kerajaan PH.<\/p>\n\n\n\n<p>\u2018\u2019Gopoh sangat nak kuasa, orang kata nak musim banjir, bubar Parlimen jugak, sebab nak menang \u2018deras\u2019, nak dapat kuasa, ajak PAS ikut sama, PAS tangguh dulu.. kita sabar\u2026 terpaksa hadapi pilihan raya, hadap pilihan raya, usahakan jernih keadaan, cegah pemberi, penerima rasuah,\u2019\u2019 katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang disampaikan oleh Abdul Hadi harus diterima oleh keseluruhan kepemimpinan dan ahli PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Hadi bukannya membuat keputusan secara individu sebaliknya diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u2018Kegelapan\u2019 dalam PH dan \u2018kekeruhan\u2019 dalam BN yang disentuh oleh Abdul Hadi tidak ada dalam PN. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Yang ada dalam PN ialah ketegasan menentang rasuah dan keprihatinan terhadap nasib rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi malangnya dalam PAS ada kelompok yang \u2018kepanasan\u2019 dengan pendirian kepemimpinan PAS memilih PN berbanding BN khususnya UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak mengkaji apa yang Abdul Hadi katakan, sebaliknya hanya memikirkan keuntungan politik sahaja dalam bahasa mudah boleh menang kerusi lebih banyak kerusi dengan BN berbanding dengan PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah kelompok yang dinasihatkan oleh Abdul Hadi, \u2018\u2019Janganlah kait durian cepat sangat\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201dWalaupun ini lebih payah, lebih senang dengan UMNO boleh menang cepat, orang ramai sokong tapi kita tak gopoh\u2026 macam buah durian.. jangan kait cepat sangat.. kalau kait cepat sangat tak masak lagi, kembung perut, bagi masak betul-betul dulu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u2018\u2019Saya tahu ada orang PAS ini, tak tahan liur, nak makan peringat durian\u2026 durian mentah lagi\u2026 kena sabar dulu\u2026 kena masak molek dulu, ada ni\u2026 bukan yang jahil\u2026 yang alim pun ada\u2026 dia tak boleh baca politik\u2026 saya boleh baca politik, saya mengaji politik, ada yang alim dia tak baca politik, dia baca kitab aje,\u2019\u2019 katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Anehnya kelompok tersebut, bercakap soal penyatuan ummah. Tetapi konsep penyatuan ummah mereka dipengaruhi tafsiran yang dibuat oleh pemimpin UMNO iaitu hanya melibatkan UMNO dan PAS sahaja, jadi bagaimana dengan Bersatu?<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah Bersatu tidak layak diajak bersama untuk penyatuan ummah? <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah tanpa Bersatu dalam penyatuan itu, tidak berlaku pertandingan tiga penjuru yang akan memberi keuntungan kepada PH?<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah kerana mahu memenangi lebih banyak kerusi sekaligus menjadi kerajaan dan berpeluang duduk di atas kerusi empuk menteri, segala hujah yang diberikan oleh Abdul Hadi yang melibatkan BN dan UMNO harus diketepikan begitu sahaja?<\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa berasa tidak tenteram dengan keputusan kepemimpinan parti? <\/p>\n\n\n\n<p>Bukankah ahli-ahli PAS terkenal dan dihormati sebagai kelompok yang taat dengan keputusan parti?<\/p>\n\n\n\n<p>Kepada kelompok berkenaan, janganlah dilihat terlalu memandang rendah kepada PN khususnya Bersatu. <\/p>\n\n\n\n<p>Penulis tahu kelompok tersebut tidak yakin bekerjasama dengan PN akan membolehkan mereka mencapai kemenangan dalam pilihan raya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka pun sudah terpengaruh dengan cakap-cakap bahawa rakyat kini kembali menyokong BN, oleh itu PAS sepatutnya \u2018tumpang sekali\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi mereka tidak terfikir atau buat-buat tak nak fikir \u2018kekeruhan\u2019 yang ada kepada BN sepertimana disebut oleh Abdul Hadi akan menjadi \u2018pemusnah\u2019 kepada impian BN untuk kembali berkuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelompok mahu \u2018makan durian mentah\u2019 perlu berhati-hati. <\/p>\n\n\n\n<p>Gelanggang pilihan raya sudah dibuka dan sekarang adalah masa untuk melaksanakan keputusan parti, bukannya mewujudkan kekeliruan sehingga menyebabkan \u2018kekeruhan\u2019 yang akhirnya membawa \u2018kegelapan\u2019 kepada kesepakatan dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi PRU-15.<\/p>\n\n\n\n<p><em>Zulkiflee Bakar<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah memberikan hujah yang tegas dan jelas kenapa PAS membuat keputusan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13060,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13059","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13059","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13059"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13059\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13061,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13059\/revisions\/13061"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13060"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13059"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13059"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13059"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}